Tak Mampu Buat Berlapang Dada Berhenti Jadi Isteri Ibu Sempurna Jadilah Bahagia


Menggalas tanggung jawab menjadi isteri dan ibu membahagiakan. Tinggal hanya cara perlaksanaanya, banyakkan berlapang dada. Ikuti catatan ibu ini yang sungguh berinspirasi.
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.

BILA ANAK RAMAI JADI PENAT
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.

BILA TENANG COMEL, BILA PENAT…..
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.

BILA PENAT, SYAITAN MASUK UNTUK MENGHASUT
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.

INI BUKAN KEHIDUPAN YANG SAYA CARI
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.

SEMINGGU SEKALI UPAH BIBIK KEMAS RUMAH
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
KALAU SEMPAT BUAT, KALAU TAK SEMPAT PEJAM MATA
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.

HANYA FOKUS MAKAN MINUM KELUARGA
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.

RUMAH TANGGA ITU MEDAN PAHALA TAPI JANGAN TERLALU TEKAN DIRI
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Sumber: Najibah Mustaffa
The post Tak Mampu Buat, Berlapang Dada. Berhenti Jadi Isteri & Ibu Sempurna, Jadilah Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-mampu-buat-berlapang-dada-berhenti-jadi-isteri-ibu-sempurna-jadilah-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Yang Ada Isteri Badan Besar Sebenarnya Bahagia Sangat Dia Je Tak Nak Mengaku

Lelaki Yang Ada Isteri Badan Besar Sebenarnya Bahagia Sangat Dia Je Tak Nak Mengaku

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 209 hits
Masyarakat di seluruh dunia kini amat peka dan prihatin dengan isu body shaming Tidak kiralah wanita yang mempunyai badan besar mahupun yang terlalu kurus amat sensitif jika disoal tentang isu ini Menegur atau bertanya tentang bentuk badan ...
Bakal Suami Agak Agak Korang Utamakan Siapa Isteri Atau Ibu

Bakal Suami Agak Agak Korang Utamakan Siapa Isteri Atau Ibu

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 591 hits
Masalah tiada sefahaman dengan mertua itu adalah perkara biasa dalam masyarakat kita yang telah mendirikan rumahtangga Di mana ramai sahaja yang beranggapan apabila seorang lelaki itu telah berkahwin tugasnya yang masih utama itu adalah ibu...
5 Alasan Realistis Para Ibu Sah Sah Saja Jadi Egois Bukankah Ibu Juga Butuh Bahagia

5 Alasan Realistis Para Ibu Sah Sah Saja Jadi Egois Bukankah Ibu Juga Butuh Bahagia

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 226 hits
Egois yang dimaksud bukan berarti jahat sama orang lain Egois untuk lebih memperhatikan dan sayang pada diri sendiri itu penting lo
Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 359 hits
Kanak kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka Jadi ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak di awal usia Sekiranya perbuatan yang salah dibiarkan ianya boleh membawa kepada keperibadian dan akhlak y...
5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 231 hits
Bila sudah berumahtangga tanggungjawab yang paling penting adalah mendidik anak semasa kecil sehinggalah besar Anak anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua ibu bapa Tambah tambah lagi bila pasangan baru berkahwin yang bakal be...
Jaa Suzuran Terima Calon Bakal Isteri Pilihan Ibu

Jaa Suzuran Terima Calon Bakal Isteri Pilihan Ibu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 781 hits
Jaa Suzuran kumpul duit kahwin terima calon pilihan ibuJaa meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu Jaa turut mendedahkan ia bukan kali pertama dia melakukan gimik seperti itu...
Menpan Rb Sebut Asn Akan Diberikan Hunian Di Ibu Kota Baru

Menpan Rb Sebut Asn Akan Diberikan Hunian Di Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 187 hits
MenPAN RB Sebut ASN akan Diberikan Hunian di Ibu Kota Baru Dia mengatakan kurang lebih 180 ASN yang pindah tidak akan membeli hunian atau mengontrak seperti di Jakarta Mereka kata dia akan ditempatkan tidak jauh dari tempat bekerja
Makanan Untuk Ibu Menyusu Awas Susu Ibu Boleh Tercemar

Makanan Untuk Ibu Menyusu Awas Susu Ibu Boleh Tercemar

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 497 hits
Ramai dikalangan ibu hanya memberatkan nutrisi lengkap sewaktu hamil Adakah tidak penting untuk melengkapkan nutrisi untuk ibu menyusu Anda tahu atau tidak bahawa pemiliha makanan untuk ibu menyusu amatlah penting Makanan yang baik akan men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game