Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial



Kisah awal mengenai dak Nuha dari [SINI].
Aku yang memaksa dak Nuha ke Bahagian Pesakit Luar, hospital kerana aku tengok bahagian bawah bibirnya makin besar gelembungnya dan aku nampak dia macam tak selesa ketika bercakap. Doktor kemudian mencadangkan agar kami mendapatkan rawatan lanjut di klinik gigi.
Aturan Allah itu baik dan semua urusan pada hari itu dipermudahkan-Nya. Doktor yang merawat dak Nuha sangat baik, menerangkan keadaan dak Nuha dengan penuh berhati-hati. Aku tak ingat istilah tepatnya tapi kelenjar air liur dak Nuha mungkin tersumbat dan itu menyebabkan wujudnya gelembung dalam mulutnya.
Doktor mencadangkan satu prosedur minor surgery dan setelah dak Nuha memberi persetujuan serta selepas mendapat tarikh pembedahan, akhirnya hari ini aku menemani dak Nuha untuk menjalani prosedur tersebut.

Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial

22 Disember 2025 - Isnin (01 Rejab 1447H)

Pagi.
Aku menemani dak Nuha menjalani satu prosedur minor surgery di bahagian mulut di Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, hospital di sini. Memandangkan dak Nuha masih di bawah umur, sebagai waris aku diberikan penerangan oleh doktor tentang apa yang akan dilakukan sepanjang prosedur tersebut.
'Anaknya ok, ibunya yang takut'.. Doktor bagitahu pembantunya. Aku tersenyum disebalik pelitup muka yang aku pakai, namun hakikatnya aku agak takut — takut kerana dak Nuha perlu dibedah dan dijahit. Apabila doktor memaklumkan enam jahitan diperlukan, debar di dada terasa makin kuat.
Selepas menandatangani borang kebenaran, aku diminta menunggu di ruang menunggu di bahagian luar. Menunggu dalam debar.

Selesai prosedur tersebut, dak Nuha menceritakan kembali perbualan bersama doktor..'Ok.. adik dah sedia?''Ok.. sedia'.'Awak takut tak..?''Saya tak takut sebab doktor kan ada.'Ok, kalau adik terasa sakit, buat gerakan atau buat isyarat tanda sakit'.'Ok.. doktor'.

Senang sungguh dak Nuha. Aku yang berdebar dari awal, dia pula rileks sahaja. Doktor turut menunjukkan spesimen yang diambil dan memaklumkan ia akan dihantar ke makmal untuk mengetahui keputusannya. Jadi, kita akan berjumpa semula dengan doktor pada Januari tahun 2026 nanti.

Doktor memaklumkan, benang yang digunakan ialah benang yang mahal dan akan putus sendiri. Alhamdulillah, itu rezeki dak Nuha dan lepas ini kena jaga sebaiknya supaya luka cepat sembuh. 
Inilah budaknya selepas selesai prosedur

Tengah hari..En. Hubby datang mengambil kami di hospital sebelum singgah sebentar ke rumah myMIL untuk menunjukkan keadaan dak Nuha. Sempatlah en. Hubby masak untuk abah dan maknya sebelum kami pulang ke rumah disebabkan dak Nuha mula rasa tidak selesa, kesan ubat bius semakin berkurang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di pasar raya di sini untuk membeli sedikit barang keperluan dan — antaranya ais krim. Bukan satu tapi sampai tiga perisa dipilihnya.

Malam..Moga dak Nuha tak meragam dan cepat sembuh hendakNYA.

Dalam Konteks Perubatan:Istilah ini sering digunakan dalam bidang Pembedahan Mulut dan Maksilofasial (Oral & Maxillofacial Surgery) iaitu kepakaran yang merawat masalah berkaitan rahang, mulut dan struktur muka.


Aku..?Esok kembali bekerja — sejak Rabu lalu aku bercuti menguruskan dak Nuha dan juga dak Kakak. Kisahnya di [SINI]..
@RemajaPurba: .



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/12/klinik-pembedahan-mulut-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak Dikecam Pakai Iphone Ketika Abpbh37 Heliza Helmi Buka Mulut

Hiburan Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak Dikecam Pakai Iphone Ketika Abpbh37 Heliza Helmi Buka Mulut

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 115 hits
Aktivis kemanusiaan dan pelakon tampil menjelaskan isu penggunaan telefon pintar berjenama iPhone ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 37 baru baru ini susulan kecaman yang diterimanya daripada warganet...
Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 147 hits
CelcomDigi dan PPUM berkolaborasi dan bekerjasama dalam menjayakan pembedahan ENT masa sebenar antara yang pertama di dunia Ia menggunakan teknologi 5G teknologi AI dan extended reality Pembedahan tersebut diketuai oleh
Bawa Pak Zain Jumpa Doktor Di Klinik Kesihatan Sikamat

Bawa Pak Zain Jumpa Doktor Di Klinik Kesihatan Sikamat

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum wrtHari ni SA EL PZ tak sihat dah 2 hari sakit perut semalam dah pergi jumpa dah ambil injection tapi xde perubahan pagi ni dia mengadu x tido sampai pagi dan sakit perut sangat SA mulanya db gerak pi keja lepas tu hati x se...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Irresistible Hello Fresh Beef And Rice Recipe

Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Malam Berinai Di Hotel

Drama Gadis Kopi