Tak Mustahil Dap Bekerjasama Dengan Umno Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Penganalisis tidak menolak kemungkinan DAP mengabaikan  rungutan lama dan bekerjasama dengan ahli Parlimen Umno dalam kerajaan  baharu yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata ini kerana DAP sedia  bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan Pakatan  Harapan, walaupun bekas perdana menteri itu dan parti itu pernah  dianggap sebagai musuh.
Beliau berkata parti itu sebelum ini melanggar mitos bahawa DAP  adalah “anti-PAS” ketika kedua-dua parti itu dilihat bekerjasama dengan  PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat pada 2008.
“Apatah lagi DAP boleh bekerjasama dengan ahli Parlimen Umno dalam  konteks realiti politik semasa, iaitu DAP memerlukan kerjasama politik  untuk memastikan mereka dapat kembali berkuasa. Buat masa sekarang, saya  tak lihat DAP akan tarik balik sokongan mereka,” katanya kepada FMT.
     Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata DAP  mungkin tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesetengah ahli Parlimen  Umno yang tertentu menyokong presiden PKR itu.
Namun, katanya, tidak hairanlah sekiranya DAP menarik balik  sokongannya sekiranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya,  Najib Razak termasuk antara ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar.
“DAP kemungkinan akan kehilangan sokongan utamanya dalam pilihan raya  akan datang dengan bergabung dengan tokoh-tokoh tersebut. Tetapi ahli  Parlimen Umno yang lain tak ada masalah untuk bekerjasama dengan DAP,”  katanya kepada FMT.
Katanya, keretakan PH terhadap sokongan kepada Anwar tidak mustahil  walaupun PKR dan DAP sudah lama menjadi rakan sekerja, sambil menambah  lanskap politik semasa sangat berpecah-belah.
   “Jadi mungkin sudah tak bermakna untuk mendesak suatu pembentukan  awal bagi PH sekiranya parti komponen itu tak lagi ada hati untuk itu,”  tambahnya.
Bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak  akan bekerjasama dengan Umno selagi ia kekal di bawah kepimpinan Zahid  dan Najib.
Namun, katanya, 42 ahli Parlimen parti itu akan memberikan sokongan  mereka kepada Anwar sekiranya benar presiden PKR itu mempunyai sokongan  untuk membentuk kerajaan.
Ia susulan Anwar mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta  meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan  kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, dilapor berkata  Umno dan BN tidak dapat menghalang ahli Parlimen menyokong Anwar.
Khamis lalu, Anwar mengumumkan akan menghadap Agong pada Selasa depan.
#Sumber :  FMT   
MR :  Tak mustahil penganalisis ini kena kencing oleh Anwar  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/tak-mustahil-dap-bekerjasama-dengan.html