Tak Perlu Milk Booster Pun Boleh Meriahkan Susu Badan Ikut Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan Ni


Bolehkah produk milk booster tambah susu badan? Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu.
Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin.

Rujukan kepada pakar boleh bantu anda untuk mengenal pasti sebab di sebalik berlakunya masalah tersebut.
Pun begitu, pasti anda tertarik untuk mencuba produk milk booster yang banyak tular atas talian demi memastikan bekalan susu badan anda cukup untuk si manja yang sedang membesar.
Bagaimana produk milk booster boleh tambah susu badan?
Kunci kepada fungsi biologi ini terletak pada hormon prolaktin, hormon yang dihasilkan oleh organ kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.
Fungsi utamanya untuk membesarkan payudara dan menghasilkan susu untuk bayi baru lahir.
Sebagai contoh, ubat domperidone yang pernah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh menyebabkan paras hormon prolaktin meningkat bagi merangsang penghasilan susu badan.
Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Domperidone mungkin berkesan namun apabila tujuan penggunaan sudah tercapai, dos penggunaan akan dikurangkan perlahan-lahan.
Ia bagi memastikan penghasilan susu badan berada pada tahap yang konsisten di samping mengelakkan kebergantungan kepada ubat.
Kesan sampingan seperti pening kepala, sakit perut dan kering mulut sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.
Itulah sebabnya kebanyakan individu suka untuk mencuba produk herba.
Di Malaysia, produk tambah susu badan berkonsepkan bahan herba dan makanan sunnah menjuarai carta jualan.
Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat yang disampaikan boleh menjadi isu.
Cara semula jadi untuk tambah susu badan
Alangkah mudahnya jika kita tahu cara semula jadi untuk tambah susu badan.

Oleh sebab kebanyakan produk milk booster di Malaysia diperkuatkan hanya dengan testimoni dan bukannya kajian saintifik, keberkesanannya boleh menjadi persoalan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kempen penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan.
Isu susu badan boleh menjadi halangan kepada para ibu untuk merealisasikan misi KKM.
Bagi mereka yang mengalami masalah tersebut, boleh cuba tip di bawah untuk tingkatkan susu badan secara semula jadi.
#1 Berikan susu badan anak sekerap mungkin
Mungkin macam tak menjawab soalan, namun ada penjelasan di sebaliknya.
Hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu badan akan terembes apabila puting ibu dihisap oleh bayi- dikenali sebagai fenomena “let-down”.
Konsepnya lebih kepada keseimbangan di antara permintaan dan bekalan susu.
Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyaklah jumlah susu badan yang akan dihasilkan.
Menyusu 8 hingga 12 kali sehari boleh bantu badan untuk memastikan bekalan susu berada pada paras optimum.
#2 Pam susu semasa anak anda tidak menyusu
Jika anak anda tidak menyusu, penggunaan pam payudara boleh bantu mengekalkan jumlah susu badan yang optimum.
Anda boleh cuba tip di bawah:
Pam payudara selepas sesi penyusuan badan bagi mengeluarkan lebihan susu. Jika anak anda terlepas waktu menyusu kerana tidur atau mereka tidak berasa lapar, pam susu anda pada waktu itu. Anda boleh pam susu badan ketika anak anda sedang minum susu dalam botol (sama ada susu badan yang telah dipam atau susu formula). #3 Guna kedua-dua belah payudara
Cara yang paling mudah adalah untuk mencatat atau menggunakan aplikasi telefon pintar bagi merekodkan payudara mana yang anda guna semasa sesi penyusuan lepas.
Jika bayi anda berhenti menghisap payudara dan mereka masih berjaga, cuba susukan dengan payudara sebelah.
Kalau mereka masih menghisap, boleh jadi susu pada sebelah payudara sudah tidak keluar.
Rangsangan untuk mengeluarkan susu boleh bantu ibu meningkatkan jumlah susu badan tanpa bantuan farmakologi.
Kajian juga telah membuktikan penggunaan pam payudara terhadap kedua dua payudara boleh merangsang penghasilan susu.

