Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang


MALAYSIAKINI


Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberi amaran bahawa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), yang mungkin boleh menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang.
PBAPP berkata, penilaian kesan persekitaran terhadap projek yang dicadangkan menunjukkan ia boleh mencemarkan Sungai Muda, yang membekalkan air ke Kedah Selatan dan kawasan berdekatan di Pulau Pinang.
"PBAPP tidak membantah cita-cita Kedah untuk meneruskan projek lapangan terbang antarabangsa baru yang dijangka membawa masuk pelaburan swasta bernilai RM3.8 bilion dan jumlah itu diharapkan akan disuntik ke dalam ekonomi tempatan dengan penyediaan pekerjaan dan infrastruktur.
"Namun, lapangan terbang tidak boleh di lokasi yang menempatkan perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang dan Kedah selatan yang berisiko tinggi, sekarang dan pada depan.
"Adalahlebih baik berhati-hati dengan menempatkan projek besar ini ke tempat yang lebih selamat, jauh dari tebing Sungai Muda, sumber air mentah utama kepada Pulau Pinang dan Kedah selatan," kata ketua pegawai eksekutif PBAPP Jaseni Maidinsa dalam kenyataan pada hari Isnin.
Pada 2 Ogos lalu, kerajaan negeri Kedah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Kumpulan ECK untuk membina KXP menjelang 2026.
Fasa pertama pembinaan akan menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah.
Kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP tidak dirujuk 
Menurut kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), projek seluas 3,982 hektar terdiri daripada beberapa bahagian - lapangan terbang, sebuah aerotropolis (taman perniagaan dan perindustrian), pusat aeroangkasa dan hab logistik serta pembangunan lain termasuk jalan raya dan mitigasi banjir.
Projek ini akan terletak bersebelahan dengan dua bahagian tebing sungai Sungai Muda, sumber air utama untuk Kedah selatan dan Pulau Pinang sejak tahun 1974.
Katanya, lebih daripada 80 peratus keperluan air harian Pulau Pinang berasal dari tempat pengambilan di Seberang Perai, yang terletak kira-kira enam kilometer ke hilir dari tapak projek KXP.
"Oleh itu, projek pembangunan besar-besaran di sepanjang tebing Sungai Muda tidak sepatutnya membahayakan atau menjejaskan perkhidmatan bekalan air 24/7 demi menyokong kesejahteraan 1.78 juta orang dan ribuan perniagaan yang beroperasi di Pulau Pinang," kata Jaseni.
Katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP belum dirunding mengenai projek KXP.
Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Julai ada merujuk kepada PBAPP mengenai kawasan perindustrian yang terletak di sepanjang tebing Sungai Muda.
Untuk itu, PBAPP memberitahu JAS bahawa pencemaran Sungai Muda oleh operasi kilang yang dicadangkan boleh membawa "kesan yang teruk".
Ia akan memaksa PBAPP berhenti mengepam air dari pusat pengambilan Lahar Tiang, Seberang Perai, menyebabkan gangguan air kepada lebih dari satu juta penduduk Pulau Pinang, katanya.
Perbalahan air antara Kedah dan Pulau Pinang
Bekalan air telah menjadi perbalahan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah, dengan Kedah ingin menjalankan projek takungan air di sepanjang Sungai Muda, yang akan menyekat bekalan ke Pulau Pinang.
Menurut Kedah, projek itu bertujuan untuk menjimatkan air untuk pengairan padi di negeri tersebut semasa musim kemarau.
Pada bulan Mac, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa Pulau Pinang sedang mempertimbangkan untuk mengheret kerajaan Kedah ke mahkamah berhubung perkara itu.
Walaupun, tempat pengambilan air PBAPP berada di sempadan Pulau Pinang, namun air sungai ini dibekalkan dari kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah.
Pada bulan Mei, Kedah meminta pampasan daripada kerajaan pusat untuk memulihara kawasan tadahan air Ulu Muda.
Ini kerana sebagai melestarikan hutan simpan yang berpotensi menjana pendapatan bagi negeri berkenaan.
Ketika itu, PBAPP berkata ia menyokong tindakan kerajaan Kedah untuk menuntut pampasan daripada kerajaan pusat demi memulihara kawasan tadahan air Ulu Muda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/projek-lapangan-terbang-kulim-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
P Pinang Laung Amaran Kesan Bina Lapangan Terbang Kulim Berhampiran Sungai

P Pinang Laung Amaran Kesan Bina Lapangan Terbang Kulim Berhampiran Sungai

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 222 hits
Imaginasi artis membabitkan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim GEORGE TOWN Hasrat Kedah merancang pembinaan Lapangan Terbang Kulim bersebelahan tebing Sungai Muda dijangka menjejaskan bekalan air membabitkan jutaan penduduk di...
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi No 1 Di Dunia Untuk S2 2021

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi No 1 Di Dunia Untuk S2 2021

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 357 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi muncul lapangan terbang No 1 dunia untuk suku kedua 2021 berdasarkan tin...
Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 172 hits
SEREMBAN Syarikat Air Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke Terengganu bagi membantu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang menghadapi masalah tekanan air rendah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihak SAINS...
Apa Salahnya Pindahkan Surau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Ini Ke Lokasi Lain

Apa Salahnya Pindahkan Surau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Ini Ke Lokasi Lain

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 547 hits
ANBAKRI HARONKeunikan seni bina masjid atau surau dan rumah rumah ibadah peninggalan silam atau binaan masa kini yang tidak terpisah dari roh peradaban lalu di Malaysia banyak tertumpu kepada ciri ciri khas binaannya seperti aspek bumbung k...
Hamad International Airport Qatar Ungguli Carta 10 Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021

Hamad International Airport Qatar Ungguli Carta 10 Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 337 hits
Senarai penilaian Lapangan Terbang Terbaik di dunia untuk tahun 2021 yang dipilih oleh pelancong udara di seluruh dunia berdasarkan Kajian Lapangan Terbang Dunia 2020 2021 HIA mmg cantik airport ni ada gold teddy bear bpk besar Selepas 9 ta...
Amanah Dan Pkr Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar Betoika

Amanah Dan Pkr Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar Betoika

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 95 hits
Belum sempat reda pertikaman lidah antara Amanah Bukit Bintang dan aktivis PKR Sarawak berhubung kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Pakatan Harapan kini pertelagahan antara kedua dua parti itu mula merebak ke Pulau Pinang Ia adalah ...
Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 272 hits
GEORGETOWN Sekatan pergerakan penuh selama dua minggu dicadang dilaksanakan di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat bagi membendung penularan varian Delta yang dikesan mula tersebar di negeri ini Cadangan tersebut disuarakan secara peribadi o...
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 223 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Perang Pkr Amanah Berhubung Kepimpinan Anwar Merebak Ke Pulau Pinang

Perang Pkr Amanah Berhubung Kepimpinan Anwar Merebak Ke Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 176 hits
MALAYSIA NOW Kini pemimpin PKR dan Amanah di Pulau Pinang pula bertelagah mengenai isu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PH Presiden PKR Anwar Ibrahim menghulur mikrofon kepada Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamed ketika him...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim