Tak Sampai Waktu Makan Ubat Suhu Badan Anak Dah Naik Balik Kenapa Ini Berlaku Doktor Pediatrik Dedahkan Kenapa


Fobia sangat bila anak demam suhu tinggi. Suhu naik mencanak walau pun masa untuk makan ubat masih lama. Ikuti panduan doktor ini.

Mariam selalu fobia sekiranya anaknya Mia berusia empat tahun demam. Dia tidak tahu cara tepat menghadapi keadaan anak demam terutamanya apabila suhu naik mencanak sedangkan anak sudah dijerlum kepala dengan air dan ditanggalkan pakaian. Paling cemas ialah apabila ubat yang sepatutnya diambil satu jam lagi tapi suhu badannya sudah naik ke 38° hingga 40° Celcius.
Apabila dibawa ke klinik, ujian darah dilakukan dan anak kecil ini disyaki diserang denggi kerana kandungan platelet dalam darahnya menurun. Setelah empat hari ujian diulang dan platelet semakin meningkat dan doktor yang merawat ia bukan demam denggi. persoalannya apakah jenis demam yang dialami Mia sebelum itu, adakah ia jangkitan kuman atau influenza?
DEMAM SUHU TINGGGI TANDA JANGKITAN KUMAN
Menurut Dr Rosni Jamalludin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist Hospital, demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi. Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam bersuhu tinggi dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.

#1 Sekiranya si kecil menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam.
#2 Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk.
#3 Sekiranya anak menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut dia mungkin menghidap HMFD.
#4 Manakala anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
JANGAN LUPA PANTAU
Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah;
Pemantauankondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya. Pemantauandan selera makan minumnya. Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5°C Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, puanperlu menjelum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda. Galakkan anak anda untuk minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain. Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak puan masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak anda. Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah. Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.

PUNCA KEKELIRUAN UJIAN DARAH
Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun. Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit birit.


The post Tak Sampai Waktu Makan Ubat Suhu Badan Anak Dah Naik Balik. Kenapa Ini Berlaku? Doktor Pediatrik Dedahkan Kenapa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-sampai-waktu-makan-ubat-suhu-badan-anak-dah-naik-balik-ini-yang-doktor-pediatrik-dedahkan-kenapa-ia-berlaku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 345 hits
Anak anak memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan baik namun ada antara anak anak yang menolak untuk makan Kalau diikutkan itu memang perkara normal yang sering berlaku tapi sebagai ibu bapa pastinya perasaan risau akan ter...
Kalau Anak Jenis Susah Makan Pastikan Dia Berehat Sekurang Kurangnya 15 Minit Sebelum Waktu Makan

Kalau Anak Jenis Susah Makan Pastikan Dia Berehat Sekurang Kurangnya 15 Minit Sebelum Waktu Makan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 369 hits
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing Sesetengah kanak kanak secara semula jadi bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal Ini adalah sihat dan norma...
Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 231 hits
Penjagaan tubuh badan sememangnya sangat penting bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya Justeru pengambilan makanan dan minuman bergula perlu dikurangkan bagi mengelak sebarang penyakit yang berbahaya seperti diabetes Adalah pent...
Tangan Anak Melecur Akibat Kena Periuk Nasi Tengah Mendidih Doktor Terpaksa Masukkan Besi

Tangan Anak Melecur Akibat Kena Periuk Nasi Tengah Mendidih Doktor Terpaksa Masukkan Besi

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 593 hits
Kita rasa ujian yang Allah bagi kita dah cukup berat Tapi kita tak sedar yang di luar sana masih ada insan yang diuji lebih hebat dari kita Semoga setiap yang diuji Allah kurniakan kesabaran tinggi Perkongsian dari seorang ibu Puan mengenai...
Resepi Sosej Ayam Bersayur Cara Mudah Pancing Anak Makan Sayur Tanpa Sedar Rasa Memang Superb

Resepi Sosej Ayam Bersayur Cara Mudah Pancing Anak Makan Sayur Tanpa Sedar Rasa Memang Superb

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 462 hits
Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur Kalau disuap bersama nasi pasti anak tolak mentah mentah Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu ta...
Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 275 hits
Rakyat Malaysia sememangnya dikenali amat menyukai makanan pedas contohnya sambal belacan sambal giling masakan bersambal termasuklah masak lemak cili api Meskipun pelbagai petua yang dikongsi untuk menghilangkan sama ada minum air panas at...
Serius Sedap Roti Burnt Cheese Topping Ni Senang Nak Buat Anak Makan Tak Cukup Satu

Serius Sedap Roti Burnt Cheese Topping Ni Senang Nak Buat Anak Makan Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 432 hits
Mama kalau nak masak sesuatu mesti nak ikut selera anak maklum sahajalah anak anak ni ada ketikanya selera mereka tak dapat diagak Sudahnya menu yang sama diminta berulang kali Untuk elakkan anak anak minta menu yang sama mama kena jadi sed...
Anak Tak Suka Makan Nasi Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Anak Tak Suka Makan Nasi Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 714 hits
Anak kalau tak mahu makan nasi mama pasti rasa susah hati Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola k...
Berat Badan Si Suami Naik Ketara Selepas Kahwin Isteri Dipuji Ramai Kerana Dikatakan Pandai Menjaga Suami

Berat Badan Si Suami Naik Ketara Selepas Kahwin Isteri Dipuji Ramai Kerana Dikatakan Pandai Menjaga Suami

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 452 hits
Buat yang sudah berkahwin pernahkah anda membezakan diri anda ketika sebelum dan selepas kahwin Jika dilihat pada gambar foto pasti banyak perubahan yang berlaku Antara perubahan yang sering berlaku kepada mereka bukan sahaja rutin harian m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba