Tak Praktikal Bahaya Terus Guna Kapal Tua Kata Pakar


 
Kapal KD Pendekar tenggelam selepas mengalami kebocoran susulan terlanggar objek bawah air di perairan Johor pada 25 Ogos lalu. (Gambar X)
PETALING JAYA: Pakar menyuarakan kebimbangan terhadap amalan terus menggunakan kapal tua oleh TLDM yang disifatkan tidak praktikal malah tidak selamat.
Pakar hal ehwal maritim dan undang-undang, Salawati Mat Basir, berkata penyelenggaraan berterusan kapal seperti itu adalah ‘amalan tidak praktikal dan tidak dapat dilaksanakan.’

Negara lain seperti Indonesia memiliki armada terkini, sedangkan kita mahu kekal menggunakan armada yang berusia 40 tahun, katanya kepada FMT.
Katanya, kapal tentera laut lazimnya mempunyai jangka hayat antara 20 hingga 25 tahun, dan selepas itu sewajarnya digantikan untuk memastikan terus seiring perkembangan arus teknologi.

Sebagai negara maritim, Malaysia memerlukan teknologi terkini dan kapal yang dapat memastikan kecekapan pengoperasian serta keselamatan, katanya.
Salawati mengulas kejadian kapal TLDM, KD Pendekar yang mengalami kebocoran selepas terlanggar objek bawah air sebelum tenggelam di perairan Johor pada 25 Ogos lalu.
Susulan kejadian itu, Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata pemeriksaan akan dilaksanakan terhadap kapal TLDM laut yang berusia lebih 40 tahun untuk memastikan masih berkeadaan baik.
Difahamkan, satu pertiga kapal TLDM termasuk dalam kategori itu.
Khaled berkata KD Pendekar beroperasi sejak 1979, bererti usianya 45 tahun. Beliau bagaimanapun menafikan usia kapal itu sebagai punca kejadian.
Ini bukan kali pertama usia kapal Malaysia dipersoal. Tahun lalu, Sultan Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan armada kapal TLDM.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa semua aset berusia digantikan bagi memastikan perairan negara sentiasa dilindungi dan TLDM dalam keadaan siap siaga.
Sementara itu, Salawati berkata bukan sesuatu yang biasa untuk kapal seperti KD Pendekar tenggelam memandangkan lazimnya dilengkapi sistem sonar.

Ini membayangkan keadaan haus dan lusuh menjadi faktor yang menyumbang kepada tenggelamnya kapal itu, katanya.
Pakar pertahanan Mizan Aslam turut senada dengan Salawati dan memberi amaran kemungkinan tidak selamat mengoperasikan kapal melebihi 25 tahun.

Kita mempunyai 10 hingga 15 kapal berusia lebih 40 tahun yang dianggap agak tua. Kapal berkenaan memerlukan pemeriksaan menyeluruh kerana kita tidak boleh mempertaruhkan nyawa anggota tentera laut kita, katanya.
Mizan mencadangkan supaya Malaysia menggunakan hubungan baiknya dengan negara seperti Turki, China, Rusia dan negara Eropah untuk menyewa aset maritim buat sementara waktu bagi memastikan mempunyai kapasiti dan keupayaan melindungi perairannya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/a_72.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mungkin Dihumban Jika K Jaan Terus Guna Akta Zalim

Anwar Mungkin Dihumban Jika K Jaan Terus Guna Akta Zalim

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 214 hits
malaysiakini comRakyat yang mengangkat PH dan BN ke tampuk kuasa tidak akan teragak agak untuk menumbangkan kerajaan jika terdapat ancaman untuk menggunakan undang undang zalim seperti Akta Hasutan 1948 kata penganalisis Perdana Menteri Anw...
Anggaran Pembangunan Ikn Turun Drastis Di Era Prabowo Begini Kata Gerindra

Anggaran Pembangunan Ikn Turun Drastis Di Era Prabowo Begini Kata Gerindra

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 293 hits
Anggaran pembangunan IKN yang dialokasikan pada APBN 2025 hanya sebesar Rp143 2 miliar Turun drastis dari APBN 2024
Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 375 hits
Meski sedang diuji dengan tuntutan cerai daripada isterinya Alif Teega menunjukkan dirinya tenang dan sempat memuat naik kata kata positif di media sosial suami Aisyah Hijanah itu perasaan kecewa dirasai oleh manusia itu adalah satu fitrah ...
Tarik Balik Bantahan Mccbchst Cabaran Terhadap Islam Kata Pas

Tarik Balik Bantahan Mccbchst Cabaran Terhadap Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 506 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 3 2024 1 54 PMPAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatkan pegawai agama Islam di semua jabatan kerajaan Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bantahan ...
Muka Tak Tau Malu Dia Kata Tak Selamat Tinggal Di Negara Ini Kononnya La

Muka Tak Tau Malu Dia Kata Tak Selamat Tinggal Di Negara Ini Kononnya La

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 265 hits
MSO Orang ini seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk capai kemahuan peribadinya Dia tidak segan dan malu dan tidak peduli apa orang tuduh dan lemparkan kepadanya Psykologinya juga sangat tinggi dan punya keyakinan diri yang tidak mud...
Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 354 hits
RMS Sokong kerajaan bukan bermaksud kena masuk kerajaan ler Amin cuma tak boleh buat tebuk atap atau langkah sumbing tu jah nko nak duit ke tanak
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Minta Sunting Gambar Konvokesyen Terhibur Lihat Hasil Tukang Edit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman