Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak


Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan. Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan. Apabila bayi jaundis, kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan.
Mengikut fakta perubatan, keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan. Walaupun ia adalah masalah biasa, ibu bapa mesti sentiasa peka dan perlu mengikut arahan doktor atau jururawat untuk mengambil bacaan darah bayi secara berkala.
Sekiranya tiada masalah, jaundis akan turun dalam masa seminggu atau dua minggu dilahirkan, jika selepas itu masih ada lagi, ia dalam kategori prolong jaundis. Cuma jika masih berterusan masalah kuning, pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Ikuti perkongsian Puan Leeya Yaakub yang berkongsi kisah mengenai arwah anak sulungnya dan peringatan buat semua ibu bapa.

JANGAN PANDANG RINGAN TENTANG KUNING ANAK!!
Assalamualaikum semua.. Posting ni adalah peringatan untuk ibu-ibu semua!! Posting ini mungkin panjang sedikit jangan skip ya, baca sampai habis..
Video dibawah adalah video arwah anak saya meninggal akibat radang hati yang membawa kepada kanser hati, perginya anak syurga saya pada 20/10/2022 sewaktu dia berusia 1 tahun 8 bulan.

Selepas 4 hari kelahirannya arwah kuning dan bacaan kuning berpanjangan sehingga 2 minggu, bacaan kuning kembali normal 4.9 selepas hari ke 14.. (saya tidak pasti mengapa hari ke 14 bacaan jadi normal, mungkin ada sedikit kesilapan masa ambil darah tu)
Sepanjang hari-hari saya memang perasan mata arwah kuning tapi saya berfikir mungkin arwah mmg sejenis orang yang bermata kuning.
Dipendekkan cerita Sewaktu dia berusia 2 bulan, saya pos video dia di story fb, Ramai yang pm bgtau mata Anak kuning.
Tanpa berfikir panjang saya terus refer arwah ke klinik kesihatan, perkara pertama doktor tanya adalah najis dia, adalah najis dia normal atau pucat, saya bagitau doktor kata najis arwah memang pucat, masa tu doktor angguk dan doktor minta izin untuk ambil darah untuk melihat bacaan fugsi hati.

Selepas beberapa hari dapat keputusan bacaan hati arwah tidak normal dan perlu refer pakar Muar.
Ketika berjumpa pakar Muar, mereka terus refer ke pakar Johor Bahru untuk proses pembedahan ambil sample hati.
Dan keputusan dari sample hati sangat-sangat memilukan kami suami isteri.. Anak saya didapati mempunyai masalah hati (Singkatan penyakit hati PFIC TYPE 2) penyakit hati yang sangat jarang ditemui.
Arwah di refer ke pakar Kuala Lumpur.. hati ibu mana tak sebak bila doktor kata jangka hayat anak saya tidak lama. Rasa nak meraung di situ.
Arwah jalani kehidupan tidak seperti kanak-kanak lain, kerap sakit. 24jam hidup dia dengan saya, tak pernah berenggang pun, mungkin Allah nak bagi nikmat untuk saya bersamanya sebelum Allah ambil nyawanya. Saya rindu arwah.

Posting ini adalah peringatan untuk semua.. Tolong !!!! Tolong !!!! Tolong !!!! Titik berat tentang kuning anak,  ini perkara serius. Kalau doktor minta anak untuk admit wad tolong akur.
Semoga semua anak-anak kita dalam lindungan dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini Amiin.
Kredit: Leeya Yaakub
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Tak Sangka Ada Masalah Hati.” Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-sangka-ada-masalah-hati-ibu-ini-pesan-jangan-ambil-mudah-masalah-kuning-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 151 hits
menjadi tugas buat ibu untuk mencari solusi agar berbagai gejala biang keringat yang menyerang tubuh anak bisa segera mereda Namun jika belum mengetahuinya maka bisa juga membaca informasi di bawah ini
Masa Kecil Anak Kejap Sangat Aisyah Hijanah Pesan Jaga Amanah Masa Dengan Anak Jangan Abaikan

Masa Kecil Anak Kejap Sangat Aisyah Hijanah Pesan Jaga Amanah Masa Dengan Anak Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 138 hits
Anak anak kita membesar dengan pantasnya Masa bersama mereka iaitu dari usia mereka lahir hingga sebelum masa untuk ke sekolah berlalu sangat pantas Jangan abaikan waktu waktu berharga ini Inilah yang cuba disampaikan oleh personaliti media...
Jangan Main Sebut Anak Nakal Masuk Dalam Hati Anak Mak Ayah Hati Hati Bercakap

Jangan Main Sebut Anak Nakal Masuk Dalam Hati Anak Mak Ayah Hati Hati Bercakap

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 179 hits
Setiap apa yang disebut oleh kita sememangnya didengari anak kecil Berhati hatilah ketika bercakap bimbang anak terkesan dengan kata kata kita yang tidak elok Anak tidak duduk diam anak nakal anak suka melompat sering buat kita beranggapan ...
Ibu Hamil Amalkan Doa Ini Agar Anak Terpelihara Dalam Kandungan Mudah Bersalin

Ibu Hamil Amalkan Doa Ini Agar Anak Terpelihara Dalam Kandungan Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 270 hits
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk ibu mengandung dibacakan kepada anak yang dikandung Semoga ayat ayat daripada surah ini menjadi penyejuk hati dan juga permintaan yang dimakbulkan insya Allah Surah Al Fatihah Surah ini boleh dija...
Ibu Tunggal Merayu Jangan Ditarik Motosikal Terpaksa Berhutang Beli Beras Telur Untuk Anak Makan

Ibu Tunggal Merayu Jangan Ditarik Motosikal Terpaksa Berhutang Beli Beras Telur Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 204 hits
Berat mata memandang tak seberat bahu yang memikul Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk seorang wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu Lagi lagi mereka yang bekerja bersendirian mencari rezeki sesuap nasi untu...
Bukan Mudah Tugas Seorang Ibu Bekerja Risiko Masalah Kesihatan Ini Mungkin Akan Anda Alami

Bukan Mudah Tugas Seorang Ibu Bekerja Risiko Masalah Kesihatan Ini Mungkin Akan Anda Alami

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 176 hits
Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami Jom ketahuinya Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja Memegang tugas seorang ibu dan memiliki k...
Ibu Bapa Yang Cuai Tinggal Anak Dalam Kereta Tanpa Pengawasan Boleh Didenda Atau Penjara Beringatlah

Ibu Bapa Yang Cuai Tinggal Anak Dalam Kereta Tanpa Pengawasan Boleh Didenda Atau Penjara Beringatlah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 166 hits
Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50 000 atau penjara sehingga 20 tahun Polis Diraja Malaysia mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khusus...
Sabar Ya Fasa Rumah Bersepah Sekejap Je Ibu Ni Kongsi Manfaat Bila Anak Rajin Kemas Rumah

Sabar Ya Fasa Rumah Bersepah Sekejap Je Ibu Ni Kongsi Manfaat Bila Anak Rajin Kemas Rumah

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 286 hits
Bila ada anak kecil ni kita tak boleh harap yang rumah akan bersih sepanjang masa Semuanya akan tersusun kemas tanpa ada tangan yang mengusik Itu adalah normal bila ada anak kecil pasti rumah akan bersepah Bukan kerana ibu atau ayahnya pema...
Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 296 hits
hai assalammualaikumPusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3 Nad baru nak beli barang sekolah anak ni Biasalah ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat

Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain