Resipi Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib Try


Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1

Bahab-bahan;
 Longan Kering – segenggam
 Kurma Merah (red dates) – segenggam
 Buah Goji – 2 sudu
 Gula Batu – secukupnya
 Air 1 periuk

Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
 Longan Kering – segenggam
 Kurma Merah (red dates) – segenggam
 Buah Goji – 2 sudu
 Buah Betik muda – Sebiji
 Gula Batu – secukupnya
 Air 1 periuk

Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.

Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris.
The post Resipi-Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib ‘Try’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-resipi-milk-booster-semulajadi-yang-mommy-wajib-try/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Rekomendasi Drama Korea Dengan Genre Fantasi Penyuka Plot Twist Wajib Nonton

7 Rekomendasi Drama Korea Dengan Genre Fantasi Penyuka Plot Twist Wajib Nonton

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 296 hits
Meski rasanya nggak masuk akal drakor dengan genre fantasi itu bisa membalut kisah apa pun jadi semakin memikat
Wajib Cuba Asam Pedas Ikan Tenggiri Terlajak Sedap Cukup Power

Wajib Cuba Asam Pedas Ikan Tenggiri Terlajak Sedap Cukup Power

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 792 hits
Asam pedas adalah satu resipi yang sedap sungguh Syaratnya masa menumis tu kena lama Biar naik minyak betul betul RASA kongsikan resipi daripada SuiSan Aliezsha yang memuat naik resipi ini dalam facebook group RASA Share Resepi Menurut SuiS...
Pertimbang Wajib Pelitup Muka Ketika Kes Covid 19 Kembali 2 Angka

Pertimbang Wajib Pelitup Muka Ketika Kes Covid 19 Kembali 2 Angka

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 288 hits
PETALING JAYA Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sebagai usaha mengurangkan penularan wabak Covid 19 ketika kes jangkitan kembali 2 angka sejak beberapa hari lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassi...
Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Individu Yg Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Individu Yg Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 412 hits
Bermula Jumaat rakyat Malaysia yang pulang dan warga asing yang memasuki negara akan ditempatkan di tempat kuarantin wajib Covid 19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan keputusan ini r
5 Tips Penting Yang Wajib Anda Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

5 Tips Penting Yang Wajib Anda Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 256 hits
Hai kalian Sedar tak sedar kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2019 Masuk ke suku tahun keempat tahun ini Ok lah Sekarang ini Instagram sudah semakin kehadapan dengan pelbagai fungsi terkini Pantang larang dalam bersosial di paltform...
Tak Wajib Bagi Nafkah Dekat Orang Lain Selain Isteri Anak Kecuali Memenuhi 2 Syarat Ni

Tak Wajib Bagi Nafkah Dekat Orang Lain Selain Isteri Anak Kecuali Memenuhi 2 Syarat Ni

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 432 hits
Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak Antara isteri mak dan ayah Nafkah mana yang patut didahulukan D...
Cara Mohon Kerja Kerajaan Yang Kalian Wajib Tahu

Cara Mohon Kerja Kerajaan Yang Kalian Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 559 hits
Cara mohon kerja kerajaan Ramai yang terlepas pandang perkara ini Nak mohon kerja kerajaan tapi tak tahu cara yang betul Bermacam macam rujukan dah dibuat Tapi masih lagi blur tak tahu cara betul nak mohon kerja kerajaan ni Oklah Dalam post...
Buat Bakal Bapa Wajib Tahu Cara Betul Urus Uri Agar Tidak Di Ganggu Jin

Buat Bakal Bapa Wajib Tahu Cara Betul Urus Uri Agar Tidak Di Ganggu Jin

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 338 hits
Buat Bakal Bapa Wajib Tahu Cara Betul Urus Uri Agar Tidak Di Ganggu JinYg bakal2 jadi ayah tu wajib tau cara2 urus uri ni
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi