Tak Ajar Isteri Bermewah Tapi Beri Cukup Duit Nafkah Tiada Hutang Bila Pencen


Bila sudah berkeluarga, banyak tanggungjawab yang harus ditunaikan sebagai ibu ayah, suami isteri. Merancang ekonomi keluarga juga penting supaya ketua keluarga tidak terbeban kemudian hari.
Perkongsian daripada Nurlia boleh diambil sebagai pengajaran bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Ada terselit nasihat dan kebaikan dalam perkongsian ini.
Abah di bawah sedang menunggu pembentangan Belanjawan. Abah ingatkan pukul 3, rupa- rupanya pukul 4. So terpaksalah menunggu sikit masa lagi.

Cerita bab belanjawan ni tetiba saya teringat. Secara jujurnya cara pengurusan kewangan family kami sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara abah walaupun bukanlah sepenuhnya.
Ya, saya tak pernah lihat abah keluh kesah bab duit. Abah tak kaya, tapi ada.
Apa yang abah buat?
1) Ukur baju di badan sendiri. Contoh, gaji rm2k, jalani cara hidup orang bergaji rm2k, bukan ikut gaya hidup orang bergaji rm5k. Mampu beli kereta Axia, janganlah beli Jazz pulak. Kita mampu minum secawan air kopi di kedai mamak, tapi disebabkan life style kita minum kopi di cafe yang secawan kopi berharga berbelas- belas ringgit. Di sini ramai orang kita silap.
2) Disiplin. Setiap bulan Abah hanya akan withdraw duit 2 kali sahaja. Sekali waktu hari gaji, sekali lagi dua minggu selepas itu. Dengan duit itu pandai- pandailah berjimat cermat. Kalau gaji masuk awal di musim perayaan pun Abah tetap buat perkara yang sama.
3) Tak berhutang. Dua benda yang Abah hutang adalah kereta dan rumah. Itupun kedua- duanya Abah dah settle awal. Tak silap saya waktu umur Abah 30-an semua tu dah settle. Dan Abah takde pun nak beli rumah baru ataupun kereta baru. Apa yang ada dah memadai kata Abah. Dia taknak menambah hutang. Mazda 323 tu lah yang Abah pakai sampailah Abah dah tak boleh bawak kereta. Bayangkan kereta guru biasa lagi cantik, lagi mahal, lagi baru dari guru besar. Hehehe. Kalau tv rosak tunggulah sebulan dua Abah kumpul duit. Namun nak berhutang, tidak kata abah. Kalau boleh, elakkan.
4) Didik isteri supaya tidak mewah berbelanja. Bersyukur apa yang ada. Abah seperti suami yang lain juga. Barang keperluan Abah sediakan cukup. Waktu Abah bekerja, Abah berikan duit lauk untuk Mak beli setiap hari. Ada masa Abah belikan baju dan sebagainya. Mak pun faham. Mak bukan jenis yang suka meminta itu ini. Menjadi isteri seorang guru besar bukanlah tiket untuk Mak hidup mewah dan bermegah. Lagipun berapalah sangat gaji pada waktu itu. Mak sama saja, tetap seorang wanita kampung yang hidup sederhana sama seperti orang lain. Kerjasama ini membuatkan belanjawan keluarga terkawal. Mak main peranan penting juga. Al fatihah Mak.
5) Dulu masa di kampung setiap bulan Abah sponsor bayaran elektrik surau. Saya kagum sebab Abah ketepikan duit gaji untuk tujuan ini. Ada majlis di surau Abah suka beri sumbangan. Selain itu Abah akan ketepikan untuk Tok (ayah abah) dan mak dan ayah mertua. Setiap bulan Abah bagi duit pada Tok, dengan mertua Abah suka belikan barang dapur. Saya percaya asbab ini juga Allah bagi rasa cukup pada Abah.
6) Abah suka bantu family. Waktu majlis perkahwinan adik- adiknya, Abah mesti hulurkan wang pada arwah Tok. Mak pernah cerita waktu tu kakak abah baru kematian suami. Ketika itu hari hujan,
” Nah, jom kita ke rumah kak. Hari hujan ni. Dia mesti tak boleh nak menoreh ke apa. Nak beli beras, barang dapur bawak ke dia..”
Itulah Abah..
Sekarang dah hampir 30 tahun Abah pencen. Abah pencen awal dari umur sepatutnya. Abah kata aku nak pencen awal sebab dah tak banyak tanggungan. Tinggal saya seorang saja yang bersekolah menengah pada waktu itu. Hutang pun takde, so apa tunggu lagi kan. Nak nikmati hari tua pula.
Sejak pencen memang saya lihat Abah tenang sebab tak runsing menanggung beban hutang. Duit pencen memang ‘bersih’ untuk kegunaan sendiri.
Saya pun teringin. Ya, teringin nak menghabiskan hari tua dengan tenang tanpa bebanan kewangan.
Apa yang saya belajar dari cara Abah, nak bebas kewangan tak semesti kena jadi kaya. Kalau kita pandai manage kewangan, pandai menahan nafsu berbelanja, pandai ukur baju di badan sendiri, inshaAllah kita ‘selamat’.
Dan..
Yang paling penting,
“Sentiasa bersyukur atas apa saja rezeki yang Allah beri..” inshaAllah aminn.
Kredit: Nurlia Mohd Nor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Ajar Isteri Bermewah, Tapi Beri Cukup Duit Nafkah. Tiada Hutang Bila Pencen appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ajar-isteri-bermewah-tapi-beri-cukup-duit-nafkah-tiada-hutang-bila-pencen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan

12 Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 235 hits
Kami menyemak penyata pendapatan kami mendapati wang keluar lebih banyak daripada wang masuk Itu disebut situasi aliran tunai negatif Jadi keadaan seperti itu mesti diselesaikan dengan segera Aliran tunai negatif ini seperti paip bocor Seki...
Jual Lemari Kayu Keliling Tapi Jarang Laku Perjuangan Bapak Ini Cari Nafkah Bikin Mewek

Jual Lemari Kayu Keliling Tapi Jarang Laku Perjuangan Bapak Ini Cari Nafkah Bikin Mewek

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 260 hits
Bagi penjual lemari keliling di Pondok Labu Jakarta Selatan ini mendapatkan uang untuk sesuap nasi bukanlah hal yang mudah Setiap hari ia harus berkeliling jualan lemari dari pagi sampai malam dengan cara dipikul Namun dagangannya tak selal...
Isteri Kita Dah Cukup Cantik Jangan Tertipu Kecantikan Luaran Nilailah Dengan Hati

Isteri Kita Dah Cukup Cantik Jangan Tertipu Kecantikan Luaran Nilailah Dengan Hati

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 397 hits
Pernah tak sebagai isteri kita rasa tak yakin bila depan suami Seolah olah rasa macam tak selamat je takut suami pandang perempuan lain Boleh dikatakan rata ratanya akan mempunyai perasaan ini kan Bagi suami pula bila tengok perempuan lain ...
Hiburan Nubhan Berang Isteri Dituduh Berhenti Kerja Kerana Ditamatkan Kontrak Dulu Kata Aku Kikis Duit Bini

Hiburan Nubhan Berang Isteri Dituduh Berhenti Kerja Kerana Ditamatkan Kontrak Dulu Kata Aku Kikis Duit Bini

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 403 hits
Tular seketika sebelum ini mengenai isteri kepada penyanyi Nubhan Afifah Tawfek telah meninggalkan kerjanya sebagai doktor gigi dan memilih untuk menjadi suri rumah Menurut Nubhan terdapat desas desus yang mengatakan isterinya berhenti kerj...
Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 229 hits
BON KELANANG Mohd Mukhlis Mohd Sharif Tiada benda yang ajaib dengan ekonomi duit itu mesti datang dari sumber yang sahih Akhirnya lepas berbulan bagi dana ikut perutusan TV baru kita tahu yang sumber dana yang mereka boros belanja dahulu ru...
Budak Tak Cukup Umur Tunggang Motosikal Datang Serah Diri Di Ipd Kubang Pasu

Budak Tak Cukup Umur Tunggang Motosikal Datang Serah Diri Di Ipd Kubang Pasu

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 373 hits
Susulan viral video seorang kanak kanak lelaki menunggang motosikal sehingga mengundang kecaman netizen murid Tahun 4 itu akhirnya tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu Kanak kanak itu datang ke balai bersama dengan b...
Belanjawan 2021 Peningkatan 4 3 Peratus Bagi Perbelanjaan Kesihatan Tidak Cukup Pakar

Belanjawan 2021 Peningkatan 4 3 Peratus Bagi Perbelanjaan Kesihatan Tidak Cukup Pakar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 265 hits
Peningkatan 4 3 peratus untuk perbelanjaan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dilihat tidak mencukupi tatkala negara memerangi pandemik COVID 19 Pakar Dasar Kesihatan Awam Dr Khor Swee Kheng berkata peruntukan RM31 9 bilion kepada Kementerian ...
Mee Goreng Basah Style Kak Long Cukup Rencahnya Memang Tak Rugi Cuba

Mee Goreng Basah Style Kak Long Cukup Rencahnya Memang Tak Rugi Cuba

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 456 hits
Kalau hari hari asyik makan nasi je kadang tu bosan juga kan Lagi lagi ibu yang setiap hari masuk dapur sampai tak tahu nak masak lauk apa Sesekali tukar tukar menu apa salahnya Bagi penggemar mee boleh cuba buat mee goreng basah style Kak ...
Salah Satu Kembar Kecil Ainan Tasneem Harap Bersalin Cukup Bulan

Salah Satu Kembar Kecil Ainan Tasneem Harap Bersalin Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 502 hits
Sekarang usia kandungan dah 31 minggu Tadi saya pergi buat pemeriksaan doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit Sorang baru 1 1kg sorang lagi 1 5kg dah source
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order