Lencana Jalur Gemilang Patriotisme Atau Pembaziran


 
Penghayatan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang sering kali dikaitkan dengan semangat patriotisme.
Bagi Kementerian Pendidikan (KPM), pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam sekolah adalah satu-satunya cara ‘memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid’.
Melalui pekeliling dikeluarkan pada 24 Mac lalu, setiap pelajar akan diberikan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma seperti dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Namun, benarkah lencana Jalur Gemilang itu benar-benar percuma?
Hakikatnya, tiada benda yang percuma di dunia ini. Walaupun ibu bapa tidak perlu mengeluarkan wang, kerajaan tetap akan memperuntukkan sejumlah besar dana daripada hasil kutipan cukai untuk inisiatif ini.
Mengapa saya menganggap inisiatif ini sebagai langkah populis? Ini kerana patriotisme merupakan satu konsep yang abstrak dan tidak boleh diukur secara langsung.
Jadi, keberhasilan inisiatif ini wajar dipersoalkan. Apakah indikator digunakan kerajaan, dan bagaimana kerajaan akan menilai keberhasilan inisiatif ini kelak, sama ada semangat patriotisme benar-benar berjaya ditingkatkan atau sebaliknya?
Turut timbul dalam fikiran saya adalah soal pihak yang bakal meraih keuntungan daripada inisiatif ini. Sebagai sebuah kerajaan yang berdiri atas slogan ketelusan, kerajaan harus menyatakan syarikat manakah yang akan menjadi pembekal dan bagaimana ia dipilih.
Saya yakin persoalan ini bukan sahaja berlegar dalam fikiran saya tetapi rakyat Malaysia secara umumnya.
Sebagai kerajaan yang menekankan tentang kepentingan perbelanjaan fiskal dan pengurusan defisit fiskal, kerajaan seharusnya membelanjakan dana secara berhemah.
Isu yang lebih mendesak di peringkat sekolah seperti masalah tumbesaran terbantut, yang menjejaskan satu perlima pelajar dalam negara, sepatutnya diberikan keutamaan, bukan inisiatif populis sebegini.
Penyemaian semangat patriotisme sebenarnya memerlukan satu usaha lebih serius daripada pemakaian lencana Jalur Gemilang. Ia memerlukan keazaman politik yang kukuh dan tindakan berani.
Berbeza dengan nasionalisme, patriotisme dalam sebuah negara masyarakat majmuk memerlukan semangat kebersatuan dan kepercayaan yang tinggi antara kaum di dalamnya.
Namun, kebelakangan ini, acap kali kita dikejutkan dengan isu yang menjurus kepada ketegangan kaum di Malaysia. Contohnya, isu kalimah Allah pada stoking, sijil halal palsu, mempersendakan upacara agama Hindu, dan seumpamanya.
Isu-isu seperti ini mencerminkan bahawa fabrik sosial di negara ini rapuh.
Oleh itu, jika kerajaan serius ingin menyemai semangat patriotisme yang kukuh dalam kalangan rakyatnya, langkah pertama perlu diambil adalah proses integrasi yang holistik dalam kalangan pelajar Malaysia.
Saya percaya langkah terbaik ke arah itu adalah dengan mereformasi sistem pendidikan dan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran. Subjek seperti bahasa Mandarin, Tamil, dan modul agama Islam boleh dijadikan subjek elektif.
Pendekatan ini dapat membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, kerajaan juga perlu berani dalam memastikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi diberikan secara saksama kepada semua rakyat, termasuklah kaum minoriti.
Hanya melalui nilai kemajmukan, keadilan, dan kesaksamaan kerajaan dapat mewujudkan rasa kekitaan antara kaum di Malaysia, yang seterusnya akan menyumbang kepada penyemaian semangat patriotisme sejati.
Jika kerajaan tidak memiliki keazaman politik yang kukuh untuk melaksanakan perkara ini, maka seruan patriotisme hanyalah retorik kosong untuk memuaskan diri sendiri.
Ingatlah, semangat patriotisme bukan hanya perlu ditunjukkan oleh rakyat, tetapi juga ahli politik itu sendiri melalui pelaksanaan dasar yang benar-benar memanfaatkan masyarakat dan negara. - FMT
Ameer Fakhri adalah pembaca FMT.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/lencana-jalur-gemilang-patriotisme-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 289 hits
Mulai 21 April 2025 semua murid di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB memakai Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing masing Keputusan ini dimaklumkan secara rasmi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas K...
Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 133 hits
Pemakaian lencana Jalur Gemilang membebankan Jawapannya tidak kerana ia diberi secara percuma Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEntity Hashta...
Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 249 hits
Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat Perkara ini yang telah diluluskan ...
Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 161 hits
Kelmarin KPM memaklumkan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara kaum PETALING JAYA Kumpulan ibu bapa ragu ragu keberkesanan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada paka...
Will Wearing Cute Jalur Gemilang Flags Make The Kids Patriotic Netizens Give A Resounding No

Will Wearing Cute Jalur Gemilang Flags Make The Kids Patriotic Netizens Give A Resounding No

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 211 hits
IS THERE any better way to show your love for your country besides joining the army For the Ministry of Education patriotism now has something to do with attaching slick badges of the Jalur Gemilang on the uniform of the school children One...
Education Ministry To Distribute Free Jalur Gemilang Badges To Students

Education Ministry To Distribute Free Jalur Gemilang Badges To Students

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 198 hits
PETALING JAYA Each student will receive two free Jalur Gemilang badges to be worn on their school uniforms says the Education Ministry In a statement released on Thursday the ministry said it would give each student two free badges for the ...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 255 hits
Deputy Education Minister Wong Kah Woh has defended the ministry s decision to introduce the Jalur Gemilang badge initiative for students stating that it is aimed at fostering patriotism and national unity and should not be dismissed as a m...
Pupils Who Don T Wear Jalur Gemilang Badge Won T Face Action

Pupils Who Don T Wear Jalur Gemilang Badge Won T Face Action

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 223 hits
The Jalur Gemilang badge initiative will be carried out in stages from April 21 the education ministry said PETALING JAYA No disciplinary action will be taken against schoolchildren who fail to wear the Jalur Gemilang badge on their uniform...
Jalur Gemilang Patriotism Can Never Be Mandatory

Jalur Gemilang Patriotism Can Never Be Mandatory

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 207 hits
A national flag has no real significance for peaceful uses English writer HG WellsDo you know when governments are wary of the people they govern When they march on the streets for whatever reason When people of their own volition raise the...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi