Tak Perlu Pun Majlis Apresiasi Peringkat Sekolah Ala Ala Majlis Konvokesyen Di Universiti


TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI. Jadi viral konten seorang pelakon wanita yang membidas dengan lantas isu budaya baru mengadakan majlis yang dulu masa sekolah kita sebut Hari penyampaian hadiah yang biasa di buat setiap hujug tahun untuk memberi hadiah atau anugerah pada pelajar cemerlang. Sekarang di sebut majlis apresiasi tapi di perbaharui dengan majlis konvokesyen peringkat sekolah dimana pelajar di pakai jubah akan naik kepentas menerima sijil masing masing. Dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah. 
Salah ke? dak aihh.. Mana ada salah. Tak salah kalau tidak membebankan para ibu bapa.Masalah yang pelakon wanita tu lantang mengkritik apabila pihak sekolah yang nak buat majlis 'Grand' tapi yang kena bayar mak bapak bebudak tu la. Anak aku yang buat kat sekolah pun tetap kena bayar RM70 untuk sewa jubah dan lain lain. Bagi aku jumlah tu aku masih mampu bayar tapi ada orang yang tak mampu. Apatah lagi kalau jumlah bayaran tu melebihi 100 - 200 ringgit Malaysia. Sebab katanya ada sekolah yang mengadakan majlis apresiasi di hotel. Tak kalah kau.. Kalau seorang anak dah RM100 - RM200 bayangkan la yang ada 2 - 3 orang anak. Dengan lepas tu nak kena buat persediaan untuk masuk darjah/tingkatan baru lagi. Tahun ni lagi la teruk.. Semua lebih kurang serentak. Sekolah, raya bagai.
Kita kalau bercakap dari sudut poket kita yang mampu atau anak tak ramai memang la rasa perkara tu satu bebanan.. Tapi bagi golongan yang tak berkemampuan tak sama apa kita rasa. Memang tak salah pihak sekolah nak buat sambutan yang macam tu. Memang nampak meriah, Cantik dan comel anak anak dengan jubah konvo naik pentas ambil sijil. Zaman sosial media ni seronok dapat kongsi gambar atau video majlis apresiasi yang ala ala macam konvokesyen selepas tamat belajar di Universiti tu.
Tapi sejenak letak diri kita dalam golongan orang tak mampu. Aku bukan la semua benda orang buat nak kritik. Tapi ada di kalangan kawan kawan aku kat social media yang kadang kadang makan pun tak lepas. Belum gaji, lauk beras semua habis. Anak anak ramai. Bayangkan golongan ni nak bayar untuk majlis yang bagi aku kalau buat biasa biasa tanpa sewa jubah konvo atau di buat di tempat tempat mahal.. cukup sekadar buat di dewan sekolah pun dah ok. Kemeriahan.. kegembiraan pelajar yang dapat penghargaan & anugerah tu sama je. 
Sekolah anak aku semalam aku pergi untuk majlis apresiasi.. dengan bouquet, photobooth, jubah konvo semua tu adalah berbayar. bouquet yang dapat tu pun semua jajan je. Tak ada benda apa sangat pun. Ada perkara tak perlu ada pun tak apa. Tetap meriah juga. Aku tak kisah pun pihak sekolah nak buat tapi adalah lebih baik carilah penaja. Jangan pihak sekolah nak dapat nama ibu bapa di bebankan untuk bayar. Ni kejab lagi ada yang nak bandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan konon sumbangan ibu bapa lagi banyak dari sekolah kebangsaan biasa. Sumbangan untuk tujuan menaiktaraf keperluan belajar anak anak aku tak kisah sangat. Sumbangan ni yang mampu boleh menyumbang dan tiada paksaan bagi yang tak mampu. Yang tak mampu boleh sama sama menggunakan kemudahan dan keperluan belajar hasil sumbangan ibu bapa yang mampu. Tapi bila melibatkan majlis majlis macam ni ada perkara bukan keperluan untuk buat. Semata mata untuk dapat nama dan kepuasan sesetengah pihak sahaja. Boleh jadi satu pembaziran juga la,
Ada perkara nak buat kena buat kajian terlebih dahulu. Anak anak yang bersekolah kebangsaan bantuan kerajaan ni datang dari pelbagai latarbelakang. Kalau istilah sekarang B40,M40 dan T20. B40 tu pun ada lagi pecahan. Ada B40 yang masih mampu dan ada yang tidak berkemampuan. M40 pun ada yang tak mampu juga bila banyak komitmen. T20  mungkin tak ada masalah kewangan untuk membayar aktiviti aktiviti macam tu. 
Kita nak buat sesuatu acara di sekolah ni kalau melibatkan semua murid yang dari pelbagai latarbelakang dan taraf ekonomi biarlah semua dapat merasa kegembiraan tu. Tak boleh la guna konsep.. Tak mampu tak payah sertai. Sedangkan perkara yang di buat tu sebenarnya lebih kepada kehendak bukan keperluan. Jadi rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang.. Pihak sekolah kena ada timbangrasa sebelum merancang sesuatu majlis tu. Buat la yang dalam kadar kemampuan semua golongan. Perkara ni patut menjadi sesuatu yang mampu menjadi motivasi pada pelajar bukan buat mereka rasa kecewa atau rendah diri.
Cara sambutan mungkin berubah ikut zaman cuma jangan la sampai membebankan. Sekolah yang nak buat majlis grand grand ni kalau boleh berusahalah cari penaja untuk meringankan beban yang perlu di pikul ibu bapa. Tak salah pun nak buat kat hotel atau mana mana kalau ada sponsor. Mungkin tak sepenuhnya sekurang kurang bayaran tu dapat di kurangkan sebab sebahagian di tanggung pihak penaja.
Bila cakap isu macam ni ada segelintir guru macam tak puas hati. KIta tidak menghentam guru yer sebab aktiviti atau majlis macam ni perlu kelulusan dari pihak pihak tertentu. Idea boleh di usulkan tapi di benarkan untuk di adakan adalah bergantung pada kelulusan pihak tertentu. Pihak tertentu tu la sila guna akal sebelum membuat keputusan. Sepatutnya ada timbang tara dan perbincangan lebih terperinci sebelum meluluskan sesuatu aktiviti & majlis yang bakal di adakan oleh pihak sekolah.
Lagipun aku rasa kalau dari peringkat tadika dah melalui majlis yang seakan akan konvokesyen macam rasa tak best pulak bila sambung ke peringkat universiti memakai seragam yang sama untuk naik pentas ambil sijil. Dulu kita nak dapat moment moment tu kena belajar bersungguh sungguh supaya dapat sambung belajar seterusnya kena lulus baru la merasa sarung kostum yang sangat bermakna tu. Tapi sekarang.. Tadika pun dah merasa pakai.
Pada pendapat aku yang bukan dari golongan bijak pandai ni.. Rasa tak perlu kot majlis anugerah kecemerlangan peringkat sekolah ni di budayakan dengan jubah konvo bagai. Cukup dengan pakaian seragam sekolah. Sebenarnya dah ok pun. Yang cemerlang di beri penghargaan yang kurang cemerlang jadikan sebagai motivasi supaya boleh naik kepentas macam rakan rakan yang cemerlang.
Apapun ini sekadar pandangan seorang netizen buka dari sudut profesional. Hanya pandangan seoarang ibu yang mempunyai anak. Apapun aku tetap meraikan majlis apresiasi yang di adakan di sekolah anak aku. Anak aku salah seorang yang di sarungkan jubah konvo dan naik pentas untuk terima sijil walau sijil tamat persekolahan. Apapun walau dia tak dapat anugerah peningkatan prestasi macam tahun tahun sebelum ni.. Tapi ok la dia mencapai tahap minimun. 
Sebagai kenang kenangan di blog ni jom tengok beberapa gambar anak aku yang dah graduate darjah 6. Masa aku buka blog ni dia pun belum wujud bapak dia pun aku tak kenal lagi. Tup tup da habis darjah enam. Allah.. cepatnya masa berlalu.



