Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya


Staycation Cuti Sekolah Di Mercure Living Putrajaya.  Staycation ambil hati anak-anak yang tak dapat ikut ibu ayah ke India.  Cadangnya nak ke lokasi lain tetapi memandangkan kakak terikat dengan projek tahun akhir jadi kami memilih untuk ke lokasi yang dekat dengan universiti kakak.  Putrajaya menjadi pilihan.  Maka bermulalah pencarian tempat tinggal pula.  Survey sana sini, terjumpa dengan Mercure Living Putrajaya.  Oleh kerana anak-anak dah besar kenalah pilih bilik yang luas sedikit.

Staycation Di Mercure Living PutrajayaPlanning akak dan en hubby yang buat. Cari lokasi, plan aktiviti semua akak yang bentangkan pada en suami untuk approval. Haha..bukan mudah yer nak buat percutian family. Tambah-tambah bila anak-anak dah besar dan jadual dah tak sama.   Kena susun cuti dan jadual sorang-sorang dan cari tarikh yang match.  Biasanya kami tak ambil masa bercuti yang lama paling lama 4 hari 3 malam, paling singkat 2 hari 1 malam.  Kali ini asalnya nak stay semalam je, tapi terlajak juga jadi 2 malam di lokasi lain-lain. Kalau dua-dua malam stay hotel bilik besar, kopak beg mak !
Seperti biasa kami akan bertolak jam 3-4 pagi, saat orang lain tengah tidor lena, kami start enjin kereta.  Jalan wakti begini pastikan korang cukup rehat dan tidur, pastikan ada co driver.  Biasanya jalan memang clear.  Nak jadi cerita, tarikh yang kami pilih, awal cuti sekolah dan en hubby pula ada urusan di Seremban.  Dalam perjalanan singgah juga di kolej kakak dan bergerak ke Seremban. Jalan clear, singgah cari sarapan dulu di Seremban sebelum selesaikan urusan en suami. Semuanya secara kebetulan, mujur tak lajak singgah Port Dickson.
Tepat jam 3pm, kami sampai di lobi Mercure Living Putrajaya.  Ingatkan tak ramai, rupanya punyalah ramai umat yang nak check in.  Baru perasan di sini ada dewan Bizmilla dan musim cuti sekolah dah tentu banyak kenduri kahwin.  Tapi walaupun ramai, proses check in tidaklah mengambil masa yang lama, tambahan pula akak memang dah buat bayaran penuh. Ambil 2 bedroom apartment, tingkat 34. Punyalah tinggi. Pertama kali dapat penginapan setinggi ni.


Mercure  Living PutrajayaCerita ikut gambar yer.  Malaslah pulak nak susun-susun gambar ni.  Masa akak cari hotel di Putrajaya memang banyak juga yang menarik tapi kena ambil dua bilik kalau nak sumbat semua.  Almaklum semua ahli cukup dan masing-masing dah besar-besar, lebih besar dan tinggi daripada ibu ayah.  Kira-kira bila ambil 2 bilik dengan sarapan dengan pilihan hotel yang berdekatan, telan air liur jugaklah dibuatnya.  Kalau boleh nak bagi semua orang selesa sedikit untuk berehat.
Sekali ternampaklah Mercure Living Putrajaya ni, nampak menarik dan review pun cantik ! Akak guna booking dot com aje sambil dok kumpul genius level kat situ.  Dapatlah 2 bedroom apartment ni termasuk 3 orang breakfast.  Akak request tambah lagi sarapan untuk  3 orang.  Kalau nak murah korang kena tambah masa check in.  Kalau korang walk in ke tempat buffet, harga dia tinggi sikit sebab dikira sebagai walk in customer.  Ini pun akak baru tahu masa request tambah breakfast di hotel di India hari tu.



Apartment ni ada dua bilik, satu bilik dengan katil queen dan satu bilik lagi katil single. Bilik katil queen besar sikit, ada tv sekali.  Kedua-dua bilik ada aircond



Ada dapur, peti ais dan mesin basuh disamping cawan, pinggan mangkuk, periuk dan microwave.   Korang boleh guna untuk panaskan makanan kalau malas nak keluar tapi dah beli makanan siap-siap.  Mesin basuh tu boleh juga digunakan tapi akak tak gunapun sebab stay semalam sahaja



Bilik mandi dan toilet ada satu je. Kenalah berbaris tunggu giliran. Yaang tak bestnya toilet dia tak ada paip, modern style yer.  So pandai-pandailah korang adjust duduk dan cara penggunaannya.  


Peti ais dua pintu yer.  Kalau stay dua, tiga malam , boleh penuh isi dalam tu. 

Ruang tamu agak selesa juga.  Ada stu sofa panjang dan juga ada tv.  Ruang tamu bersambung dengan ruang makan. Sofa tu boleh juga dijadikan tempat tidur.  Akak bawa toto sekali so bentanglah dekat depat tu baring-baring sambil tengok tv. 


Ni masa tak bersepah lagi. Suka sofa tu selesa dan simple .  

Ni dalam bilik ada tv dan meja kerja. Tatahias apartment ni simple sahaja tapi menarik. Tak nampak serabut so korang pun rasa tenang-tenang saja nak berehat


Iron dan iron board ni wajib ada.  Bila nampak 2 benda ni, boleh lah senyum lebar.  Senang nak bagi arahan kerja kat anak-anak.  

Di bahagian lobi.  Bersambung dengan bangunan restoran dan butik-butik jualan tudung, pakaian dan lain-lain lagi.  Berada dalam bangunan yang sama juga dengan dewan Bizmilla. Akak tak explore semua sebab bahagian yang berdekatan dengan hotel ni macam sunyi sikit.   Dalam bangunan yang sama ada pasaraya kecil tak ingat pula namanya.  Ada dijual macam-macam terutama pelbagai buah-buahan.  So kalau korang nak masak simple simple dalam apartment, boleh lah dapatkan bahan di pasaraya ini



Tempat breakfast di Volcano Shabu Shabu.  Banyak pilihan makanan.  Memang puashatilah nak pilih makanan, tapi masa ni ramai orang, jadi nampak pack sedikit.  Tak sempat nak ambil gambar deretan makanan. Lain kalilah kot..hehehe..macam ada plan ke sini lagi jer



Suasana menjelang senja dari tingkat 34 Mercure Living Putrajaya.  Cantik dengan cahaya lampu sekitar Putrajaya.   
Keseluruhannya, akak puashati sangat dapat stay kat sini.  Kiranya  tepat jugalah pilihan menginap di sini.  Tempat makan pun sebenarnya tak lah susah sangat.  Ada area jualan food truck juga di Putrajaya ni tapi dari hotel ni kenalah dengan kenderaan.  Kawasan berdekatan juga banyak kedai-kedai makan yang korang boleh singgah

Singgah MAHA ke 100 di Maeps SerdangSelain daripada layan cuti dengan family, tujuan lain ke sini adalah untuk mengunjungi MAHA ke 100 yang diadakan di Maeps Serdang.  Apatah lagi tempatnya memang dekat sangat dengan kolej kakak. Jadilah aktiviti serampang dua mata.   Sepanjang diadakan MAHA ni, inilah pertama kali kami singgah.  Mulanya excited jugalah nak pergi, yelah tak pernah pergi kan.  
Cadangnya nak ke sana seawal pagar dibuka tapi kita hanya mampu merancangkan, ada jemputan lain pula yang perlu kami penuhi.  Jadinya singgah ke MAHA dan tengahari.  Mana dengan jalan masuk yang jem, cuaca pun dah agak panas.  Lepas dapat parking, terus tanpa lengah kami ke bahagian penternakan dahulu.  Seronok tengok lembu kambing yang sihat-sihat



Korang jangan tak tahu, inilah satu-satunya gambar yang akan ambil sepanjang berada di MAHA ni.  Kalau kambing ni tak sua kepala suruh gosok-gosok memang takdelah gambar di sini.  Hahahaha.....Masa habis layan tengok binatang, tunggu bas shuttle, berebut cari tempat teduh dek kepanasan dan macam-macam lagi.  Kat sinilah peluang nak cari 10 ribu langkah

Paling suka singgah di Pavilion Negeri-negeri.  Pastinya paling lama akak singgah kat negeri Melaka sebab ada macam-macam jualan boleh cuba dan sempat juga grab beberapa jenis makanan.  
Pesanan untuk korang yang nak ke MAHA di tahun-tahun akan datang, pastikan bawa air, payung, pakai kasut dan baju yang sesuai.  Kalau bawa anak-anak sila pastikan isi perut anak siap-siap.  Seeloknya korang pergi pagi supaya korang boleh ronda puas-puas dalam ni. 
Percutian singkat yang padat bagi kami sekeluargan sebelum anak-anak semua kembali ke lokasi masing-masing.  Sekarang ni bolehlah menabung semula untuk aktiviti akan datang






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/10/staycation-cuti-sekolah-di-mercure.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalendar Akademik 2025 2026 Malaysia Tarikh Penting Cuti Sekolah

Kalendar Akademik 2025 2026 Malaysia Tarikh Penting Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 238 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Kalendar Akademik sesi 2025 2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Sesi persekolahan ini akan bermula pada 16 Februari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 17 Februar...
Takwim Sekolah 2025 2026 Kalendar Akademik Cuti Kpm

Takwim Sekolah 2025 2026 Kalendar Akademik Cuti Kpm

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 138 hits
Takwim Sekolah 2025 2026 Kalendar Akademik Cuti KPM Dikongsikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2024 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan M...
Takwim Akademik 2025 Dan Tarikh Cuti Sekolah Kpm 2025

Takwim Akademik 2025 Dan Tarikh Cuti Sekolah Kpm 2025

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 193 hits
Menjelang tahun 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim akademik 2025 untuk digunakan sepanjang tahun tersebut Seperti biasa takwim akademik memainkan peranan penting dalam membantu sekolah sekolah di seluruh Malaysia...
Cuti Sekolah 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun Kpm

Cuti Sekolah 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun Kpm

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 129 hits
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim cuti sekolah 2025 2026 Takwim ini turut mengandungi Cuti Akhir Tahun Persekolahan Sesi 2025 2026 cuti perayaan cuti penggal cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM ...
Contoh Soalan Pksk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Contoh Soalan Pksk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 117 hits
Bagi kemasukan ke pelajar boleh mendapatkan contoh soalan PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk tujuan persediaan Berikut merupakan penerangan mengenai PKSK dan contoh soalan soalan yang bakal diberikan Baca juga Mengenai PKS...
Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 134 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rumah amal dan sekolah islam dibawah kawalan GISB Holding Sdn Bhd diarah tutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini
Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 234 hits
Tatacara Majlis penyampaian hadiah adalah acara penting yang dianjurkan oleh pelbagai institusi seperti sekolah jabatan dan pejabat untuk menghargai pencapaian individu atau kumpulan Dalam menjalankan majlis ini protokol dan tatacara perlu ...
Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 167 hits
Mahrajan al Quran Sekolah sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024 Mahrajan al Quran merupakan salah satu program yang mengumpulkan pelajar pelajar sekolah dari seluruh negara untuk mengasah bakat dan kefahaman mereka dalam bidang al...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik