Boleh Ke Menyusukan Anak Dengan Susu Badan Lebih Dari 2 Tahun Mufti Jelaskan Hukumnya


Adakah boleh anak yang berumur 3 – 4tahun menyusu badan lagi? Tentu ramai ibu bapa yang tertanya-tanya berkenaan soalan ini. Pasti ramai yang inginkan penjelasan adakah dibolehkan anak yang melebihi 2 tahun menyusu badan? ikuti jawapan penuh daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah, 2:233)
Firman Allah Taala:
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surah al-Talaq, 65:6)
Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta. Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.
Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi dan berlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.”
Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)
Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.”
Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288): “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.”
Justeru kami berpendapat bahawa harus hukumnya bagi ibu bapa untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dengan syarat:
-tidak memudaratkan anak tersebut,
-tidak mengkhususkan dengan susu badan sahaja sebaliknya ditambah makanan yang memiliki gizi seimbang untuk tumbesaran yang sihat,
-dilakukan atas hajat keperluan. Sebaiknya dirujuk kepada pakar pediatrik untuk nasihat mereka tentang kesan kesihatan akibat penyusuan selepas 2 tahun.
Wallahua’lam.
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
The post Boleh Ke Menyusukan Anak Dengan Susu Badan Lebih Dari 2 Tahun? Mufti Jelaskan Hukumnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/boleh-ke-menyusukan-anak-dengan-susu-badan-lebih-dari-2-tahun-mufti-jelaskan-hukumnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Menyusukan Anak Kadang Emosi Jadi Tak Stabil Ini Yang Suami Boleh Bantu Baru Isteri Tak Meroyan

Isteri Menyusukan Anak Kadang Emosi Jadi Tak Stabil Ini Yang Suami Boleh Bantu Baru Isteri Tak Meroyan

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 1952 hits
Dapat menyusukan anak dengan susu ibu merupakan impian semua mama yang baru melahirkan namun tak semua mempunyai peluang sebegitu Menyusukan bayi bagi seorang ibu bukanlah satu tugas yang enteng Macam macam perkara yang perlu dibuat kena be...
Tak Perlu Milk Booster Pun Boleh Meriahkan Susu Badan Ikut Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan Ni

Tak Perlu Milk Booster Pun Boleh Meriahkan Susu Badan Ikut Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan Ni

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 354 hits
Bolehkah produk milk booster tambah susu badan Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin Rujukan kepada pakar boleh bantu anda u...
Resipi Jus Elok Untuk Kesihatan Badan Gusi Anak Anak Boleh Amalkan

Resipi Jus Elok Untuk Kesihatan Badan Gusi Anak Anak Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 288 hits
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan Manakala timun pula mampu menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi air Sel...
Tak Salah Isteri Larang Suami Berpoligami Kalau Suami Tak Mampu Mufti Jelaskan Hukumnya

Tak Salah Isteri Larang Suami Berpoligami Kalau Suami Tak Mampu Mufti Jelaskan Hukumnya

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 534 hits
Soalan Apakah hukumnya jika isteri melarang suami untuk berpoligami Jawapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga isteri isteri baginda dan mereka yang mengi...
Cipta Lesung Pipit Buatan Supaya Tampak Lebih Cantik Mufti Wp Perjelas Hukumnya

Cipta Lesung Pipit Buatan Supaya Tampak Lebih Cantik Mufti Wp Perjelas Hukumnya

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 257 hits
Mempunyai lesung pipit diwajah menampakkan seseorang itu terlihat manis Namun ada juga yang melakukan prosedur kecantikan untuk membuat lesung pipit palsu Sejak kebelakangan ini lesung pipit palsu memang menjadi ikutan dalam kalangan masyar...
Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 338 hits
Cabaran membesarkan anak tak sama Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek menangis tak tahu apa yang dia nak apabila anak masuk alam persekolahan lain pula cabarannya Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat s...
Modal Hanya Rm30 Boleh Buat Rak Mainan Anak Berbaloi Rumah Pun Kemas

Modal Hanya Rm30 Boleh Buat Rak Mainan Anak Berbaloi Rumah Pun Kemas

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 601 hits
Lumrah rumah yang ada anak kecil bersepah dengan mainan Ada ibu bapa yang sakit mata melihat rumah bersepah dengan barang mainan anak Kadang tu bila berjalan terpijak mainan atas lantai sakitnya sampai boleh keluar air mata Bila kemas letak...
Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 304 hits
Rakyat Malaysia sememangnya dikenali amat menyukai makanan pedas contohnya sambal belacan sambal giling masakan bersambal termasuklah masak lemak cili api Meskipun pelbagai petua yang dikongsi untuk menghilangkan sama ada minum air panas at...
Kenangan Haji 2 Tahun Lalu Datin Fouziah Gous Tinggalkan Anak Baru Dibedah Demi Ibadah

Kenangan Haji 2 Tahun Lalu Datin Fouziah Gous Tinggalkan Anak Baru Dibedah Demi Ibadah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 676 hits
DATIN HAJAH FOUZIAH GOUS Setiap kali menjelang Zulhijjah dan Aidiladha pasti memori mengerjakan ibadah haji tahun 2018 memberi kesan kepada selebriti cantik Datin Hajah Fouziah Gous Mana tidaknya waktu itulah dia dan suami benar benar diuji...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi