No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph


agendadaily.com8/8/2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kawan rapat politik sejak 1980-an.

Laungan ‘No Anwar No DAP’ dibawa UMNO hanya berbentuk sentimen dan boleh berubah, sekali gus menjayakan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai parti cauvinis DAP.

Malah, tindakan beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO diketuai presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, boleh mendorong mereka bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan.

PH dipimpin Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dianggotai DAP dan AMANAH. Gabungan parti itu telah bersetuju memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Kumpulan Zahid yang minoriti di kalangan MP UMNO pula yang sekarang ini dilihat bersendirian, dan hanya dibantu oleh pemimpin yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Tidak menolak kemungkinan kumpulan Zahid perlu memberi sokongan kepada DAP apabila menyertai PH, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpendapat gabungan sedemikian tidak mustahil berlaku.

Lagi pula laungan ‘No Anwar No DAP’ itu hanya sentimen kebencian semata-mata dan bukan menjadi dasar UMNO, katanya dipetik dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

“Saya cuma nak sebut begini, ‘No Anwar, No DAP’ itu saya tak percaya ia dasar parti, saya cuma kata itu sentimen dalam parti. Ada beza dasar dengan sentimen, dasar ia kekal, sentimen ini pula boleh hilang, tak kekal.

“Sekarang, apa dasar yang mengikat gabungan PH? Mengiktiraf Islam agama Persekutuan. Kedua, memperakui peranan institusi raja-raja Melayu. Perkara 153, kedudukan istimewa Melayu dan hak bumiputera lain, dan keempat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Itu dasar. Kemudian apa lagi? Amalan pentadbiran dan tata kelola kerajaan yang baik.

“Tengok pula pada UMNO, Fasal 3 Perkara 3 dalam perlembagaan mereka, tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mengembang dan mempertahankan Islam. Kalau dasar kita tadi, Islam sebagai agama, UMNO ada dalam Fasal 3 Perkara 3, bukankah itu titik temunya?” katanya.

Menjadikan gabungan UMNO dan PAS di dalam Muafakat Nasional (MN) sebagai contoh, Saifuddin tidak menolak kemungkinan kumpulan Zahid juga boleh bekerjasama dengan PH.

“Cuba kita lihat PAS dengan UMNO, berdekad-dekad pertarungan ini membelah masyarakat daripada atas sampai bawah. Tadika, ada Kemas dan Pasti, khemah kenduri, ada khemah PAS dan khemah UMNO, masjid ada PAS dan UMNO. Baik, itu dasar atau sentimen?

“Ternyata, selama ini kita ingat dasar, rupanya tidak. Sentimen saja,” katanya.

Zahid sebelum ini dilihat cuba mengheret UMNO untuk bekerjasama dengan PH menerusi hubungan baiknya dengan Anwar.

Malah, ketika UMNO mengadakan Perhimpunan Agung (PAU) 2020 pada Mac lalu pun Zahid dan Anwar berbual menerusi telefon merancang strategi politik mereka.

Strategi itu diteruskan dengan menganggu-gugat kerajaan PN dengan yang terakhir ialah membuat keputusan kali ketiga menarik sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri dengan harapan ramai MP UMNO akan berbuat demikian dan meletak jawatan daripada kerajaan.

Namun, sebaliknya yang berlaku, majoriti MP UMNO kekal bersama kerajaan PN dan Muhyiddin, sementara Zahid dan kumpulannya kini berdepan dengan lebih 100 UMNO bahagian yang bangkit mendesak beliau meletak jawatan.

Selain itu, Zahid juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas sekiranya kerajaan PN ditumbangkan, dan ini didedahkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO lalu saya tanya jika semua ahli Parlimen menarik diri apa perancangan seterusnya? Jika kerajaan tumbang apa untungnya kepada UMNO?,” kata beliau yang kini diberi kepercayaan menduduki kerusi Timbalan Perdana menteri.

Ismail Sabri mendedahkan Zahid tidak menjawab berhubung perancangan parti seterusnya selepas menarik sokongan daripada kerajaan PN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/no-anwar-no-dap-hanya-sentimen-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 285 hits
Leslie Lopez The Straits Times Plans for a video campaign to chip away at support for the embattled Malaysian Prime Minister have been hatched by factions aligned to opposition leader Anwar Ibrahim and Ahmad Zahid Hamidi the president of Um...
Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni

Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 313 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri atau b...
Zahid Mt Umno Buka Peluang Kepada Dap Kembali Berkuasa

Zahid Mt Umno Buka Peluang Kepada Dap Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 220 hits
agendadaily com3 8 2021DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hari ini Keghairahan UMNO terutama Majlis Tertin...
Adun Melayu Dap Tunggal Johor Yakin Parti Boleh Bekerjasama Dengan Umno

Adun Melayu Dap Tunggal Johor Yakin Parti Boleh Bekerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 285 hits
Sheikh Omar Ali yakin jajaran baru politik akan dialu alukan oleh penyokong partinya Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari Johor tidak menolak kemungkinan partinya bekerjasama dengan Umno dalam jajaran politik baru sehari selepas Sultan I...
Anwar Berjaya Yakinkan Dap Untuk Selamatkan Zahid Dan Najib

Anwar Berjaya Yakinkan Dap Untuk Selamatkan Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 304 hits
agendadaily com8 8 2021DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Persetujuan DAP untuk menerima dua pemimpin utam...
Lebih Baik Bersama Kerajaan Sekarang Daripada Anwar Kata Mp Umno

Lebih Baik Bersama Kerajaan Sekarang Daripada Anwar Kata Mp Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 501 hits
agendaily com5 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Seorang Ahli Parlimen UMNO membidas Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih berusaha keras mengheret parti bekerjasam...
Zahid Lafaz Sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi No Anwar No Dap

Zahid Lafaz Sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 212 hits
Ahmad Maslan KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melafaz sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi di depan beberapa Ahli Parlimen UMNO selepas ditanya adakah beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Presiden UMNO i...
Perpecahan Bn Umno Hanya Dapat Diperbaiki Pada Pru15 Kata Shahrir

Perpecahan Bn Umno Hanya Dapat Diperbaiki Pada Pru15 Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 214 hits
Menurut Shahrir Samad setelah 38 bulan berlalu semenjak PRU14 Umno dan BN sekurang kurangnya sudah berpecah kepada tiga kumpulan PETALING JAYA Perpecahan dalam Barisan Nasional dan Umno adalah satu perkara yang tidak dapat diselindungkan la...
Takkan Umno Nak Khianat Sokong Anwar Dan Dap Ini Benda Gila Zahidi

Takkan Umno Nak Khianat Sokong Anwar Dan Dap Ini Benda Gila Zahidi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 182 hits
agendadaily com3 8 2021Adakah jajaran baharu bakal terbentuk Seorang Ahli Majlis Tertinggi Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan tindakan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah keputusan gila kerana ia merupakan satu ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3