Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar Rm1 Juta Pendakwaan


 
Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 20 Mar – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik) untuk mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA, demikian hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Wan Shaharuddin berhujah, Syed Saddiq mengetahui bahawa alasannya menggunakan pengeluaran dana itu kerana khuatir akan berlakunya pergolakan dalam parti dan wang di dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya adalah suatu tindakan yang salah.
Beliau berkata, niat jahat Syed Saddiq boleh dilihat melalui tindak-tanduk beliau bermula daripada episod pertama iaitu sebelum pengeluaran wang itu pada 6 Mac 2020 sehingga episod terakhir iaitu selepas 28 Mei 2020, apabila tidak memegang apa-apa jawatan di dalam BERSATU atau ARMADA.
Menurut Wan Shaharuddin, berdasarkan cadangan peguam bela yang diajukan kepada saksi pendakwaan ketika perbicaraan kes itu, adalah jelas bahawa pengeluaran wang berkenaan berlaku selepas Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.
Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto BernamaBeliau berkata Langkah Sheraton adalah pergolakan politik sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana mahkamah boleh mengambil notis kehakiman berhubung perkara itu.
Katanya, keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) iaitu Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali tidak tercabar, di mana adanya perjumpaan dan perbincangan di rumah Syed Saddiq (perayu) di antara beliau, SP13 dan saksi pendakwaan ke-11, iaitu bekas Penolong Setiausaha ARMADA, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi selepas Langkah Sheraton.
Wan Shaharuddin yang juga Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata keterangan Rafiq Hakim bahawa perayu memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang itu dan ia adalah bagi manfaat politik, adalah tidak tercabar.

“Adalah hujahan kami, arahan yang diberikan oleh perayu kepada SP13 itu mempunyai kaitan rapat dengan Langkah Sheraton. Keterangan SP11 dan SP13 adalah jelas bahawa perayu khuatir pertukaran pucuk pimpinan di dalam BERSATU atau ARMADA sebelum pengeluaran wang berkenaan.
“Kami menyatakan alasan (manfaat politik) ini menunjukkan niat jahat perayu apabila mengeluarkan wang itu. Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam Akaun ARMADA seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.
“Perayu juga tidak memaklumkan kepada SP13 sama ada beliau sudah mendapat kelulusan daripada sesiapa untuk mengeluarkan wang terbabit.

“SP13 sebenarnya menjadi alat kepada perayu. Sama juga ahli-ahli kumpulan WhatsApp ‘VALUE ADD’ yang dijadikan alat untuk perayu untuk membersihkan imej sehingga sanggup mengheret ibu bapanya yang tidak bersalah di dalam masalah yang dia sendiri menjadi puncanya,” katanya.
Wan Shaharuddin berkata, persoalan perlu dijawab oleh Syed Saddiq adalah mengapa arahan beliau untuk mengeluarkan wang tersebut tidak dibuat sebelum Langkah Sheraton.
Beliau berkata, Syed Saddiq tidak boleh membantah atau menafikan tentang Langkah Sheraton kerana fakta itu dibangkitkan oleh pembelaan sendiri semasa pemeriksaan balas mereka ke atas saksi pendakwaan.
Katanya, episod ini telah disokong oleh keterangan SP11 mengenai arahan yang diberikan oleh Syed Saddiq adalah bagi manfaat politik, yang konsisten dengan keterangan SP13.

“Keterangan SP13 berkenaan pengeluaran RM1 juta bagi manfaat politik perayu juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
“Menurut SP13, kaitan antara Langkah Sheraton dan pengeluaran wang pada 6 Mac 2020 dengan perayu adalah usaha untuk menyelamatkan perayu untuk mendapatkan manfaat politik perayu.
Sementara itu, Wan Shaharuddin berhujah, hakim bicara Mahkamah Tinggi mempunyai alasan kukuh untuk memanggil Syed Saddiq untuk menjelaskan kepada mahkamah dan rakyat Malaysia mengapa beliau menggunakan alasan wang dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya dan berhak menggunakannya.
Wan Shaharuddin berkata, sehingga kini tiada langsung penjelasan Syed Saddiq mengenai perkara itu dalam bentuk keterangan yang dikemukakan di mahkamah, di mana keterangan hanya datang daripada SP13 dan dokumen yang dirujuk oleh peguam bela sendiri kepada saksi terbabit.
Beliau berkata, bekas Presiden MUDA itu juga mempunyai beban di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950 untuk memberikan penjelasan mengapa beliau menggunakan alasan pertukaran pucuk pimpinan dalaman BERSATU atau ARMADA sebagai salah satu alasan untuk mengeluarkan arahan kepada Rafiq Hakim untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi ARMADA.
“Adalah hujahan kami sebagai salah seorang pemegang amanah kepada Akuan ARMADA ini dan sebagai seorang pemimpin yang selalu menggambarkan kepada masyarakat umum imej bersih beliau, perayu patut lebih tahu beliau tidak patut menggunakan dua alasan itu untuk mengarahkan SP13 melakukan suatu kesalahan,” katanya.
Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA.
Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin akan bersambung pada tarikh lain.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/guna-alasan-manfaat-politik-untuk-arah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Tak Nak Anak Anak Saya Susah Kak Km Dedah Beli Rumah Untuk Anak Anak Bernilai Rm1 Juta Setiap Seorang

Hiburan Saya Tak Nak Anak Anak Saya Susah Kak Km Dedah Beli Rumah Untuk Anak Anak Bernilai Rm1 Juta Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 201 hits
Melalui laporan sebuah portal usahawan dikenali ramai iaitu Kak KM berkata dirinya mempunyai sebab tersendiri membelikan setiap seorang anaknya sebuah rumah Nak ubah nasib anak anak ke arah lebih baik Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Lia...
Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 134 hits
Baru baru ini melalui satu video yang dimuat naik di Kesultanan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meningatkan pemimpin politik untuk bertindak sebagai jambatan perpaduan dan bukann...
Suami Isteri Dicekup Bersama Rm1 2 Juta Dadah Edar Sebagai Botol Minuman Kesihatan Mereka Aktif Sejak 2024

Suami Isteri Dicekup Bersama Rm1 2 Juta Dadah Edar Sebagai Botol Minuman Kesihatan Mereka Aktif Sejak 2024

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 108 hits
Polis Perak berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas pasangan suami isteri yang menjadi dalangnya dicekup dalam satu serbuan Khamis lalu di sebuah stesen minyak di kawasan Taman Canning Ipoh kira kira jam 2 30 petang Menur...
Tak Banyak Mungkin Rm1 000 Sehari Ke Pas Tunggang Lailatulqadar Mahu Beli Tanah Rm5 Juta

Tak Banyak Mungkin Rm1 000 Sehari Ke Pas Tunggang Lailatulqadar Mahu Beli Tanah Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 119 hits
HarapandailyMarch 21 2025Tular petikan video rayuan sumbangan daripada Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu membeli seluas lima ekar tanah bernilai RM5 juta Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Kela...
Syed Saddiq Didakwa Berniat Jahat Dalam Pengeluaran Rm1 Juta

Syed Saddiq Didakwa Berniat Jahat Dalam Pengeluaran Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 137 hits
Astro AwaniPUTRAJAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan manfaat politik bagi mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan S...
Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 102 hits
Kelmarin KPM memaklumkan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara kaum PETALING JAYA Kumpulan ibu bapa ragu ragu keberkesanan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada paka...
Llm Jangka 2 77 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Sempena Aidilfitri

Llm Jangka 2 77 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 134 hits
Lembaga Lebuhraya Malaysia turut menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS TTA daripada PLUS Berhad KUALA LUMPUR Lembaga Lebuhraya Malaysia menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2 77 j...
Pelajar Tingkatan Empat Hilang Selepas Beri Alasan Keluar Berbuka Puasa Bersama Rakannya Di Kuantan

Pelajar Tingkatan Empat Hilang Selepas Beri Alasan Keluar Berbuka Puasa Bersama Rakannya Di Kuantan

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 125 hits
KUANTAN Seorang pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah di sini dilaporkan hilang selepas memberi alasan untuk bertemu rakan dan berbuka puasa di luar pada petang Jumaat Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Za...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag