Tak Paksa Tak Belajar Bila Paksa Anak Buat Tak Tahu Mencabar Jadi Cikgu Segera Ni


Semua orang tahu, otak kanak-kanak bukan seperti versi mini otak orang dewasa.  Ia boleh dibentuk mengikut didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Maka, perwatakan, pergaulan dan personaliti mereka boleh berbeza mengikut cara mereka dibesarkan.
Baca: Dapat Beli Emas RM2.5K Berkat Menabung RM1 Dari Awal Tahun, Akhir Tahun ‘Total’ RM3K!

Kajian dalam bidang psikologi dan sains neurologi kanak-kanak telah merungkaikan beberapa teknik yang boleh membantu memberikan fleksibiliti dalam tumbesaran otak si manja.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
#1 Teknik paksaan hanya menyeksa jiwa si manja Kita boleh menggunakan perumpamaan tukang kayu dan tukang kebun dalam menerangkan fenomena ini.
Tukang kayu membuat ukiran dan memotong kayu bagi membentuk peralatan yang mereka mahukan.
Sementara tukang kebun pula menyediakan lapangan yang subur untuk tanaman tumbuh dibantu dengan elemen seperti air dan matahari.
Apabila berbicara mengenai cara mendidik yang efektif, persekitaran kanak-kanak memberikan impak yang besar terhadap tumesaran mereka.
Orang dewasa kebiasaannya terdorong untuk membentuk anak-anak menjadi seseorang yang berjaya.
Namun perlaksanaan didikan mereka kebiasaannya bersifat memaksa dan perkara ini boleh membunuh minat anak-anak.
Jika anda inginkan seorang anak yang cekap bermain alat muzik, anda harus mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang memberi ruang kepada mereka untuk menerokai keindahan dunia muzik.
Mungkin anda boleh memasang muzik klasik, menyediakan peralatan dan bermain alat muzik bersama dengan anak.
#2 Ajar atau bacakan buku kepada anak
Walaupun secara logiknya kita tahu kanak-kanak, terutamanya yang baru berusia beberapa bulan, tidak memahami buku, sesi bacaan bersama mereka boleh memberi kelebihan kepada proses perkembangan otak.
Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh sebuah universiti di Illinois.
Antara perkataan yang elok diajar kepada mereka berkait dengan perkataan yang mempunyai unsur emosi.
Sebagai contoh, sedih, gembira, kecewa dan sebagainya.
Semakin banyak perkataan yang didaftarkan di dalam asas pembentukan neural mereka, semakin fleksibel tingkah laku emosi mereka.
Gunakan persekitaran anda untuk menerangkan aspek emosi kepada anak-anak yang baru belajar supaya mereka lebih peka dan empati kelak.
#3 Beri penerangan dan jangan pernah putus asa menerangkan sesuatu kepada anak Kadangkala kita berasa penat hendak menerangkan sesuatu konsep kepada anak terutamanya jika ia membabitkan persoalan yang sukar diterangkan seperti konsep sains dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika anak anda bertanyakan soalan “Kenapa bila kita lepaskan barang, barang jatuh? Kenapa tak terbang macam belon?”.
Adakah anda akan menggunakan perkataan graviti dalam penerangan. Jika ya, ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan.
Sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak boleh menguatkan kawalan tingkah laku mereka.
Sebagai contoh, jika anda melarang mereka daripada melakukan sesuatu dan ia disusuli dengan penerangan, kelak, mereka lebih cenderung untuk tidak mengulanginya.
Jika anda hanya melarang tanpa memberikan sebarang penerangan, mereka tidak faham akan kesan dan akibat kepada perbuatan mereka.
Ini membuatkan mereka lebih suka untuk mengulangi kesilapan yang sama.
#4 Jika ada salah laku, fokus kepada kesalahan, jangan fokus kepada individu
Kalau anak lelaki anda memukul anak perempuan, jangan panggil mereka ‘budak jahat’, ‘budak nakal’ dan sebagainya.
Teguran anda harus bersifat spesifik dan ia tidak sepatutnya berfokus kepada individu.
Sebagai contoh, “Jangan pukul kakak. Kesian kakak sakit. Minta maaf cepat”.
Perkara ini tidak hanya spesifik kepada salah laku sahaja. Pujian juga perlu berfokus kepada tingkah laku dan bukannya individu.
Sebagai contoh, jika mereka berbuat baik, usah gelar mereka ‘budak baik’ dan sebagainya sahaja.
Puji perbuatan mereka supaya mereka memahami dengan lebih jelas akan konsep baik buruk sesuatu tindakan.
#5 Bawa anak anda berjumpa dengan orang dewasa lain  Selain daripada ahli keluarga yang lain, perkembangan otak si manja boleh menjadi lebih baik jika mereka bertembung dengan individu daripada segenap bangsa.
Kajian menunjukkan, anak yang berinteraksi dengan individu yang bercakap dengan bahasa berlainan akan membentuk satu hubungan neuron kritikal yang bakal membantu mereka untuk menguasai bahasa tersebut kelak.
Begitu juga dengan bayi yang didedahkan dengan muka individu daripada pelbagai bangsa.
Anak anda akan lebih cekap untuk mengenal pasti dan membezakan wajah kelak.
Ini mungkin langkah yang paling mudah untuk diimplementasikan dalam usaha untuk membentuk anak yang anti rasis.
Konklusi Cara didikan anak boleh mempengaruhi tingkah laku apabila usia mereka meningkat kelak.
Perkembangan otak si manja sewaktu kecil sememangnya penting memandangkan tempoh masa tersebut mereka mudah ‘dilentur’.
Baca: Jangan Risau Anak Ramas, Baling, Tepuk Makanan. Apa Yang Dia Buat Semuanya Ada Kaitan Dengan Sensori
5 tip yang diberikan di atas boleh membantu ibu bapa untuk mendidik anak bagi memastikan tingkah laku mereka baik.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Paksa, Tak Belajar. Bila Paksa Anak Buat Tak Tahu! Mencabar Jadi Cikgu Segera Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-paksa-tak-belajar-bila-paksa-anak-buat-tak-tahu-mencabar-jadi-cikgu-segera-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 387 hits
Bagi ibu bapa yang ada anak di tahun satu dan tahun dua mungkin agak terasa cabarannya dalam keadaan sekarang ini Bukan apa persekitaran untuk anak yang seusia ini belajar di sekolah tak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti anak lain ...
Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 627 hits
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa Bagi memantau pembelajaran anak di rumah seorang ibu tampil berkongsi cara m...
Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 223 hits
Terdesak kewangan sekalipun jangan sehingga perjudi harga diri BANGI Sudah tiba masa semua pihak memikirkan solusi terbaik bagi mencantas segala platform yang boleh merosakkan anak anak bangsa Demikian saranan Aktivis Kelab Mahasiswa BERJAS...
Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 255 hits
39 total views 23 views today KLUANG Seorang ibu tunggal berniaga dalam talian dan tujuh orang anaknya mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah dengan berkongsi satu satunya telefon pintar milik keluarga itu Umi Naza Osman 36 berkata ...
Buat Screen Mirroring Dari Telefon Ke Tv Sesuai Bagi Anak Yang Belajar Kelas Online

Buat Screen Mirroring Dari Telefon Ke Tv Sesuai Bagi Anak Yang Belajar Kelas Online

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 416 hits
Dalam keadaan hari ini gajet antara teknologi utama yang diperlukan Bagaimanapun jika di awal usia anak anak mereka didedahkan terlalu lama dengan gajet pakar berpendapat ada kesan sampingannya pada masa akan datang Lagipun dengan kaedah pe...
Betul Betul 10cm Baru Teran Alhamdulillah Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan

Betul Betul 10cm Baru Teran Alhamdulillah Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 368 hits
Setiap ibu yang menunggu masa untuk bersalin pastinya inginkan proses kelahiran berjalan lancar Seboleh bolehnya tidak mahu sakit kontraksi yang lama dan nak cuba elakkan jahitan selepas bersalin Bagi ibu yang bersalin normal sebut je koyak...
Tinggalkan Istri Anak Ustadz Yusuf Mansur Ajak Masyarakat Bantu Keluarga Ustadz Maaher

Tinggalkan Istri Anak Ustadz Yusuf Mansur Ajak Masyarakat Bantu Keluarga Ustadz Maaher

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 210 hits
Meninggalnya Ustadz Maaher At Thuwailibi alias Soni Ernata cukup menyita perhatian banyak orang Pria yang pernah berseteru dengan Nikita Mirzani ini dikabarkan meninggal dunia di dalam rumah tahanan Bareskrim Polri Jakarta Kabar duka itu di...
Hadiah Hari Jadi Anak Buah Happy 11th Birthday Rayyan

Hadiah Hari Jadi Anak Buah Happy 11th Birthday Rayyan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 311 hits
HADIAH HARI JADI ANAK BUAH HAPPY 11TH BIRTHDAY RAYYAN Throwback Januari punya cerita Kisah hari jadi anak buah mummy yang pertama sebelah mummy 11 tahun dah umur Rayyan masih mummy ingat sewaktu Rayyan baby kerap juga tinggal dengan mummy b...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas