7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang


7 sebab susu badan semakin kurang
Minggu lepas Anim terima jemputan kenduri doa selamat. Rumah kawan. Dia buat majlis doa selamat untuk anak kecil yang baru lahir. Kalau ikutkan dah nak masuk 2 bulan macam tu.
Pada lusanya, Anim terima satu whatsapp. Kriiing, bunyi notifikasi whatsapp henfon masuk. Rupaya sahabat Anim haritu yang mesej.
Dia ada beritahu yang sekarang ni mengalami masalah susu badan semakin berkurang. Sebenarnya sebelum ni ada juga dia ceritakan. Cuma saya tak percaya sebab selalunya kalau ikut pengalaman melahirkan anak ke-tiga yang lepas, dia memang tak pernah ada problem susu badan kurang (drop). Bayi dah nak masuk 2 bulan. kalau ikutkan susu ibu sepatutnya semakin banyak. Tapi lain pula ceritannya.
Pada waktu usia bayi macam ni, selalunya bayi akan lebih kerap menyusu. Dan ini akan buatkan susu ibu terhasil lebih banyak

Macam-mana Susu Ibu Boleh Kurang? Ada beberapa faktor yang jadi asbab susu ibu boleh berkurang sebenarnya. Sepanjang pengalaman Anim sendiri yang telah amalkan teknik penyusuan susu ibu ni, sempat jugalah dapatkan info dari pakar dan belajar sikit-sikit. Tapi serius, mana yang tak tahu Anim cakap tak tahu.
7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang.  Stress/ Tekanan Emosi Ini musuh utama bagi ibu yang menyusukan bayi. Stress ini sangat-sangat mempengaruhi EMOSI ibu terutama yang menyusukan anak.
Bila emosi yang tidak stabil terjadi, susahlah untuk si ibu nikmati suasana yang menyeronokkan sepanjang penyusuan. Bila tidak gembira, hormon oksitosin akan semakin berkurang dalam tubuh. Hormon oksitosin ni berkait rapat dengan perasaan ibu.
Jika Anda (ibu) rasa tak gembira, susu akan semakin berkurang kerana tubuh tak berikan galakan kepada hormon ni bertugas sebaiknya seperti melancarkan penghasilan susu badan.
Kekerapan Bayi Menyusu Untuk pengetahuan anda, semakin besar seorang bayi itu, semakin kurang mereka akan menyusu dengan ibu sehinggalah putus susu.
Ini juga akan menyebabkan kurang terjadinya refleks kepada payudara ibu. Secara automatik akan kurangkan kuantiti susu yang dihasilkan, malah berkemungkinan akan terus drop hingga kering.
Sebaiknya, jika anda nak kekalkan penghasilan susu yang baik, dan ingin menambah susu badan sentiasa, ibu perlulah konsisten mengepam walaupun anak tidak kerap menyusu seperti biasa.
Bayi Tidak Menyusu Dengan Betul Bahasa mudahnya, penyusuan bayi tersebut tidak efektif. Selalunya kes ni terjadi pada awal kelahiran.
Antara punca kerana tidak melekap dengan betul. Para ibu juga tak diajar dan didedahkan dengan teknik yang betul semasa tempoh awal penyusuan.
Jadi, banyaklah kes dimana susu ibu tidak keluar dengan efektif. Banyaklah terjadi kes susu ibu yang  sikit dan buatkan si ibu memaksa diri hingga stress dan mula mencari jalan pintas dengan memberi susu formula.
Walaupun begitu, ada juga dimana ibu yang tidak tahu dimana payudara bagi ibu menyusu perlulah dikosongkan dengan kerap supaya susu yang baru akan mudah dihasilkan.
Tiada Demand & Suply Kalau tanya saya, ini perkara asas dan tunjang dalam teknik penyusuan yang wajib para ibu ambil tahu.
Perkara penting dalam bab penyusuan ialah memahami konsep suply and demand.
Selalunya bayi yang telah minum susu formula akan kurang permintaan untuk menyusu ibunya kembali. Ini kerana sudah terbiasa dengan rasa dan mula menggemari susu formula.
So, bila bayi dah kurang menyusu…badan akan sampaikan signal pada otak yang bayi tidak lagi perlukan susu ibu yang banyak. Oleh sebab itu, suply atau bekalan susu ibu untuk si anak akan semakin berkurang.
Kurang Makanan Bernutrisi. Senang cerita, faktor pemakanan yang tidak betul dan tidak sihat. Suka makan junk food daripada makan nasi dan makan makanan seimbang yang lain.
Sebenarnya, bagi ibu yang betul-betul menjaga kualiti makanan seimbang, mereka tidak mudah rasa penat malah lebih mudah gembira ketika menyusukan bayi kerana peroleh hasil susu yang mencukupi.
Makanan yang seimbang juga sangat membantu susu ibu jadi berkualiti. Macam mana makanan seimbang tu?
Paling mudah anda lihat carta piramid makanan. Disitu diberitahu carta makanan seimbang ikut diet yang diperlukan. Pinjam je buku sains anak-anak yang dah bersekolah atau adik-adik.
Makanan adalah faktor mustahak untuk ibu tambah susu badan lebih banyak lagi.
Kurangkan makanan yang ada banyak perisa, banyak gula, banyak minyak, garam dan mee segera.
Lebihkan sayur hijau dalam hidangan. Itu sudah memadai.
Toksin Dalam Badan. Apabila badan terlalu banyak asid, ia akan block beberapa fungsi tubuh yang lain termasuklah semasa proses penyusuan.
Kadar metabolisme tubuh juga akan merudum jatuh dan buatkan si ibu kurang bermaya, cepat lesu dan mudah kena serang penyakit. Metabolisme yang baik akan membantu ibu menyusu produce susu dengan lancar.
Kerap Minum Minuman Sejuk. Ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air dalam tubuh.
Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air.
Namun, kebanyakan ibu lebih gemar minum air sejuk atau berais. Ini mungkin asbab cuaca di Negara kita yang panas terik buatkan ibu lebih selera minum air batu berbanding air kosong biasa.
Nasihat Anim, tinggalkan sementara minuman sejuk dan banyakkan minum air masak.
 
