Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan


“Eh…kasihan baby asyik tersedu. Susukanlah dia”, pernah lalui situasi seperti ini? Tetapi kenapa sedu berlaku kepada bayi? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya.

Sedu dan kawal pernafasan
Sedu dalam kalangan bayi baru lahir adalah satu perkara biasa dan tidak perlu menjadi kebimbangan ibu bapa. Malahan keadaan ini biasanya dialami bayi untuk tempoh lapan minit setiap kali tersedu.
Walau bagaimanapun, penyelidik mencadangkan bahawa keadaan tersedu yang dialami bayi ini berlaku untuk membolehkan si manja belajar bagaimana untuk mengawal pernafasan mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Penyelidik dari University College London ini melibatkan 217 bayi. 13 daripada mereka yang didapati mengalami sedu secara berterusan dipasangkan elektrod pada kepala mereka. Ini membolehkan mereka untuk mengenal pasti gelombang otak penting yang tercetus setiap kali tersedu.
Analisis kajian
Kajian berjaya mengesan tiga gelombang otak dalam korteks bayi. Penyelidik yang melakukan kajian ini percaya bahawa dua gelombang pertama menunjukkan bayi mengesan tujuan fizikal sedu, seperti dari bahagian badan mana sedu terjadi. Dan ini merupakan satu maklumat yang berharga yang menunjukkan bahawa tersedu merupakan cara untuk bayi mengawal proses pernafasan mereka.
Menurut pengarang utama kajian ini, Dr Lorenzo Fabrizi, “Daripada pengalaman melihat isteri yang bimbang apabila anak kami tersedu, saya percaya setiap ibu bapa pastinya akan berasa risau apabila bayi mereka mengalami sedu.”
Untuk individu dewasa, tersedu mungkin dianggap sebagai satu gangguan dalam melakukan tugasan harian. Namun keadaan ini berbeza bagi bayi, di mana sedu yang dialami mungkin mempunyai tujuan yang tertentu.
Dr Lorenzo menjelaskan, “Aktiviti yang disebabkan tersedu ini mungkin membantu otak bayi untuk belajar mengawal otot pernafasan supaya proses bernafas boleh dilakukan secara sukarela dengan menggerakkan diafragma ke atas dan ke bawah.”
Bayi mula tersedu sejak di dalam rahim seawal usia sembilan minggu kehamilan. Manakala bayi yang lahir secara pramatang pula dapat menghabiskan masa lebih kurang 15 minit sehari untuk tersedu.
Cara berbeza
Bagi pengarang utama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Neurophysiology, Kimberley Whitehead, “Sebagai individu dewasa, kita mungkin akan belajar mengawal pernafasan melalui proses menyelam di dalam air.”
“Kita juga belajar memperlahankan pernafasan untuk menenangkan diri jika berdepan dalam situasi mencemaskan dan jantung berdegup kencang, sama ada selepas berlari atau disebabkan kegelisahan,” jelas Kimberley.
Kesimpulan
Sememangnya apabila bayi tersedu, sebagai ibu bapa akan timbul rasa kerisauan di hati, walaupun pada dasarnya ia bukan satu keadaan yang membimbangkan. Namun, jika sedu yang dialami berpanjangan untuk tempoh yang lama, anda mungkin boleh membawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor atau pakar perubatan.
The post Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu, Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-risau-kalau-baby-asyik-sedu-sedu-terjadi-untuk-bantu-bayi-kawal-pernafasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Sedu Bantu Bayi Kawal Pernafasan Tak Perlu Letak Cebis Kertas Di Dahi

Rupanya Sedu Bantu Bayi Kawal Pernafasan Tak Perlu Letak Cebis Kertas Di Dahi

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 280 hits
Kalau anak tiba tiba tersedu pasti kita akan minta mereka untuk minum air Bagaimana sekiranya anak masih bayi Kalau mengikut petua lama kita akan letakkan cebisan kecil kertas atau tisu pada dahi bayi untuk menghentikan sedu itu Artikel Men...
Macam Mana Baby Tu Bernafas Suara Bayi Dalam Tong Sampah Bikin Netizen Marah

Macam Mana Baby Tu Bernafas Suara Bayi Dalam Tong Sampah Bikin Netizen Marah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 379 hits
Kes pembuangan bayi dilihat semakin kritikal Apa tidaknya kerap kali kita dengar dan lihat penemuan bayi yang dipercayai dibuang oleh ibu kandungnya terutamanya di tong sampah Begitulah situasi terbaru yang dirakam apabila terdapat satu pen...
Memang Kusut Kalau Bayi Asyik Menangis Setiap Malam Ini Mungkin Faktor Penyebab Si Kecil Merengek

Memang Kusut Kalau Bayi Asyik Menangis Setiap Malam Ini Mungkin Faktor Penyebab Si Kecil Merengek

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 423 hits
Bayi menangis di tengah malam itu mungkin sesuatu yang biasa buat sesetengah pasangan Memang ada macam macam faktor yang menyebabkan bayi menangis pada waktu malam Antaranya mungkin mereka lapar demam kolik dan sebagainya Namun kadang papa ...
Tak Perlu Risau Tengok Ubun Ubun Baby Berdenyut Ia Perkara Normal

Tak Perlu Risau Tengok Ubun Ubun Baby Berdenyut Ia Perkara Normal

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 381 hits
Ubun ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak sesetengah ibu bapa ada masanya mungkin terfikir mengapa ubun ubun bayi...
Dua Biji Epal Boleh Bantu Kawal Kolesterol

Dua Biji Epal Boleh Bantu Kawal Kolesterol

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 374 hits
Hi Korang Sempena tahun baru 2020 ni kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita Ada pepatah mengatakan Sebiji epal...
Mamaway Baby Ring Sling Gendongan Bayi

Mamaway Baby Ring Sling Gendongan Bayi

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 480 hits
First time Seri Wangi tahu tentang Baby Ring Sling Gendongan Bayi Mamaway Malaysia ni tentu korang bertanya untuk siapa Seri Wangi nak gunakan Yelah sebab anak anak Seri Wangi semuanya dah besar besar belaka Jadi Baby Ring Sling Seri Wangi ...
Izara Aishah Mia Ahmad Dan Almy Nadia Kongsi Cerita Hamil Bakal Timang Bayi 2020

Izara Aishah Mia Ahmad Dan Almy Nadia Kongsi Cerita Hamil Bakal Timang Bayi 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1612 hits
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan rupa Begitu juga dengan pelakon Izara Aishah Mia Ahmad dan Almy Nadia yang masing masing berkongsi berita sedang berbadan dua kepada media dan khalayak Bercakap kepada Berita Harian pelakon jelita Iza...
Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 258 hits
Menurut The American Academy Of Pediatrics bahagian Alergi dan Imunologi bayi boleh mengambil keju setelah diperkenalkan dengan makanan pejal Ini bermakna bayi boleh diberikan keju dengan selamat Malah kandungan keju yang tinggi kalori dan ...
Selamat Syahnaz Sadiqah Melahirkan Bayi Kembar

Selamat Syahnaz Sadiqah Melahirkan Bayi Kembar

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 370 hits
Kabar bahagia datang dari Syahnaz Sadiqah dan suami Jeje Govinda Syahnaz melahirkan anak kembarnya di RSIA Bunda Jakarta Sabtu
Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Elected Decay

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skandal Kehakiman Cemar Imej Anwar

Juliana Marins Dan Gunung Rinjani Sebuah Tragedi Yang Menyentuh Dunia

Disahkan Mengidapi Hipertiroid

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

Stay Tuned Anwar Teases On Major Announcement

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident