Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025


Mulai 21 April 2025, semua murid di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) WAJIB memakai Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing-masing.
Keputusan ini dimaklumkan secara rasmi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2025, sebagai langkah memperkukuh semangat cinta akan negara dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan pelajar sejak dari bangku sekolah lagi.
Surat Pekeliling Rasmi KPM – Pemakaian Lencana Jalur Gemilang KPM KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
KPM LAKSANAKAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG PADA PAKAIAN SERAGAM MURID, SETIAP MURID DIBEKALKAN DUA LENCANA PERCUMA
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuatkuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.
Inisiatif yang melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.
KPM akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak DUA (2) unit secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.
KPM telah menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.
Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
27 MAC 2025
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2025
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG PADA PAKAIAN SERAGAM MURID DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TUJUAN
Surat pekeliling ikhtisas (SPI) ini bertujuan memaklumkan Garis Panduan Pemakaian_Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
LATAR BELAKANG
2. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Februari 2025 telah meluluskan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan penting dalam menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik. Justeru, suatu usaha daripada peringkat akar umbi hendaklah dilaksanakan secara holistik bagi memastikan semangat ini terus kekal dan subur. Oleh itu, KPM mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.
PELAKSANAAN
4. Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini disediakan sebagai rujukan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi pendidikan bawah KPM.
Garis panduan ini dikeluarkan sebagai panduan rasmi bagi penggunaan, penggayaan dan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan seperti yang berikut:
4.1 Sekolah kerajaan
4.2 Sekolah bantuan kerajaan
4.3 Kolej Matrikulasi
4.4 Institusi Pendidikan Guru Malaysia Institusi pendidikan selain KPM juga disarankan untuk merujuk garis panduan ini.
5. Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini disediakan sebagai rujukan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi pendidikan bawah KPM.
6. Surat pekeliling ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI seperti yang berikut:
6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah bertarikh 9 Mac 1983
6.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1985: Lencana/Logo dan Lagu Sekolah bertarikh 7 Januari 1985
6.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1993: Pakaian Seragam Sekolah bertarikh 3 Jun 1993
6.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007: Garis Panduan Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum bertarikh 7 Ogos 2007
TARIKH KUAT KUASA
7. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa serta-merta mulai 21 April 2025.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah mengambil tindakan dan memastikan kandungan SPI ini dilaksanakan oleh semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, JPN, PPD dan institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(DATUK HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Merangkap Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenapa Perlu Pakai Lencana Jalur Gemilang? Tujuan utama pemakaian lencana ini adalah untuk:
Menanam semangat patriotisme dalam jiwa murid Mengeratkan perpaduan nasional dan membentuk identiti kebangsaan yang utuh Membangkitkan rasa bangga dan hormat terhadap negara dan simbol kebangsaannya Inisiatif ini juga merupakan langkah holistik KPM untuk memastikan semangat cintakan negara terus subur dari peringkat akar umbi.
Siapa Yang Terlibat? Pemakaian lencana ini diwajibkan ke atas:
Murid sekolah kerajaan Murid sekolah bantuan kerajaan Pelajar Kolej Matrikulasi Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institusi pendidikan lain yang tidak di bawah KPM juga digalakkan untuk turut serta mengikuti garis panduan ini demi menyemarakkan semangat patriotisme.
Bila Tarikh Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang? Garis panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Februari 2025 dan mula berkuat kuasa serta-merta mulai 21 April 2025.
Ketua jabatan dan pentadbir di setiap peringkat seperti JPN, PPD dan institusi pendidikan di bawah KPM bertanggungjawab memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Di Mana Boleh Dapatkan Lencana Jalur Gemilang? KPM akan membekalkan lencana Jalur_Gemilang sebanyak DUA (2) unit secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.
Cara Memakai Lencana Yang Betul KPM turut menetapkan beberapa garis panduan khusus agar pemakaian lencana dilakukan dengan penuh disiplin dan bermaruah:
Dilarang mengubah saiz, bentuk atau warna lencana Jalur Gemilang yang ditetapkan. Lencana mesti dipakai di sebelah kanan dada, selari dengan tanda nama murid. Lencana hendaklah bersih, tidak rosak dan kemas sentiasa. [MUAT TURUN] Garis Panduan Rasmi KPM Berkenaan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang SPI KPM Bil. 3 Tahun 2025 Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid Di Institusi Pendidikan Bawah KPMMuat Turun Kesimpulannya, pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini bukan sekadar memenuhi arahan pekeliling, tetapi satu simbol kesatuan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Jom sama-sama kita semarakkan semangat “Malaysia Madani”, bermula dari sekolah!
Baca juga: Insentif Rebat Rahmah 2025 – Internet Percuma Hari Raya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lencana-jalur-gemilang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lencana-jalur-gemilang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Membebankan Jawapannya Tidak Kerana Ia Diberi

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 91 hits
Pemakaian lencana Jalur Gemilang membebankan Jawapannya tidak kerana ia diberi secara percuma Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEntity Hashta...
Jualan Secara Terbuka Rokok Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025

Jualan Secara Terbuka Rokok Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 129 hits
Jualan Secara Terbuka Rokok Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025 di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur Pulau Pinang dan Selangor Peraturan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta 852 yang bertujuan mengetatkan kawalan...
Lencana Jalur Gemilang Patriotisme Atau Pembaziran

Lencana Jalur Gemilang Patriotisme Atau Pembaziran

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 135 hits
Penghayatan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang sering kali dikaitkan dengan semangat patriotisme Bagi Kementerian Pendidikan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam sekolah adalah satu satunya cara memupuk semangat patriotisme dalam...
Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

Seragam Sekolah Wajib Semat Lencana Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 127 hits
Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat Perkara ini yang telah diluluskan ...
Ninso Naik Harga Semua Rangkaian Mulai 14 April 2025

Ninso Naik Harga Semua Rangkaian Mulai 14 April 2025

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 169 hits
Dalam suasana ekonomi negara yang semakin mencabar akibat inflasi peningkatan kos pengeluaran serta ketidakseimbangan penawaran dan permintaan di pasaran pengguna kini berdepan dengan satu lagi berita penyesuaian harga kali ini daripada ran...
Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 104 hits
Kelmarin KPM memaklumkan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara kaum PETALING JAYA Kumpulan ibu bapa ragu ragu keberkesanan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada paka...
Jalan Jalan Ramadan Kpm 2025 Di Melaka

Jalan Jalan Ramadan Kpm 2025 Di Melaka

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 214 hits
Jaulah Ramadan KPM 2025 di Melaka Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2025 di Negeri Melaka baru baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan YBrs Dr Mohd Azam bin Ahmad Beliau menyempurnakan acar...
Harga Durian Muar 2025 Mac April

Harga Durian Muar 2025 Mac April

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 205 hits
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Bertemu lagi kita dengan musim durian dan berikut merupakan harga durian Muar 2025 Mac April In Shaa Allah kami akan cuba update secara harian senarai stok jenis durian beserta harga ...
Jaulah Ramadan Kpm 2025 Apa Yang Menarik

Jaulah Ramadan Kpm 2025 Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 131 hits
Pada Ahad lalu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YBrs Encik Zainal bin Abas telah merasmikan penganjuran Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan untuk tahun 2025 di negeri Terengganu Acara ini melibatkan beberapa institusi penting t...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism