Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam Betul Ke Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan


Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan. Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang. Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dari tulang. Sendi ibu akan berasa sakit, gigi tak kuat kerana kalsium si ibu ditarik oleh bayi dalam kandungan.

“Kak, kaki saya selalu ‘cramp’ lah malam-malam. Ada kaitan ke saya tak minum susu?” Tanya adik M.
Ibu muda di depan saya ini adalah salah seorang penghuni rumah Raudhatus Sakinah, iaitu rumah perlindungan untuk remaja perempuan dengan pelbagai masalah sosial. Usianya baru 14 tahun. Masih keanak-anakan saya lihat, tetapi sudah melalui alam kehamilan yang penuh mencabar.

“Susu semasa mengandung ni perlu ambil untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Kalsium bukan sahaja penting, malah adalah kritikal untuk ibu mengandung, kerana kalsium diperlukan untuk bayi membina tulang dan gigi yang kuat.”
“Kalsium juga berfungsi untuk memastikan bayi dapat membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat disamping memastikan bayi memastikan ritma jantung yang normal dan proses pembekuan darah berlaku dengan baik.” Terang saya.
“Sekiranya kalsium ibu ambil tidak mencukupi, kalsium akan diambil daripada tulang dan gigi ibu yang boleh membawa kepada osteoporosis dan osteopenia kepada ibu di kemudian hari.”
“Tapi saya tak suka minum susu. Nak muntah rasanya bila minum susu.” Balasnya lagi.
“Cuba angkat tangan, siapa yang tak suka minum susu?” Tanya saya.
Separuh daripada 20 orang pelatih mengangkat tangan mereka. Ramai juga yang tak minum susu.

“Sebenarnya,susu adalah antara sumber kalsium paling mudah didapati dari diet harian. Selain daripada itu, ikan bilis, keju, sayur seperti brokoli, pak choi juga kaya dengan kalsium. Cumanya jumlah kandungan kalsiumnya agak rendah untuk cukupkan jumlah kalsium sehari. Kena ambil dalam jumlah yang banyak baru cukup. Contohnya secawan sayur pak choy hanya memberikan 74mg kalsium. Jika mahu ambil daripada sayur saja mestilah tidak mencukupi keperluan harian kalsium ibu.”
” Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari. Jika ibu di bawah usia 19 tahun, perlukan 1300mg kalsium sehari.”
“Sebagai contoh, segelas susu atau lebih kurang tiga sudu besar susu tepung akan memberikan antara 200-300mg kalsium untuk satu hidangan. Maka, ibu perlu ambil antara 2-3gelas sehari atau lebih untuk mencukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Jika diambil susu yang tinggi kandungan kalsium yang boleh beri sehingga 500mg kalsium untuk satu hidangan, dua hidangan sehari sudah mencukupi.”
” Selain itu, 100g ikan bilis memberikan 500mg kalsium juga. Jika tidak mahu ambil susu sehingga tiga gelas sehari, mungkin boleh masukkan 100g ikan bilis sehari ke dalam diet harian untuk cukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Tapi… Boleh ke hari-hari nak makan ikan bilis sahaja?”
Para pelatih ketawa.
” Maka, saranan untuk mempelbagaikan pilihan makanan harian yang kaya dengan kalsium adalah penting diikuti untuk mencukupkan keperluan kalsium harian. Bukan sahaja daripada susu, malah ikan tertentu, sayur juga kaya dengan kalsium.”
“Tetapi… Jika susu pun tak minum, sayur tinggi kalsium pun tak ambil, ikan pun kurang, terpaksa juga ambil suplemen kalsium setiap hari.” Jelas saya lagi.
“Kak, orang kata susu soya boleh minum. Ada kalsium juga. Betul ke?” Tanya Adik M.
“Susu dan produk soya antara makanan yang tinggi kalsium. Biarpun tidak setinggi kandungan susu, tapi boleh diambil untuk mencukupkan keperluan kalsium. Sebagai contoh, susu soya boleh mempunyai antara 80 ke 500mg kalsium. Bergantung kepada jenis susu yang telah difortifikasikan. Ataupun ditambah kandungan kalsium ke dalamnya. Boleh makan juga tauhu, tofu, fucuk dan sebagainya sebagai penambah kalsium dan juga sumber protein.” Cerita saya lagi.
” Tau fufah pun boleh kan kak? Sedapnya…” Tanya sahabat adik M.
” Boleh. Tanpa air gulanya. Makan banyak-banyak kena kencing manis pula nanti.” Balas saya.
” Alaaaaaah…Itu yang sedap.” Kata mereka beramai-ramai.
” Nak sedap ke nak sakit. Pilih? Allah bagi pilihan untuk kita buat. Ingat, apa kita makan, anak pun akan dapat. Tetapi jika makan tidak cukup zat, anak tetap akan ambil zat dari ibu. Ibu akan kurang zat. Kasihan ibu kan. Itu antara hikmah kenapa Allah, suruh taat dan hormat ibu yang banyak berkorban untuk kita.”
“Semasa saya mengandungkan anak dahulu, saya rasa sebak setiap masa. Bila rasa sakit, letih, teringat pada mak saya.” “Macam ni lah Ummi kandungkan aku dahulu. Susah payah bawa diri, semua untuk aku.” “
” Saya mula jadi anak yang taat pada Ummi saya, lebih ambil berat dan hargai ummi saya. Sebab saya tahu, saya balas macamana pun takkan mampu balas semua jasa Ummi saya. Selagi ada mak, berbaktilah. Jika ada rasa dendam, marah pada mak, buanglah. Andai ada salah dia, maafkanlah. Kerana, semua tu takkan dapat balas semua kesakitan dan pengorbanan dia untuk bawa kita ke dunia.” Saya akhiri sesi petang itu dengan sedikit nasihat.
Para pelatih tunduk. Ada rasa sebak dalam hati saya juga apabila memikirkan hebatnya pengorbanan seorang ibu.
” Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman:14)
Sumber: Facebook Ruqqayah Muhd
The post Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam, Betul Ke? Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tak-minum-susu-faktor-kaki-ibu-kejang-waktu-malam-betul-ke-dietitian-terang-fungsi-susu-untuk-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebulan Sebelum Kerja Waktu Paling Lewat Untuk Simpan Stok Susu Ikuti Jadual Memerah Susu Yang Betul

