Tak Perlu Risau Tengok Ubun Ubun Baby Berdenyut Ia Perkara Normal


Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak. sesetengah ibu bapa ada masanya mungkin terfikir mengapa ubun-ubun bayi berdenyut. Adakah ia berbahaya?

Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu. Ia Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan]
APAKAH ITU UBUN-UBUN? Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:
FONTANEL POSTERIOR Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.

FONTANEL ANTERIOR Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.
MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN? Memudahkan proses kelahiran bayi Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.
Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.

Memberi ruang untuk otak bayi berkembang Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.
Memberi petunjuk tentang tahap kesihatan bayi Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.
Artikel Menarik: [Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur. Bahaya, Boleh Mengundang Maut!]

NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT? Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.
JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN! Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
AKSESORI KEPALA PERLU JAUH DARI UBUN-UBUN

Artikel Menarik: [Bersihkan Dengan Kerap Mainan Yang Basah Dengan Air Liur. Baru Anak Tak Mudah Sakit!]
Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi. Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.
Sumber: Hello Doktor

The post Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-risau-tengok-ubun-ubun-baby-berdenyut-ia-perkara-normal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lain Benor Baby Dengan Maknya Tak Perlu Pun Ungkap Perkara Ni Depan Ibu Baru

Lain Benor Baby Dengan Maknya Tak Perlu Pun Ungkap Perkara Ni Depan Ibu Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 363 hits
Bila mana anda melawat ibu yang baru bersalin adalah lebih baik anda bercakap tentang perkara yang positif sahaja Ini kerana emosi ibu yang sedang berpantang agak rapuh dan mudah terganggu Terutama sekali apabila melibatkan dirinya dan anak...
Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan

Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 404 hits
Eh kasihan baby asyik tersedu Susukanlah dia pernah lalui situasi seperti ini Tetapi kenapa sedu berlaku kepada bayi Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya Sedu dan kawal pernafasan Sedu dalam kalangan bayi baru lahir adalah sat...
7 Perkara Tentang Program Sarapan Pagi Di Sekolah Yang Akan Bermula 20 Jan 2020 Ini

7 Perkara Tentang Program Sarapan Pagi Di Sekolah Yang Akan Bermula 20 Jan 2020 Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 303 hits
Program Sarapan Pagi di sekolah rendah merupakan inisiatif terbaru untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan gaya hidup sihat serta me...
Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 492 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Ruam Pada Bayi Boleh Terjadi Disebabkan Perkara Ini

Ruam Pada Bayi Boleh Terjadi Disebabkan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 330 hits
Ruam adalah perubahan ketara dalam tekstur atau warna kulit Ruam pada kulit menjadikan kulit bengkak kerengsaan atau keradangan Ia boleh membuatkan kulit anda bersisik gatal timbul benjolan seperti jerawat atau rasa kulit terbakar Alergen h...
Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 270 hits
Ketua MA Hatta Ali menyebutkan sepanjang 2019 ada 19 370 perkara yang diregister lembaga peradilan
Kabiro Pegawai Diperiksa Kpk Terkait Suap Penanganan Perkara Di Mahkamah Agung

Kabiro Pegawai Diperiksa Kpk Terkait Suap Penanganan Perkara Di Mahkamah Agung

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 303 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menjadwalkan memeriksa Kepala Biro Kepegawaian Badan Urusan Administrasi Mahkamah Agung Supatmi terkait kasus suap dan gratifikasi pengurusan perkara di Mahkamah Agung Tahun 2011 2016 yang menyeret mantan Sekret...
Normal Facial At Sri Sari Spa

Normal Facial At Sri Sari Spa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 407 hits
Ahad haritu ada orang belanja facial sebagai hadiah birthday kite Kiranya hadiah belated birthday la ni hihi Ya ampunnnn setelah 2 tahun tak facial akhirnya dapat jugak buat facial FuhhhhAku rasa muka aku ni dah macam apa dah Blackheads and...
Banyak Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bergelar Ibu Bapa Terutama Penjagaan Bayi

Banyak Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bergelar Ibu Bapa Terutama Penjagaan Bayi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 351 hits
Debaran dan kesabaran selama sembilan bulan anda menempuhi tempoh mengandung pastinya terasa berbaloi dengan kelahiran si manja yang sangat dinantikan Namun kelahiran zuriat bukanlah penamat sebaliknya ia adalah satu permulaan kepada satu b...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong