Mee Goreng Basah Style Kak Long Cukup Rencahnya Memang Tak Rugi Cuba
Kalau hari-hari asyik makan nasi je, kadang tu bosan juga kan? Lagi-lagi ibu yang setiap hari masuk dapur, sampai tak tahu nak masak lauk apa. Sesekali tukar-tukar menu apa salahnya.
Bagi penggemar mee, boleh cuba buat mee goreng basah style Kak Long. Mee goreng ni sama je dengan mee yang kita buat, cuma ia berbeza sikit sebab tak kering sangat. Sedap dinikmati waktu panas-panas.
RESIPI MENARIK [Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan. Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya!]
Nak letak apa saja lauk terpulang, tapi kalau ada sotong atau udang tu lagi sedap. Bestnya resipi mee ni dah tak perlu letak garam atau bahan perasa. Cukup dengan rencah yang disediakan ini je.
Resepi Mee Goreng Basah Kak Long
Bahan-bahan diperlukan :
– Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos…
– Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..
– Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
– Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
– Tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
– Cili kisar 4sudu besar..
– Sos cili 5sudu besar..
– Sos tiram 1sudu besar..
– Sos ikan 1sudu besar..
– Kicap pekat 1sudu besar..
– Kicap manis 5sudu besar..
– Kicap mee 2sudu besar..
– Air putih 1cawan kecil…
– Minyak masak 2sudu besar untuk menumis…
Bahan-bahan tumbuk
– Cili api 10biji
-Bawang putih 3ulas
-Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
Masak dan kacau-kacau bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau-kacau lagi. Lepas tu masukkan mee kuning dan tomato, kacau-kacau bagi sebati dan masak. Siap!
***Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup..
Sumber : Resepi Kak Long
LAGI RESIPI SEDAP [Kek Marble Paling Sempoi Versi Cup Cake. Puas Makan Satu Keluarga!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Mee Goreng Basah Style Kak Long. Cukup Rencahnya, Memang Tak Rugi Cuba! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mee-goreng-basah-style-kak-long-cukup-rencahnya-memang-tak-rugi-cuba/