Apapun semoga anak anak kita membesar dan dewasa menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Maaf andai pandangan aku ni ada yang terasa hati. Yang baik kita ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/02/tak-perlu-pun-majlis-apresiasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 167 hits
Mahrajan al Quran Sekolah sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024 Mahrajan al Quran merupakan salah satu program yang mengumpulkan pelajar pelajar sekolah dari seluruh negara untuk mengasah bakat dan kefahaman mereka dalam bidang al...
Majlis Apresiasi Aturcara Majlis Skrip Pengacara Doa

Majlis Apresiasi Aturcara Majlis Skrip Pengacara Doa

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 169 hits
Di peringkat dunia pekerjaan atau pengajian besar kemungkinan setiap daripada kita pernah menghadiri majlis apresiasi sama ada sebagai penerima anugerah atau hanya sebagai jawatankuas penganjur Di peringkat sekolah mungkin diadakan majlis a...
Himpunan Pantun Penutup Majlis Ringkas Bagi Majlis Rasmi Sekolah Dan Perjumpaan

Himpunan Pantun Penutup Majlis Ringkas Bagi Majlis Rasmi Sekolah Dan Perjumpaan

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 134 hits
Jom rujuk pantun penutup majlis ringkas Dalam sesebuah majlis pantun sering kali digunakan sebagai elemen penutup bagi menyampaikan ucapan dengan cara yang lebih santai dan menarik Pantun penutup bukan sahaja mencerminkan adab dan kesopanan...
Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 234 hits
Tatacara Majlis penyampaian hadiah adalah acara penting yang dianjurkan oleh pelbagai institusi seperti sekolah jabatan dan pejabat untuk menghargai pencapaian individu atau kumpulan Dalam menjalankan majlis ini protokol dan tatacara perlu ...
Pelajar Terjatuh Di Tengah Laut Ketika Pulang Dari Sekolah

Pelajar Terjatuh Di Tengah Laut Ketika Pulang Dari Sekolah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 152 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan bot itu bergegas membuat pusingan untuk menyelamatkan pelajar tersebut InstagramJAKARTA Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Muna wilayah Sulawesi Tenggara mengejutkan orang ramai apabila terjatuh...
Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya

Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 205 hits
Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya Staycation ambil hati anak anak yang tak dapat ikut ibu ayah ke India Cadangnya nak ke lokasi lain tetapi memandangkan kakak terikat dengan projek tahun akhir jadi kami memilih untuk ke lo...
Pelajar Tingkatan Satu Maut Terjatuh Dari Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

Pelajar Tingkatan Satu Maut Terjatuh Dari Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 123 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah di Jalan Syed Putra di sini semalam Ketua Polis Daerah Brickfi...
Alasan Urusan Keluarga Bila Anak Tak Datang Sekolah Pakar Kongsikan Pandangan

Alasan Urusan Keluarga Bila Anak Tak Datang Sekolah Pakar Kongsikan Pandangan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 116 hits
Ramai ke mak ayah guna alasan Urusan Keluarga bila anak tak datang sekolah Kenyataan urusan keluarga ini semakin popular memenuhi grup Whatapps sekolah anak anak Adakah alasan ini sesuai Menurut perkongsian Sinar Harian alasan ini yang seri...
Ia Sukar Usia Cecah 40 Tahun Byun Yohan Minta Maaf Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Black Out

Ia Sukar Usia Cecah 40 Tahun Byun Yohan Minta Maaf Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Black Out

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 134 hits
Ada tak yang tengah layan drama Black Out sekarang Artikel Berkaitan Diterajui Byun Yo han drama ini mengikuti seorang lelaki muda yang disabitkan dengan pembunuhan dua wanita misteri di mana mayat itu hilang Menerusi sesi sidang media sebe...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik