Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r


 
Kelmarin, KPM memaklumkan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara kaum.
PETALING JAYA: Kumpulan ibu bapa ragu-ragu keberkesanan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan pelbagai kaum dan budaya.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie) Mak Chee Kin berkata, usaha itu sia-sia jika jiwa pelajar tidak disemai dengan nilai murni dan hidup majmuk sejak kecil.
“Saya tidak rasa menyemat lencana itu berkesan untuk pupuk semangat perpaduan dan patriotisme … membazir saja.
“Jika jiwa anak-anak tidak dididik dengan nilai perpaduan dan toleransi, pakai 10 lencana pun tidak akan berguna,” katanya kepada FMT.
Kelmarin, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelajar akan diwajibkan menyemat lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam bagi memupuk perpaduan antara kaum.
Dalam surat pekeliling ikhtisas, KPM berkata, perkara itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 Feb dan akan dikuatkuasakan bermula 21 April ini.
Lencana Jalur Gemilang itu perlu disemat pada sebelah kanan pakaian seragam melibatkan pelajar sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi, dan institusi pendidikan guru.
Mengulas lanjut, Mak berkata, perpecahan rakyat hari ini bukan berpunca daripada pelajar sebaliknya dicetuskan oleh ahli politik yang terus mempergunakan isu kaum dan agama untuk kepentingan diri.
“Selagi pemimpin politik masih memperkudakan bangsa dan agama sebagai modal politik dan masyarakat umum pula mula terpengaruh, susah untuk kita capai perpaduan dan toleransi seperti dulu.
“Sebenarnya murid tiada masalah pun … yang bermasalah ialah orang politik, mereka yang menjahanamkan perpaduan,” katanya sambil menegaskan perpaduan rentas kaum sukar dicapai jika kelompok berkenaan terus meniup sentimen 3R (kaum, agama, institusi diraja).
Justeru, beliau mencadangkan wakil rakyat memakai lencana ‘Dilarang Menyentuh Isu 3R’ sebagai peringatan supaya mereka sendiri tidak merosakkan keharmonian negara.
Menurutnya, jika pemimpin berhenti mengeksploitasi isu perkauman dan menunjukkan teladan yang baik, masyarakat akan lebih mudah mengamalkan sikap hormat-menghormati tanpa paksaan atau simbolisme kosong seperti pemakaian lencana.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda) Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad menyambut baik langkah KPM itu, namun menegaskan terdapat agenda lebih besar yang perlu diberi perhatian iaitu penghayatan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam kalangan pelajar.
Tegasnya, program pemerkasaan patriotisme seharusnya tidak terhad kepada institusi KPM, sebaliknya digerakkan di semua jenis sekolah termasuk sekolah persendirian, swasta dan antarabangsa, kerana majoritinya terdiri daripada pelajar tempatan.
Sebagai contoh, katanya, Perkara 152 Perlembagaan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka semua pelajar warganegara wajib menguasainya, namun tetap menghormati hak mereka untuk belajar dan mengamalkan bahasa ibunda masing-masing.
“Mewajibkan lencana Jalur Gemilang sahaja tidak cukup. KPM mesti turut mewajibkan program penghayatan Perlembagaan dan Rukun Negara bagi semua pelajar bagi membentuk jati diri yang sebenar,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/tak-guna-pelajar-pakai-lencana-jalur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 139 hits
Pemakaian lencana Jalur Gemilang membebankan Jawapannya tidak kerana ia diberi secara percuma Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEntity Hashta...
Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 321 hits
Mulai 21 April 2025 semua murid di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB memakai Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing masing Keputusan ini dimaklumkan secara rasmi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas K...
Lencana Jalur Gemilang Patriotisme Atau Pembaziran

Lencana Jalur Gemilang Patriotisme Atau Pembaziran

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 210 hits
Penghayatan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang sering kali dikaitkan dengan semangat patriotisme Bagi Kementerian Pendidikan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam sekolah adalah satu satunya cara memupuk semangat patriotisme dalam...
Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 275 hits
Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat Perkara ini yang telah diluluskan ...
Jalur Gemilang Patriotism Can Never Be Mandatory

Jalur Gemilang Patriotism Can Never Be Mandatory

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 221 hits
A national flag has no real significance for peaceful uses English writer HG WellsDo you know when governments are wary of the people they govern When they march on the streets for whatever reason When people of their own volition raise the...
Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar Rm1 Juta Pendakwaan

Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar Rm1 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 166 hits
Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA Foto BernamaKUALA LUMPUR 20 Mar Ahli Pa...
Pupils Who Don T Wear Jalur Gemilang Badge Won T Face Action

Pupils Who Don T Wear Jalur Gemilang Badge Won T Face Action

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 236 hits
The Jalur Gemilang badge initiative will be carried out in stages from April 21 the education ministry said PETALING JAYA No disciplinary action will be taken against schoolchildren who fail to wear the Jalur Gemilang badge on their uniform...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 269 hits
Deputy Education Minister Wong Kah Woh has defended the ministry s decision to introduce the Jalur Gemilang badge initiative for students stating that it is aimed at fostering patriotism and national unity and should not be dismissed as a m...
Will Wearing Cute Jalur Gemilang Flags Make The Kids Patriotic Netizens Give A Resounding No

Will Wearing Cute Jalur Gemilang Flags Make The Kids Patriotic Netizens Give A Resounding No

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 234 hits
IS THERE any better way to show your love for your country besides joining the army For the Ministry of Education patriotism now has something to do with attaching slick badges of the Jalur Gemilang on the uniform of the school children One...
Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Retaining Top Talent For Businesses

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Sakit Yang Tak Terlihat

Pas Pn Bersedia Tampil Tawarkan Alternatif Kepimpinan Lebih Tersusun Inklusif Dan Berprinsip Di Pahang