Tak Adil Kata Penjawat Awam Tak Layak Terima Bpn Cuepacs Selar Kenyataan Perunding Kewangan


'Tak adil kata penjawat awam tak layak terima BPN' - CUEPACS selar kenyataan perunding kewangan



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menyelar pihak tertentu yang berpandangan penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana tidak terjejas oleh penularan COVID-19.


Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai pandangan sempit, Presiden CUEPACS Adnan Mat berkata pemberian BPN ialah untuk isi rumah dalam kategori B40 dan M40 tanpa mengambil kira mereka bekerja di sektor kerajaan atau swasta.


“Jika pendapatan isi rumah mereka lebih daripada yang ditetapkan, maka ia tetap tidak layak walaupun bergelar penjawat awam. Begitu juga di sektor swasta, jika pendapatan isi rumah lebih daripada syarat ditetapkan mereka juga tidak layak untuk menerima BPN,” katanya dalam kenyataan.


Beliau mengulas kenyataan seorang perunding kewangan menerusi program Sinar Live semalam yang menyatakan penjawat awam tidak sepatutnya menerima BPN kerana tidak terkesan atau tidak dipotong gaji sepanjang penularan COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Adnan juga menegaskan adalah tidak adil untuk mengatakan penjawat awam tidak layak menerima BPN hanya disebabkan mereka masih menerima gaji seperti biasa sepanjang PKP dan penularan COVID-19.


“Harus diingatkan sekali lagi, tidak semua pasangan penjawat awam turut sama-sama bekerja di sektor kerajaan. Ada dalam kalangan pasangan yang merupakan suri rumah sepenuh masa, bekerja sendiri seperti penjaja kecil serta bekerja di sektor swasta,” tegasnya.


Katanya ada juga dalam kalangan pasangan terbabit telah dibuang kerja, tidak dapat berniaga dan terjejas pendapatan.


“Dalam hal ini, tidak kira sektor mana mereka bekerja, jika isi rumah itu mempunyai pasangan terjejas, sewajarnya dibantu, apatah lagi dapatan daripada kerajaan mengelaskan isi rumah tersebut sebagai B40 atau M40.


“Justeru, adalah tidak adil jika kita melabelkan atau membuat keputusan dengan hanya melihat konteks yang sempit. CUEPACS percaya keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah adil dan memikirkan keseluruhan rakyat yang terkesan oleh COVID-19,” katanya.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/11/tak-adil-kata-penjawat-awam-tak-layak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Tidak Layak Diberi Bantuan Bpn Kerana Bukan Golongan Yang Terjejas Akibat Covid 19

Penjawat Awam Tidak Layak Diberi Bantuan Bpn Kerana Bukan Golongan Yang Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 284 hits
Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd Rohani Mohd Shahir berpendapat golongan penjawat awam tidak sepatutnya diberi Bantuan Prihatin Nasional kerana mereka bukannya golongan yang terkesan dengan pandemik Covid 19 S...
Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Setengah Bulan Gaji 29 Disember 2020

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Setengah Bulan Gaji 29 Disember 2020

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 672 hits
Penjawat Awam Selangor terima bonus setengah bulan gaji 29 Disember 2020 Assalamualaikum Pembentangan Belanjawan Selangor 2021 telah berlangsung petang tadi Antara intipati di dalam belanjawan tersebut adalah pengumuman oleh Menteri Besar S...
Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 499 hits
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmat...
Bonus Penjawat Awam 1 Bulan Gaji Sebabnya

Bonus Penjawat Awam 1 Bulan Gaji Sebabnya

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 386 hits
Belanjawan 2021 akan dibentang di Parlimen pada 6 November Apabila belanjawan diumumkan apa yang ditunggu tunggu bonus penjawat awam Mereka akan mencongak berapakah bonus yang akan diperolehi kakitangan awam kali ini The post appeared first...
Penjawat Awam Tidak Patut Menerima Bantuan Prihatin Nasional

Penjawat Awam Tidak Patut Menerima Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja pekerja dalam Perkhidmatan Awam hari ini menyelar pihak yang berpandangan penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional kerana tidak terjejas oleh penularan wabak Covid 19 Sambil menyifat...
15 000 Penjawat Awam Dapat Khidmat Kaunseling Akibat Covid 19

15 000 Penjawat Awam Dapat Khidmat Kaunseling Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 242 hits
Mohd Khairul Adib Abd Rahman KUALA LUMPUR Seramai 15 000 penjawat awam mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana terkesan dengan pandemik Covid 19 sejak Perintah Kawalan Perkhidmatan dilaksanakan sehingga September 2020 Jumlah itu adalah a...
Bantuan Khas Rm600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Rm300 Kepada Pesara Kerajaan

Bantuan Khas Rm600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Rm300 Kepada Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 630 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan khas kepada penjawat awam termasuk pesara polis bomba dan petugas barisan hadapan Bantuan itu melibatkan antara lain bantuan kewangan one off kepada penjawat awam gred t...
Jasa Penjawat Awam Yang Diberhentikan Kerja Secara Zalim Oleh Ph Tun Faisal

Jasa Penjawat Awam Yang Diberhentikan Kerja Secara Zalim Oleh Ph Tun Faisal

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 338 hits
Oleh Tun Faisal TERIMA KASIH KERANA MENGEMBALIKAN JASA SEMOGA HAK PEGAWAI JASA YANG DIBERHENTIKAN SECARA ZALIM OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DIKEMBALIKAN Alhamdulillah dulu PH takut sgt dgn JASA sampai terpaksa tutup JASA buang pegawai JASA...
Komited Bertugas Bantuan Khas Penjawat Awam Rm600

Komited Bertugas Bantuan Khas Penjawat Awam Rm600

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 399 hits
Bantuan khas RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah Foto ReutersKUALA LUMPUR 6 Nov Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Teng...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Gaji Elaun Ahli Parlimen Cecah Rm25 000 Sebulan Masih Tak Cukup Lagi Ke