#4 Ambil makanan atau herba tambah susu badan
Walaupun tiada kajian secara spesifik mengaitkan mana-mana diet dengan keupayaan untuk tambah susu badan, terdapat bahan yang terbukti boleh mencapai objektif tersebut.
‘Galactagogue’ boleh merangsang penghasilan susu badan dan sering digunakan dalam biskut yang dijual di pasaran.
Walau bagaimanapun, saintis perlu mengkaji dengan lebih mendalam bagi membuktikan ketepatan dapatan kajian lepas.
Sebelum anda mula mengambil sebarang makanan atau herba, eloklah bertanya kepada doktor terlebih dahulu.
Ia bagi memastikan tiada elemen makanan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda semata-mata untuk tambah susu badan.

Ada beberapa jenis milk booster yang terbukti berkesan oleh kajian saintifik namun penggunaannya boleh memberikan kesan sampingan memandangkan ia melibatkan pengambilan ubat.
Di Malaysia, penggunaan produk milk booster yang menggunakan ramuan semula jadi untuk tambah susu badan hanya terbukti berkesan melalui testimoni dan bukannya kajian saintifik.
Oleh itu, sebagai pengguna, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk jika perlu.
Sebaik-baiknya, guna pendekatan lain yang tersenarai di atas bagi meningkatkan keupayaan anda menghasilkan susu badan.
The post Tak Perlu Milk Booster Pun Boleh Meriahkan Susu Badan, Ikut Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-milk-booster-pun-boleh-meriahkan-susu-badan-ikut-kaedah-semula-jadi-tambah-susu-badan-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Menyusukan Anak Dengan Susu Badan Lebih Dari 2 Tahun Mufti Jelaskan Hukumnya

Boleh Ke Menyusukan Anak Dengan Susu Badan Lebih Dari 2 Tahun Mufti Jelaskan Hukumnya

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 511 hits
Adakah boleh anak yang berumur 3 4tahun menyusu badan lagi Tentu ramai ibu bapa yang tertanya tanya berkenaan soalan ini Pasti ramai yang inginkan penjelasan adakah dibolehkan anak yang melebihi 2 tahun menyusu badan ikuti jawapan penuh dar...
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 357 hits
Kalau anda suka masakan Minang dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas sekali cuba gerenti ketagih Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini O...
Resipi Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib Try

Resipi Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib Try

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 307 hits
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu Semula jadi dan bukan makanan yang diproses rasanya juga seda...
Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 226 hits
Rakyat Malaysia sememangnya dikenali amat menyukai makanan pedas contohnya sambal belacan sambal giling masakan bersambal termasuklah masak lemak cili api Meskipun pelbagai petua yang dikongsi untuk menghilangkan sama ada minum air panas at...
Individu Boleh Tuntut Semula Wang Rm1 000 Jika Disaman Tak Pakai Mask Dalam Kereta Sendiri

Individu Boleh Tuntut Semula Wang Rm1 000 Jika Disaman Tak Pakai Mask Dalam Kereta Sendiri

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 303 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila orang ramai mula pertikaikan tindakan penguatkuasa yang mengeluarkan saman RM1 000 kepada orang ramai walaupun mereka berada di kawasan yang tidak ramai orang Perkara ini mendapat respon Menteri K...
Hiburan Leher Dah Boleh Nampak Vicha Gembira Berat Badan Turun 10kg Dalam 3 Minggu

Hiburan Leher Dah Boleh Nampak Vicha Gembira Berat Badan Turun 10kg Dalam 3 Minggu

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 276 hits
Berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram pelakon dan pelawak Vicha mendedahkan beliau hanya mengambil masa kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat Hasil...
Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 320 hits
Menteri SPRM boleh buka semula kes banglo Guan Eng jika ada bukti baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan Lim Guan Eng jika ada bukti baru Dalam jawap...
Teknik Urutan Kasih Bantu Pengeluaran Susu Ibu Suami Boleh Urut Hanya 3 Step Je

Teknik Urutan Kasih Bantu Pengeluaran Susu Ibu Suami Boleh Urut Hanya 3 Step Je

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 375 hits
Apabila ibu menyusu kekurangan susu badan biasanya orang orang tua akan suruh pergi mengurut Ye ini salah satu alternatif selain beberapa cara lagi yang boleh dilakukan Menerusi perkongsian daripada Puan teknik Urutan Kasih ini boleh memban...
Resipi Jus Elok Untuk Kesihatan Badan Gusi Anak Anak Boleh Amalkan

Resipi Jus Elok Untuk Kesihatan Badan Gusi Anak Anak Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 227 hits
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan Manakala timun pula mampu menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi air Sel...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment