Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal
Walaupun kes COVID-19 semakin berkurangan, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti. Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya, jadi kita tidak boleh leka.
Dipetik dari laman Facebook rasmi KKM, mereka menyeru agar ibu bapa lebih peka dan tidak membawa anak-anak kecil ke tempat awam.
Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?
Boleh bawa dan ibu bapa/ penjaga juga tidak akan dikompaun kerana tiada peruntukan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988). (rujuk https://www.bharian.com.my/…/pkpb-jangan-bawa-anak-kecil-ke…)
Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.
Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.
Artikel Lain: [Sendal Bantal Bawah Botol, Pergi Buat Kerja. Bahaya Tinggalkan Baby Hisap Susu Sendiri!]
Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.
Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.
Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.
Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.
Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?
Artikel Lain: [Minum Susu Ibu, Keracunan Makanan. Rupanya Sebab Guna Botol Bercalar]
Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.
Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.
Ini bukan marah tapi nasihat…
Sekiranya terpaksa bawa anak keluar rumah, kena ambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda bawa bersama hand sanitizer, mudah untuk bersihkan tangan sekiranya tiada air.
The post Boleh Keluar Rumah, Tapi Tak Payahlah Bawa Anak. Virus Tak Nampak, Bila Kena Jangan Menyesal! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/boleh-keluar-rumah-tapi-tak-payahlah-bawa-anak-virus-tak-nampak-bila-kena-jangan-menyesal/