Sekiranya anda yang sedang membaca artikel ini sekarang sedang berusaha untuk jayakan proses penyususan susu ibu, dan mahu selesaikan masalah kekurangan susu badan, Anim cadangkan anda mulakan sekarang.
Cuba cari solusi daripada artikel 7 sebab susu ibu semakin kurang ini. Dan kalau tidak mahu bersusah payah, boleh gunakan cara ini untuk banyakkan susu badan
The post 7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang! appeared first on Gerobok Anim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://info.gerobokanim.com/7-sebab-susu-ibu-semakin-kurang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Suffy Bgenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat

Susu Suffy Bgenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 487 hits
Susu SUFFY bGenius Pilihan Ibu Untuk Si Manja Agar Bijak Dan Sihat Assalamualaikum Hai uolsss pernah dengar tak susu SUFFY kalau tak pernah meh sis nak cerita sikit tentang susu SUFFY ni Suffy Diary Group Sdn Bhd merupakan Sebuah syarikat p...
Hiburan Almy Nadia Salahkan Netizen Paksa Dirinya Kurus Sehingga Susu Badan Kurang

Hiburan Almy Nadia Salahkan Netizen Paksa Dirinya Kurus Sehingga Susu Badan Kurang

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 662 hits
Menerima pelbagai kritikan kerana bentuk badannya yang berisi berbanding ketika zaman anak dara pelakon Almy Nadia sudah tekad untuk menguruskan badan sebaik sahaja selepas beliau bersalin anak ketiganya Masih dalam proses berpantang Almy s...
Kau Je Terlebih Mengada Salahkan Netizen Susu Badan Kurang Almy Nadia Dihentam Balik Tentera Bawang

Kau Je Terlebih Mengada Salahkan Netizen Susu Badan Kurang Almy Nadia Dihentam Balik Tentera Bawang

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 761 hits
Kalau sebelum ini Almy Nadia pernah dibandingkan fizikal tubuh badannya ketika anak dara dahulu Tidak tahan sering dikritik pelakon itu mengambil keputusan untuk menjaga makan ketika dalam pantang anak ketiga ini Menerusi Instagramnya Almy ...
Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 641 hits
Berjaya menyusukan bayi hingga usia 2 tahun suatu kejayaan yang sangat bermakna buat seorang ibu Bukan mudah untuk semua ibu lalui pengalaman ini Bagi yang tak berjaya secara esklusif pun anda ibu yang hebat cuma mungkin disebabkan faktor t...
Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam Betul Ke Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan

Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam Betul Ke Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 425 hits
Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dar...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 422 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Anak Lebih Suka Susu Coklat Berbanding Susu Biasa Sebaiknya Ibu Kena Hadkan

Anak Lebih Suka Susu Coklat Berbanding Susu Biasa Sebaiknya Ibu Kena Hadkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 353 hits
Mama nak susu coklat Memang perkara yang biasa ibu ibu mendengar rengekan anak yang mahukan minuman bercoklat ini Tambahan lagi kini banyak kios minuman di pusat pusat membeli belah yang menjual minuman susu coklat bersama bubble atau jeli ...
Jokowi Ingatkan Ibu Ibu Menabung Agar Usahanya Bisa Semakin Besar

Jokowi Ingatkan Ibu Ibu Menabung Agar Usahanya Bisa Semakin Besar

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 281 hits
Presiden Jokowi perintahkan Kementerian BUMN untuk memberikan bantuan kepada masyarakat demi peningkatan taraf hidup Jokowi mengajak para nasabah Membina Ekonomi Keluarga Sejahtera untuk bekerja keras agar bisa mendapatkan dana bantuan yang...
Anak Sukar Membuang Air Besar Adakah Disebabkan Oleh Percampuran Susu Ibu Susu Formula

Anak Sukar Membuang Air Besar Adakah Disebabkan Oleh Percampuran Susu Ibu Susu Formula

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 313 hits
Anak saya berumur tiga bulan Dia menyusu susu ibu dan susu formula Dia sukar untuk membuang air besar Hanya dua hari sekali Setiap kali hendak buang air besar dia akan menangis kesakitan Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya beri...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord