Cara Cara Nak Hidup Tenang Selepas Bersara





Dah berbelas-belas atau berpuluh tahun bekerja, sampai satu tahap kita merasakan sudah masa untuk kita berehat. Apatah lagi bila usia memasuki 40-an.

Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan, barulah kita boleh duduk di rumah dengan tenang. Apa guna bersara tapi kepala diserabutkan dengan komitmen kewangan dan tanggungjawab lain yang belum selesai.

Supaya dapat bersara dengan tenang, perkongsian dari Mohd Shukur boleh kita pertimbangkan.

Kalau boleh diundurkan masa saya sepatutnya merancang kewangan dan masa persaraan sebegini;

 1. Tak perlu rumah besar 2 atau 3 tingkat
Tak perlu rumah yang besar & tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat.
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua atau masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang dah terbuat 145 kaki.

Setiap kali duduk kat depan, malas nak pergi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas kena fikir dulu apa nak bawak.

2) Tak perlu kereta-kereta berjenama
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal. Kalaulah duit kos pembelian, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, Palesti dan lain-lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.


Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi pergi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macam manalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.

3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji (kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.

4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier. Keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.

5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal-mahal
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal2 , mereka mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.


6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust.
Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa-apa emosi, tak payah nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur.
Kalau 1M dah dapat 32K bertambah lagi. Itu dah dizakatkan.Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.

7.) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend.
Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya, peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm.
Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, tak payah nak fikir urusan kerja time weekend.


8) Tak perlu nak lama sangat makan gaji.
Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat. Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.

Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama saja. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa. Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe.

Yang bayar minimum lama-lama terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. Kan bagus jika amount tu yang disimpan dalam tabung haji. Simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.

Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.

9) Kahwin 2, bila dah berumur ini rasa senang hati tak beristeri dua
Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya. Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula-muka hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star. Lor……benda kecik camtu pun kau ada masalah.


Perkongsian ini jika tidak sesuai untuk anda, mungkin ianya sesuai untuk orang lain.Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain.

Sumber: Mohd Shukur
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/08/cara-cara-nak-hidup-tenang-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 191 hits
Salah satu dari perkara yang menarik minat saintis adalah perkembangan kemajuan manusia Tujuan perkara itu di kaji tidak lain tidak bukan untuk membuka rahsia pencapaian di setiap tamadun dalam sejarah agar ia dapat dipelajari dan diadaptas...
Cara Lain Dah Tak Boleh Dah Nak Selamatkan Anak Anak Mahathir Cuba Tanam Kebencian Pulak

Cara Lain Dah Tak Boleh Dah Nak Selamatkan Anak Anak Mahathir Cuba Tanam Kebencian Pulak

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 76 hits
Persamaan adalah mereka sama sama nak jatuhkan DS Anwar Bezanya Mahathir buat manakala Mahiaddin untuk Satu lagi persamaan mereka yang sangat sangat mirip adalah dan yang tak bermaruah Dia sendiri buat benda yang jauh lebih jahat tapi dia D...
Apa Nak Buat Selepas Spm

Apa Nak Buat Selepas Spm

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 188 hits
Apa Nak Buat Selepas Spm Apa yang akan anda buat selepas spm persoalan yang berlegar legar diminda calon spm memikirkan hala tuju selepas exam Bagi meraka yang tidak terpilih untuk plkn meraka akan mula memikirkan perancangan dan kegiatan y...
Cara Pakaian Yang Paling Sesuai Di Malaysia Jika Anda Amalkan Gaya Hidup Ringkas

Cara Pakaian Yang Paling Sesuai Di Malaysia Jika Anda Amalkan Gaya Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 246 hits
Pengalaman kerja pertama makan gaji saya bermula di sebuah kilang Taiwan di Nagasari Prai Masa tu saya mintak kerja sebagai store hand dengan bayaran gaji sebanyak RM300 saja sebulan Pergi kerja dengan menumpang motosikal seorang kawan yang...
Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 183 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 112 hits
Anak kidal begini cara ibu nak latih guna tangan kanan kalau tak berjaya jangan paksa Anak anda cenderung mengambil barang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan tangan kirinya Mungkin itu petanda bahawa anak anda kidal Anak Kidal Begini Ca...
Cara Nak Buat Homestay Tanpa Modal Besar

Cara Nak Buat Homestay Tanpa Modal Besar

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 70 hits
Cara nak buat homestay bajet yang menarik pelancong haruslah dimulakan dengan perancangan awal yang teliti supaya dapat menguntungkan anda tanpa mengeluarkan modal yang besar Memulakan bisnes homestay adalah satu cara yang baik untuk menjan...
Kesabaran Rahsia Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Mungkin Boleh Kurangkan Kedut Wajah Haha

Kesabaran Rahsia Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Mungkin Boleh Kurangkan Kedut Wajah Haha

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 69 hits
Kadang kadang hidup ini akan selalu memang menguji kesabaran kita Dari kesesakan lalu lintas sampailah menunggu kawan yang kata on the way tapi tak kunjung tiba kesabaran memang selalu diperlukan Tapi sabar itu sebenarnya bukan hanya sekada...
Saya Dah Takluk Hati Mimi Tunggu Nak Lock Masa Yang Sesuai Syafiq Kyle

Saya Dah Takluk Hati Mimi Tunggu Nak Lock Masa Yang Sesuai Syafiq Kyle

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 112 hits
Pelakon kacak Syafiq Kyle baru baru ini memberi bayangan mengenai hubungan cintanya bersama aktres Mimi Lana seakan akan sudah kembali berputik Syafiq memberi bayangan itu ketika ditemubual satu stesen radio tempoh hari var currentUrlTwo wi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana