Bukan Mudah Tugas Seorang Ibu Bekerja Risiko Masalah Kesihatan Ini Mungkin Akan Anda Alami


Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami. Jom ketahuinya.

Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja
Memegang tugas seorang ibu dan memiliki kerjaya bermakna anda akan berdepan dengan banyak isu tentang anak-anak selain tugasan hakiki kerja, sudah pasti ia menyebabkan tekanan. Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan.
Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti. Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal.
Masalah kesihatan mempengaruhi ibu bekerja
Sebagai ibu, pasti anda mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, anda tetap perlu menjaga kesihatan diri.
Berikut 8 masalah kesihatan yang berisiko untuk anda alami:
Sakit belakang
Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Balik ke rumah, perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang anda alami.
Kurangkan risiko anda daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja anda. Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.
Sakit kepala
Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya. Sebaiknya, anda perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala. Masih tidak baik? Apa kata anda rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, ini antara pencetus masalah sakit kepala.
Ketidakselesaan usus
Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melanda ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit. Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan.
Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin. Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan anda meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.
Kegelisahan
Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan anda berasa terbeban dan gelisah. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan. Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Anda boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil anda menikmati minum petang bersama pasangan.
Untuk elakkan wujud rasa gelisah ketika di tempat kerja, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain.
Saluran susu tersumbat
Bagi ibu yang lakukan penyusuan eksklusif, mungkin sukar untuk mengepam susu pada waktu bertugas. Payudara yang tidak dikosongkan dengan betul boleh sebabkan masalah bengkak susu, saluran susu tersumbat dan masititi iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada. Berbincanglah dengan pihak pengurusan tempat kerja anda tentang keperluan anda untuk memperuntukkan masa mengepam susu atau ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jika masalah bengkak berlaku di tempat kerja, urutkan payudara sekitar saluran susu tersumbat.
Sakit pelvis
Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan. Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam.
Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.
Sindrom terowong karpal
Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar. Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, anda akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip.
Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan anda melentur pergelangan tangan ke atas. Sebaliknya biarkan pergelangan tangan anda berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu. Jika perlu semasa di tempat kerja, pakai pembalut pergelangan tangan untuk memastikan ia berada pada kedudukan neutral semasa menaip.
Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya. Disarankan untuk anda memperbaiki diet pemakanan harian anda atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari.
Sentiasa menjadi yang terbaik
Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga. Tidak salah jika anda sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab di rumah dan tempat kerja dengan sebaiknya.
Namun ibu-ibu semua, kesihatan diri tetap perlu diutamakan, okay?
Kredit: Hello Doktor
https://www.youtube.com/watch?v=DIKU6Lp2OgM&t=637s 

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-mudah-tugas-seorang-ibu-bekerja-risiko-masalah-kesihatan-ini-mungkin-akan-anda-alami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alamak Bila Asyik Marah Ibu Mungkin Ada Masalah Berat Badan Susah Tidur Malam

Alamak Bila Asyik Marah Ibu Mungkin Ada Masalah Berat Badan Susah Tidur Malam

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 156 hits
Menjadi seorang ibu bukanlah mudah Banyak yang harus dilakukan untuk menyediakan yang terbaik buat anak anak Kadang kadang perangai anak yang macam macam pun boleh buat ibu sakit kepala Sebagai manusia biasa kadang kadang ibu akan merasa st...
Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 215 hits
Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan Apabila bayi jaundis kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan Mengik...
Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 151 hits
menjadi tugas buat ibu untuk mencari solusi agar berbagai gejala biang keringat yang menyerang tubuh anak bisa segera mereda Namun jika belum mengetahuinya maka bisa juga membaca informasi di bawah ini
8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 198 hits
Kuku yang panjang dan sehat pastinya menjadi impian bagi siapa saja khususnya para wanita Nah berikut ada tips untuk memanjangkan kuku secara cepat dan sehat yang patut untuk dicoba
Seorang Ibu Tunggal Dan Anak Perempuannya Sanggup Berhujan Panas Bawa Motosikal Demi Menu Rahmah

Seorang Ibu Tunggal Dan Anak Perempuannya Sanggup Berhujan Panas Bawa Motosikal Demi Menu Rahmah

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 130 hits
nbsp Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya bersedia untuk berada di bawah hujan dengan memandu motosikal mereka demi mendapatkan makanan dari kedai Menu Rahmah di pusat bandar raya Kedai tersebut menawarkan harga yang berpatutan bagi me...
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Barli Untuk Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Barli Untuk Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 378 hits
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanamdi Timur Tengah kira kira 9000 tahun yang lalu Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu Bijirin barli ni kelih...
Bekerja Lah Dgn Bijak

Bekerja Lah Dgn Bijak

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 148 hits
NORMAN RADZUAN Tadi saya singgah makan di sebuah restoran di Cyberjaya Nak tegur kakitangan Jabatan Kesihatan yg memantau kebersihan restoran Bagus selalu dtg memantau restoran2 ini cuma nak beritahu jgn lah di waktu puncak ketika org ramai...
5 Masalah Serangga Dan Makhluk Perosak Paling Tinggi Permintaannya Di Easelife Services Sdn Bhd

5 Masalah Serangga Dan Makhluk Perosak Paling Tinggi Permintaannya Di Easelife Services Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 188 hits
Selalunya siapa yang perlukan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak ni ya Itu soalan yang sering dikemukakan setiap kali saya jumpa kawan kepada kawan kawan yang saya kenal Biasalah orang berniaga salah satu perkara wajib kena buat a...
Dia Sangat Baik Dapat Bekerja Bersama Di Korea Pemuda Malaysia Ini Puji Kebaikan Song Jihyo

Dia Sangat Baik Dapat Bekerja Bersama Di Korea Pemuda Malaysia Ini Puji Kebaikan Song Jihyo

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 157 hits
Siapa yang tak seronok kalau dapat berjumpa dengan selebriti kesukaan kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru seorang warga Malaysia yang bekerja di Korea kini bernama Naufal Omar telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pertemuan bersama Song Ji...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus