Kembalinya Penyu Di Pantai Beri Mesej Kepada Semua Kata Pakar


Seekor penyu agar betina yang mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu malam tadi.


KUALA TERENGGANU: Pendaratan penyu ke pantai Batu Buruk di sini malam tadi ‘memberi mesej’ bahawa haiwan itu telah bersedia untuk bertelur di sepanjang 244km jajaran pantai dari Kemaman ke Besut selain pantai di pulau-pulau peranginan yang sering menjadi lokasi pilihan popular sebelum ini.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Dr Mohd Uzair Rusli berkata, penyu amat sensitif dan berhati-hati dalam memilih lokasi pendaratan untuk bertelur.

“Pembangunan pesat dan lokasi pantai Batu Buruk yang berdekatan bandar menyebabkan lokasi ini tidak begitu popular bagi pendaratan penyu sebelum ini.

“Sebenarnya, penyu yang mahu bertelur akan mula mencari pantai seawal 3 petang lagi. Jadi gangguan di pantai waktu petang akan menjejaskan pendaratan penyu pada awal malam. Kehadirannya malam tadi mungkin kerana aktiviti orang awam telah berkurangan dan tiada gangguan kepada penyu,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata sudah tiba masanya untuk semua pihak berganding bahu menyediakan jajaran pantai di Terengganu sebagai persekitaran yang mesra penyu.
Pakar berkata, sudah tiba masanya untuk semua pihak berganding bahu menyediakan jajaran pantai di Terengganu sebagai persekitaran yang mesra penyu. “Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian jika kita mahu melihat penyu naik bertelur di pantai-pantai berdekatan antaranya dengan mengurangkan pencahayaan ke arah pantai.

“Penyu amat sensitif dengan lampu. Jangan letak lampu pada kedudukan yang tinggi dan pastikan lampu tidak boleh dilihat dari sebelah pantai. Pencahayaan berwarna merah amat digalakkan kerana penyu kurang sensitif dengan gelombang cahaya tersebut,” katanya yang berharap pengurusan hotel, resort dan chalet serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah dapat bekerjasama dalam perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti riadah dan tidak membuat unggun api di tepi pantai pada sebelah malam.

“PBT boleh menaikkan papan tanda peringatan kepada orang awam untuk mendidik mereka di pantai-pantai terpilih. Sokongan kewangan daripada badan korporat juga boleh membantu PBT menaikkan papan tanda dengan lebih banyak.

“Kita juga perlu menggiatkan penanaman pokok merambong di sekitar kawasan pantai kerana pokok ini renek dan banyak laporan yang membuktikan penyu lebih suka bertelur di bawah pokok ini kerana lebih tertutup daripada gangguan. Jadi, walaupun pantai kita bising dan bercahaya terang, pokok merambong boleh membantu memberi keselesaan kepada penyu untuk terus bertelur,” katanya.

Seekor penyu agar dilaporkan mendarat di pantai Batu Buruk berdekatan Hotel Primula sekitar 7 malam tadi dan berjaya menghasilkan sebanyak 50 biji telur.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata, berat dan saiz penyu tidak dapat ditentukan memandangkan ibu penyu itu telah turun ke laut semasa pegawai tiba di lokasi.

“Namun, penyu itu dianggarkan berusia 15 hingga 18 tahun berdasarkan saiz trek dan jumlah telur yang dihasilkan. Semua telur penyu itu dibawa ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang untuk tujuan pengeraman.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu penyu semasa ia dalam perjalanan naik ke darat, semasa di darat atau turun semula ke laut. Perbuatan ini boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Penyu 1951 (pindaan 1987) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/kembalinya-penyu-di-pantai-beri-mesej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 214 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan Pertubuhan Kinabalu Progres...
Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 350 hits
Yang perlu dipastikan sudah lengkap divaksin ialah guru guru dan kakitangan sekolah KUALA LUMPUR Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 September ini tidak perlu ditangguhkan sehingga semua pelajar selesai divaksin...
Sidang Dun Kelantan Diteruskan Semua Wakil Rakyat Perlu Disaring Kata Speaker

Sidang Dun Kelantan Diteruskan Semua Wakil Rakyat Perlu Disaring Kata Speaker

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 342 hits
Persidangan DUN Kelantan yang berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan secara bersemuka di Kompleks Kota Darulnaim KOTA BHARU Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini akan diteruskan kat...
Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 296 hits
Sukar untuk ubah takwim sekolah meskipun situasi Covid 19 masih belum reda Pelajar menggunakan telefon bimbit untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan Sistem pendidikan negara menyaksikan pe...
Ada Suami Tidak Izin Isteri Hamil Suntik Vaksin Covid 19 Kata Dr Zulkifli

Ada Suami Tidak Izin Isteri Hamil Suntik Vaksin Covid 19 Kata Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 394 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hukum penggunaan vaksin Covid 19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan PETALING JAYA Ada kalangan suami tidak membenarkan isteri mereka yang ham...
Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 185 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pemuda Pas yang dilihat cuba lari dari topik politik dengan memainkan isu bola pula dikecam oleh anggotanya sendiri Sehubungan itu bekas pimpinan pemuda Pas Selangor Ahmad Hakimi Othman menyifatkan Pemuda Pas sekar...
Zahid Kata Kini Kita Tahu Mana Intan Mana Kaca

Zahid Kata Kini Kita Tahu Mana Intan Mana Kaca

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 210 hits
Zahid kata Kini kita tahu mana intan mana kaca Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti itu kini boleh melihat pemimpin mana yang intan dan kaca selepas ada yang masih menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata ahl...
Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 247 hits
August 12 2021 Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menolak spekulasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat Saya tidak dengar spekulasi itu katanya Menurutn...
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 233 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari