Tak Payah Nak Runding Runding Lah






 SIAPA ORANG KERAJAAN MADANI YANG DIHANTAR BERJUMPA PAS?


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Malah, katanya, perkara itu ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun hanya secara sepintas lalu dan tiada apa-apa keputusan dibuat mengenainya.


“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. 


“Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.


“Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.


Menurut musyidul am PAS itu lagi, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu, kerjasama itu tidak dinafikan boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan.


Namun, kata Hashim,  PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh lagi..


“Ada baik dan buruknya perkara tersebut dan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi.


Meskipun kita tahu Hadi Awang selaku Presiden Pas mempunyai pendirian yang keras terhadap Anwar dan boleh dikata menolak secara total untuk bersama kerajaan perpaduan, apa yang menarik di sini ialah rupa-rupanya masih ada usaha pihak tertentu yang terus berminat untuk mendekati Pas.


Pastinya yang menarik untuk diketahui di peringkat ini juga ialah siapakah pihak tertentu yang membuat pelawaan itu?


Melihat kepada percaturan politik yang sedang berlaku, tidak sukar menjangka bahawa paling mungkin pihak tertentu itu adalah mewakili Anwar.


Ia dipercayai selain sebagai langkah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan perpaduan, juga bertujuan untuk memecahkan kesatuan dalam PN yang merupakan pencabar utama PH dalam PRU16 akan datang.


Di pihak UMNO, mereka tidak mungkin mahu mendekati Pas untuk membawa parti itu bersama-sama dalam kerajaan kerana ia dengan sendirinya boleh mengancam keistimewaan mereka dalam pegangan kuasa dan perebutan kasih sayang daripada Perdana Menteri.


Begitu juga dengan Amanah, tiada kewajaran untuk mereka mendekati Pas bagi mempelawanya bersama dalam kerajaan perpaduan.


DAP, GPS atau GRS dan lain-lain parti, lagilah tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.


Hanya pihak yang mewakili Anwar saja ada kemungkinan untuk mendekati dan membuat pelawaan tersebut kepada Pas.


Jika kenyataan Hashim itu bukan berita palsu, apakah ini menunjukkan di mata Anwar, Pas lebih bernilai tinggi berbanding UMNO untuk mengekalkan kelangsungan kuasanya sebagai Perdana Menteri?


Apakah Pas tidak mampu dilawan secara berdepan melalui kesepakatan kesepakatan parti-parti dalam kerajaan madani?


Jika akhirnya usaha mendekati Pas itu tidak menjadi kenyataan, apa pilihan lain buat Anwar? – ShahbudinHusin 29Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/29/siapa-orang-kerajaan-madani-yang-dihantar-berjumpa-pas.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/tak-payah-nak-runding-runding-lah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajar Lagi Ke Nak Guna Domain Berbayar

Wajar Lagi Ke Nak Guna Domain Berbayar

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 86 hits
Zaman kegemilangan blog lekatlekit story ni macam dah suram sekarang Nak update entri baru pun macam ada dalam tiada tapi sewa domain dengan netkl tetap kena bayar setiap tahun Yelah dulu orang guna dot com kau pun nak Waktu tak apa lah kan...
Cara Cara Nak Hidup Tenang Selepas Bersara

Cara Cara Nak Hidup Tenang Selepas Bersara

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 77 hits
Dah berbelas belas atau berpuluh tahun bekerja sampai satu tahap kita merasakan sudah masa untuk kita berehat Apatah lagi bila usia memasuki 40 an Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan barulah kita boleh duduk ...
Kalau Nak Ikut Rasis Ni Jenuh La Yang Dok Dimalaysia Pun Jenuh Juga Nak Letak Mana

Kalau Nak Ikut Rasis Ni Jenuh La Yang Dok Dimalaysia Pun Jenuh Juga Nak Letak Mana

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 63 hits
Aduh Apa ni kan Takkan la PMX tak tahu pulak Kenapa nak berbaik dengan Apa benda la PMX buat ni Itulah beza orang yang dengan orang yang DS Anwar tak bodoh dan jumud macam kebanyakan lebai PAS Buat apa Kita la Kalau jawab permusuhan dengan ...
Remaja 17 Tahun Di Thailand Rompak Kedai Emas Kerana Nak Sara Anak Isteri

Remaja 17 Tahun Di Thailand Rompak Kedai Emas Kerana Nak Sara Anak Isteri

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 103 hits
Remaja yang mencuri seutas rantai tangan yang bernilai 200 00 baht itu bagaimanapun telah ditahan dan kini berdepan 4 pertuduhan Menurut laporan berkenaan remaja lelaki itu dilaporkan mempunyai masalah dengan ibu mentua dan ia menjadi salah...
Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Ribuan Pager Hizbullah Meledak Begini Cara Mossad Melakukannya

Unlocking The Power Of Crypto How Fokawa Simplifies Digital Asset Trading


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Ini Pelan Damai Pas Pn Teresa Kok Rakyat

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Finding The Right Contractor Design And Build Your Dream Home

4 373 Mangsa Banjir Di 32 Pps Kedah

Video Of Woman Crying Out For Gratitude For Man Who Changed Her Car Tyres Goes Viral

Generate Unique Brand Names