Tahun Ke 16 Dalam Dunia Digital Secara Aktif
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ramai sudah kawan-kawan aku yang sama-sama bergerak waktu sekitar tahun 2004 yang dah tak meneruskan bidang IT ni. Kebanyakannya melakukannya sebagai hobi dan tidak meneruskan minat selepas beberapa tahun berlalu.
Bermula bulan mei 2004, merupakan tarikh aku terjebak secara aktif dalam bidang dunia digital, domain pertama awekonline.net merupakan tempat aku belajar programming dengan cuba jaya sahaja.
Laman-laman tutorial menjadi teman karib ketika itu, Google menjadi tempat membuat rujukan utama, antara laman yang menjadi tempat persinggahan harian adalah good-tutorials.com. Tak tahu ada lagi ke tak laman tersebut. Laman good-tutorials ni pun dah lama tak berupdate walaupun masih wujud.
halaman utama good-tutorials.com
Belajar bagaimana membuat programming dengan melihat coding orang lain, waktu tu hanya pandai copy edit and adjust. Lebih banyak try and error daripada penyelesaian yang terus boleh dicapai.
Pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang 16 tahun
Sepanjang hampir 16 tahun bergiat aktif ni, memang macam-macam yang telah dilalui. Walaupun sebenarnya mula bergiat dalam dunia online sejak tahun 1999 lagi, ketika tu banyak guna MiRC untuk berbual antara kenalan di online.
Pernah juga pada sekitar tahun 2001-2002 aktif dengan flash animation, cuma lebih kepada aktiviti nak melepak kat Cyber Cafe ketika itu. Selain chatting kat chatroom, layan buat animasi guna flash. Bouncing ball sana sini sekadar untuk mengisi masa lapang.
Dalam banyak-banyak perkara, satu benda penting yang aku fahami adalah, untuk memulakan sesuatu, kita tak perlu tunggu orang lain untuk memberikan sokongan untuk kita bermula. Kita mulakan sahaja, apabila mula nampak hasil, pasti akan ada yang memberi sokongan.
Bertemu jodoh, memulakan perniagaan dan membina kerjaya
Antara perkara yang aku banyak buat dalam dunia digital ni, adalah berniaga atau menjana pendapatan melalui pelbagai platform. Memang pada awalnya tak pernah terfikir nak buat duit online, tapi siapa sangka, selepas 16 tahun berlalu, aku masih menyara hidup dan menjemput rezeki menggunakan platform online.
Pertama kali bertemu dengan puan isteri yang menjadi suri hati sehingga hari ini juga melalui platform online. Ketika itu masih sibuk dengan chatting, Yahoo Messenger menjadi tempat untuk berkongsi cerita disamping menggunakan VoIP untuk berbual berjam-jam lamanya. Entah apalah difikirkan waktu tu.
Tahun 2020, aku akan meneruskan lagi aktiviti dunia digital ini, cuma fokus sudah berbeza, banyak perkara yang aku dah ubah, tambah baik dan melakukan perkara baharu.
Andai ulang perkara yang sama, mana mungkin kita akan dapat hasil yang berbeza. Begitulah kehidupan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/tahun-ke-16-dalam-dunia-digital-secara-aktif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahun-ke-16-dalam-dunia-digital-secara-aktif