Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya


Hujung minggu waktu yang ditunggu-tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga. Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang-orang yang disayangi. Ada yang pergi bercuti, ada yang piknik di pantai dan sebagainya. Ada juga yang lebih suka lepak dekat rumah sahaja. Sebenarnya ‘percutian’ di rumah juga bakal memberi kesan yang menyeronokkan kepada anda dan keluarga kalau kena gayanya. Aktiviti kat bawah ni kalau buat bersama dengan ahli keluarga yang lain pasti hari minggu anda tak bosan dan terisi. Tak payah keluar rumah, dapat jimat duit paling penting dapat eratkan hubungan yang ada.
1. Deko bilik anak-anak
Kadang-kadang anak-anak bosan tengok deko yang sama dalam bilik atau bilik permainan mereka. Jom susun semula perabot dan dekorasi yang ada untuk berikan nafas baru bagi ruangan tersebut. aktiviti macam ni bukan sahaja menjadikan bilik yang kecil kelihatan lebih teratur dan selesa, dengan melibatkan anak-anak tentang pemilihan warna bilik dan kedudukan barang dalam bilik mereka sedikit sebanyak dapat buatkan mereka rasa teruja dan tak kisah walaupun hanya berada di rumah pada hujung minggu.

2. Masak menu kegemaran keluarga
Memasak dengan keluarga adalah alternatif yang pastinya menyeronokkan untuk mengisi ‘percutian’di rumah. Pilih beberapa menu makanan yang disukai oleh kebanyakan ahli keluarga. Sebagai contoh, nasi ayam, spaghetti, kek keju atau hanya cucur bilis, itu sudah cukup buat anak-anak rasa seronok. Bahagikan tugas untuk anak-anak buat supaya mereka tak bosan atau sekadar memerhati. Bagi mak-mak yang ada anak kecil, jangan lupa awasi si kecil pula ya. Dengan cara ini juga anda secara tidak langsung mengajar mereka untuk lebih berdikari dan punya rasa tanggungjawab.

3.Kelas seni di rumah
Kanak-kanak memang suka buat aktiviti seni, melukis, mewarna, mereka gelang tangan sendiri, membuat slime dan sebagainya adalah salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Persiapkan dengan barangan yang diperlukan bagi melancarkan aktiviti seni anda di rumah. Aktiviti sebegini memang bagus untuk penerokaan kreativiti si kecil di rumah.

4. Berkebun
Bagi rumah yang mempunyai laman yang luas dan besar, anda boleh menghias laman anda dengan tanaman hijau. Selain tanaman untuk mencantikkan laman tanaman herba juga boleh ditanam untuk kegunaan sendiri. Jangan lupa untuk menjemput anak turut serta dalam aktiviti anda kerana secara tidak langsung, mak dan ayah boleh mengajar si kecil bagaimana untuk menanam tumbuh-tumbuhan dan bunga hiasan pada mereka. Aktiviti ini sangat berguna untuk kanak-kanak, salah satunya adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang tumbuhan hijau yang baik untuk kesejahteraan bumi. Antara trik yang boleh anda buat bagi menarik minat si kecil adalah dengan mengajak mereka untuk mengira bilangan bunga atau meneka warna bunga yang ada di laman, mereka tentu seronok!

5.Berkhemah
Puas dengan melihat halaman rumah lebih cantik dan bersih. Satu idea kreatif lain untuk menghabiskan sisa cuti dengan keluarga adalah dengan berkhemah di laman rumah. Sediakan khemah, bantal, mainan kegemaran dan peralatan bbq. Susun jadual seakan-akan perkhemahan sebenar di luar, waktu malam pula buat bbq bersama sambil menyanyi dan bercerita. Jangan lupa ubat nyamuk ya, barulah si kecil tak serik nak berkhemah lagi di luar tanpa gigitan nyamuk.

The post Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti, Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-keluar-duit-banyak-kalau-nak-bercuti-kat-rumah-pun-boleh-kalau-kena-gaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaya Nak Bakar Rumah Sendiri Dah

Gaya Nak Bakar Rumah Sendiri Dah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 309 hits
Dan salam sejahtera sahabatku semua yang hensem dan lawa Semoga sihat belaka nah Apa cerita hari ini Pssttt Dengar khabarnya rumah orang sebelah tengah berterbangan periok belanga pinggan dan dulang Pak haji pun terpelanting sudah serban se...
Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 439 hits
Isteri insan yang dicipta dengan sifat sangat teliti Mereka mahukan kesempurnaan mereka akan berusaha mencapai apa yang diinginkan Namun kudratnya tak sekuat kudrat lelaki Selepas medirikan rumah tangga kehidupanya hanyalah ada suami anak a...
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 381 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Rumah Ada Anak Kecil Tetap Boleh Kemas Disiplin Praktis Je Cara Ni Setiap Hari

Rumah Ada Anak Kecil Tetap Boleh Kemas Disiplin Praktis Je Cara Ni Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 475 hits
Rumah bersih tersusun kemas buatkan hati pun rasa tenang Namun ada yang memberi alasan jika ada anak kecil ni nak mengemas rumah pun tak sempat kerana anak asyik buat sepah je Tapi jika anda seorang yang tak boleh tengok rumah bersepah nak ...
Rahsia Buat Duit Dari Rumah Starlight Tv

Rahsia Buat Duit Dari Rumah Starlight Tv

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 604 hits
Rahsia Buat Duit Dari Rumah Dengan Affiliate Starlight TV Jana Pendapatan Buat Extra Income Hanya Dari Rumah Dengan The post appeared first on
Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 329 hits
ULASAN Sejak PN ambil alih pentadbiran Malaysia laungan dan teriakan ini selalu berkumandang Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila T...
Negara Banyak Duit Adalah Mitos Kerajaan Pn

Negara Banyak Duit Adalah Mitos Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 429 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz didakwa sebenarnya tidak mengetahui dari mana datangnya sumber kewangan bagi membiayai rangsangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru baru ini Ahli...
Tiga Gaya Masak Kuey Teow Popular Adik Adik Pun Boleh Belajar Masak

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Popular Adik Adik Pun Boleh Belajar Masak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 677 hits
Nak masak apa hari ini asyik nasi aje bosan gak Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan Jom kita cuba tiga resipi ini Adik adik dan anak anak pun boleh cuba belajar masa...
Gigih Cari Duit Sendiri Dengan Jual Jus Mangga Adik Usaha Sendiri Nak Beli Ps4

Gigih Cari Duit Sendiri Dengan Jual Jus Mangga Adik Usaha Sendiri Nak Beli Ps4

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 453 hits
Baru berusia 10 tahun namun kanak kanak lelaki ini sangat gigih berusaha untuk menjual air mangga bagi mendapatkan permainan idamannya Sony PlayStation 4 Kakak kepada Danish Izzudin iaitu Sally berkongsi kisah kegigihan adiknya sehingga men...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa