Ruam Pada Bayi Boleh Terjadi Disebabkan Perkara Ini


Ruam adalah perubahan ketara dalam tekstur atau warna kulit. Ruam pada kulit menjadikan kulit bengkak, kerengsaan, atau keradangan. Ia boleh membuatkan kulit anda bersisik, gatal, timbul benjolan seperti jerawat atau rasa kulit terbakar.
Alergen, haba, dan keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkan reaksi kulit seperti ini. Sesetengah ruam berlaku dengan segera, namun, terdapat juga yang mengambil masa untuk muncul.
Ia cenderung berlaku di bahagian muka, lengan, kaki atau bahagian tubuh, yang berpunca oleh pelbagai sebab. Kebanyakan ruam tidak mendatangkan bahaya, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan terutamanya kepada anak kecil.
Berikut antara perkara yang boleh mengakibatkan ruam timbul pada kulit:
Krim perlindungan matahari Produk seperti ini menawarkan perlindungan berharga, tetapi beberapa kandungan yang terdapat di dalamnya boleh mendatangkan masalah jika anda mempunyai kulit sensitif. Pilih pelindung matahari tanpa para-aminobenzoic acid (PABA), bahan yang mungkin menyebabkan kerengsaan.
Untuk anak anda yang berusia lebih 6 bulan, gunakan pelindung matahari yang dapat menghalang sinaran UVA dan UVB yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Menggunakan pelindung matahari yang mengandungi zink oksida adalah idea yang baik.
Untuk bayi di bawah usia 6 bulan, sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk pelindung matahari.
Sabun antibakteria Secara teorinya sabun ini mendatangkan kebaikan. Namun, dari aspek penggunaan, sabun antibakteria mungkin mendatangkan beberapa risiko. Triclosan, kandungan yang biasa terdapat dalam sabun seperti ini, mungkin menyebabkan kerengsaan pada individu berkulit sensitif. Untuk menyingkirkan kuman, membasuh tangan dengan air dan sabun biasa sudah mencukupi.
Losyen pelembap Kita selalu tertarik untuk menggunakan losyen untuk menjaga kulit, terutama untuk penjagaan kulit bayi. Tetapi losyen pelembap kebiasaannya mengandungi wangian yang boleh merengsakan kulit, khususnya kepada individu dan kanak-kanak yang sudah mempunyai ekzema.
Untuk kulit kering, gunakan sabun lembut, elakkan menggosok kulit kering selepas mandi dan dapatkan nasihat doktor atau pakar pediatrik untuk cadangan losyen bersesuaian.
Tisu basah Tisu basah pakai buang merupakan antara benda yang wajib ada buat ibu bapa yang memiliki anak kecil. Walau bagaimanapun, tisu seperti ini mungkin mengandungi alkohol dan wangian yang boleh mencetuskan kerengsaan pada kulit. Sebaiknya pilih untuk menggunakan kain lap basah.
Sabun pencuci detergen Bahan kimia yang terdapat dalam sesetengah produk pencuci detergen mungkin mencetuskan kerengsaan kulit. Ia cenderung untuk berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai ekzema. Untuk menghindari perkara ini, gunakan detergen yang lembut tanpa penambahan pewangi atau pewarna.
Syampu dan perapi Semak label bahan sebelum menggunakannya terutama pada anak kecil. Terdapat setengah wangian dan bahan kimia dalam syampu dan perapi boleh mendatangkan masalah kepada yang memiliki kulit kepala sensitif.
Penyelidikan mendapati bahan seperti phthalates, formaldehyde, dan 1, 4 dioxane sebagai antara bahan yang cenderung mendatangkan bahaya. Sebagai langkah selamat, pilih produk semula jadi dengan kandungan wangian, bahan kimia dan keseluruhan bahan lain dalam kuantiti yang sedikit.
Pelembut pakaian Jika anda atau anak anda mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin perlu menghindari dari menggunakan cecair pelembut pakaian. Produk seperti ini mengandungi bahan kimia dan pewangi, seperti limonena dan benzyl acetate – yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit, mata, hidung, dan tekak.
Sebagai alternatif, anda boleh menambah setengah cawan serbuk penaik atau setengah cawan cuka ke dalam mesin basuhan untuk menjaga kelembutan pakaian.
Produk pembersih rumah Jangan hanya melihat kepada label ‘tiada toksik’ tidak terkawal, sebaliknya baca label bahan kandungan pada produk pembersihan rumah.
Bahan seperti alkyphenol extocylates (APEs), yang mungkin terdapat dalam produk pencuci dan pembersihan, boleh menyebabkan masalah hormon. Kandungan amonia pula boleh mengakibatkan keradangan pada paru-paru, membakar kulit, dan beracun jika tertelan.
Cari produk yang mengandungi bahan kimia tambahan yang sedikit atau anda boleh mencuci rumah dengan menggunakan air dan serbuk penaik atau cuka.
Bahan pengawet Sesetengah sabun – walaupun untuk produk yang dilabel khas untuk bayi – mungkin mengandungi formaldehyde, bahan pengawet yang boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit, mata dan paru-paru.
Sabun yang mengandungi bahan pengawet juga boleh mencetuskan ekzema, salah satu keadaan kulit yang kerengsaan dan gatal, yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak, terutama kepada yang mempunyai alahan atau asma.
The post Ruam Pada Bayi Boleh Terjadi Disebabkan Perkara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ruam-pada-bayi-boleh-terjadi-disebabkan-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bergelar Ibu Bapa Terutama Penjagaan Bayi

Banyak Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bergelar Ibu Bapa Terutama Penjagaan Bayi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 342 hits
Debaran dan kesabaran selama sembilan bulan anda menempuhi tempoh mengandung pastinya terasa berbaloi dengan kelahiran si manja yang sangat dinantikan Namun kelahiran zuriat bukanlah penamat sebaliknya ia adalah satu permulaan kepada satu b...
Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 303 hits
Pastinya anda mengetahui bahawa tekanan ketika kehamilan adalah tidak baik bagi ibu serta kandungan Namun kesannya tidak terhenti di situ sahaja Ini kerana tekanan turut dikatakan mempunyai kaitan dengan jantina bayi Untuk mengetahui lebih ...
Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 469 hits
Buat golongan wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti tertanya tanya lapisan putih yang ada pada tubuh bayi setelah dilahirkan Jangan risau kerana ianya adalah sesuatu yang mempunyai manfaatnya tersendiri kepada bayi anda Menurut perkong...
Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 271 hits
Bahaya ke keputihan ketika mengandung ni sampai doktor kata kena buat test untuk GBS Apa benda GBS ni GBS bukannya Geng Bas Sekolah ya Ia adalah nama singkatan untuk sejenis kuman bakteria dipanggil Group B Streptococcus Kebanyakan ibu mu
Bukan Hanya Orang Tua Tapi Bayi Juga Boleh Kena Strok Berhati Hati Dalam 28 Hari Pertama Dia Lahir

Bukan Hanya Orang Tua Tapi Bayi Juga Boleh Kena Strok Berhati Hati Dalam 28 Hari Pertama Dia Lahir

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 416 hits
Tidak seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan individu angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok bukan sahaja berlaku pada individu yang berusia tetapi ia juga boleh dialami oleh kanak kanak dan bayi yang baru lahir Sama seperti ind...
Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 416 hits
Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan merek...
Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur Bahaya Boleh Mengundang Maut

Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur Bahaya Boleh Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 310 hits
Apabila dikurniakan anak sudah tentu disayangi dan akan dibelai manja Siapa sangka dalam pada dijaga rapi pun anak boleh meninggal secara tiba tiba Kematian mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome begini biasa berlaku da...
Kafein Boleh Masuk Dalam Susu Ibu 5 Perkara Ibu Kena Tahu Kalau Nak Minum Kopi

Kafein Boleh Masuk Dalam Susu Ibu 5 Perkara Ibu Kena Tahu Kalau Nak Minum Kopi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 316 hits
Don t talk to me until I get my coffee Ada orang memang mesti pekena kopi dulu seawal pagi untuk mulakan hari mereka Biasanya ramai yang minum kopi setiap hari untuk rasa lebih bertenaga Tambahan lagi kalau ada anak kecil mak mak suka minum
Peminat Ayam Boleh Cuba Hidangan Halal Di Restoran Tsuki No Odori

Peminat Ayam Boleh Cuba Hidangan Halal Di Restoran Tsuki No Odori

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 319 hits
Para peminat hidangan ayam boleh cuba hidangan di sini Restoran Tsuki no Odori ini menyajikan pelbagai hidangan ayam halal setiap hari Penyediaan hidangan halal sangat dititikberatkan oleh restoran ini bagi memenuhi standard yang ditetapkan...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

Empat Filem Rompakan Moden Paling Power Sepanjang Zaman


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tanam Cili Dari Biji Benih Cili Di Dapur

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Sub Varian Sars Cov 2 Xec 4 November 2024 Africa Cdc

Kkr Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Cinta Itu Indah Tetapi Duit Lebih Berkuasa