Sebulan Sebelum Kerja Waktu Paling Lewat Untuk Simpan Stok Susu Ikuti Jadual Memerah Susu Yang Betul

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 370 hits
Stok susu ibu perahan amat penting kerana bayi akan minum SIP semasa anda di pejabat Stok perlu disediakan seawal yang boleh apabila susu matang yang berwarna putih sudah mula kelihatan Pada waktu itu semua kolostrum yang diperlukan oleh ba...
Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 366 hits
Jika anda masih menyusukan anak anda dan anda perlu ke luar negara hal ini merisaukan kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama dan penerbangan antarabangsa Apakah panduan dan tip yang boleh anda lakukan supaya penghasilan susu tidak berku...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 416 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Anak Lebih Suka Susu Coklat Berbanding Susu Biasa Sebaiknya Ibu Kena Hadkan

Anak Lebih Suka Susu Coklat Berbanding Susu Biasa Sebaiknya Ibu Kena Hadkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 348 hits
Mama nak susu coklat Memang perkara yang biasa ibu ibu mendengar rengekan anak yang mahukan minuman bercoklat ini Tambahan lagi kini banyak kios minuman di pusat pusat membeli belah yang menjual minuman susu coklat bersama bubble atau jeli ...
Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 634 hits
Berjaya menyusukan bayi hingga usia 2 tahun suatu kejayaan yang sangat bermakna buat seorang ibu Bukan mudah untuk semua ibu lalui pengalaman ini Bagi yang tak berjaya secara esklusif pun anda ibu yang hebat cuma mungkin disebabkan faktor t...
Doktor Terangkan Indius Bukan Untuk Kandungan Overdue Sahaja 5 Lagi Sebab Lain Yang Ibu Perlu Tahu

Doktor Terangkan Indius Bukan Untuk Kandungan Overdue Sahaja 5 Lagi Sebab Lain Yang Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 236 hits
Proses kelahiran secara indius bukan sering dikaitkan dengan kandungan terlebih tempoh jangkaan bersalin Tapi tahukah mama ada lagi sebab sebab lain yang menjadi faktor kenapa indius perlu dilakukan Kelahiran secara indius adalah salah satu...
Susu Suffy Bgenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat

Susu Suffy Bgenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 482 hits
Susu SUFFY bGenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat Assalamualaikum Hai uolsss pernah dengar tak susu SUFFY kalau tak pernah meh sis nak cerita sikit tentang susu SUFFY ni Suffy Diary Group Sdn Bhd merupakan Sebuah syarikat p...
Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Yang Ibu Menyusu Wajib Tahu

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Yang Ibu Menyusu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 667 hits
Cara mudah banyakkan susu badan yang ibu menyusu wajib tahu bermula dengan menjaga apa yang ibu makan sejak dari dalam pantang lagi Memang diakui yang setiap orang mempunyai cara pantang tersendiri seperti pantang terhadap makanan selama 44...
7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang

7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 415 hits
7 sebab susu badan semakin kurang Minggu lepas Anim terima jemputan kenduri doa selamat Rumah kawan Dia buat majlis doa selamat untuk anak kecil yang baru lahir Kalau ikutkan dah nak masuk 2 bulan macam tu Pada lusanya Anim terima satu what...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense