Tahun 2019 Tahun Rakyat Menuntut Janji Pakatan Harapan




Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2018 dan mulai esok kita akan melangkah ke hari baru tahun 2019.


Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019.


Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka, pahit dan manis buat kita semua.


Tetapi, detik yang paling tidak mungkin dilupakan dan meninggalkan kenangan pada tahun 2018 ialah bagaimana rakyat telah bersatu hari menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN daripada puncak kuasa negara.


Tarikh 9 Mei 2018 adalah satu lagi detik sejarah buat buat rakyat dan negara.


Ia adalah suatu sejarah besar dalam negara dan detik-detik perjuangan ke arah kejayaan itu akan kekal dalam ingatan sebahagian besar daripada kita.


Tetapi, setelah tumbangnya BN dan Pakatan Harapan mengambil alih teraju pentadbiran negara, tidak bererti perjuangan telah berakhir dan kita boleh bersenang-lenang begitu saja.


Ada perjuangan lain sedang menanti di depan kita semua.


Janji-janji manifesto, pemulihan ekononi, menurunkan kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan dan meletakkan negara ini sebagai tempat yang aman dan selesa untuk semua rakyat, adalah harapan kita kepada kerajaan baru yang sedang mentadbir negara sekarang ini.


Begitu juga, menjadi harapan kita agar Tun Mahathir Mohamad benar-benar menunaikan janji penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang dijanjikan dan dipersetujui sebelum ini serta tidak cuba berdalih atau ada niat untuk memungkirinya.


Ini kerana jika janji itu cuba dimungkiri, sementara janji-janji manifesto dan pemulihan ekonomi akan terus tertangguh yang menyebabkan sengsara berterusan kepada rakyat, politik negara juga akan jadi kalut dan bergolak semula.


Baik atau buruk keadaan negara dalam waktu terdekat ini banyak terletak di tangan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan penentu sama ada beliau mahu menunaikan janji atau sebaliknya.


Jika beliau fokus kepada janji dan senantiasa bekerja keras bersama anggota kabinet serta jentera kerajaan menunaikan segala lafaz dalam manifesto, Malaysia Baru yang mampu memberi kebahagian buat rakyat akan menjelma tanpa banyak masalah dan halangan.


Namun, jika hal-hal lain berkaitan politik yang kepentingannya hanya beliau saja yang tahu yang lebih diutamakan, gelora akan terus melanda negara dan bahagia yang dijanjikan tidak lebih sekadar janji palsu belaka.


Tahun 2019 yang bermula esok, harapan kita ialah mahu melihat ekonomi yang lebih baik dan lebih banyak janji yang sudah pun dibalas dengan undi oleh rakyat dapat dilaksanakan tanpa banyak alasan lagi.


Selamat datang 2019, tahun untuk rakyat menuntut janji dan tahun untuk kerajaan menunaikan segala kata yang pernah dilafazkannya. (ShahbudinHusin 31/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/tahun-2019-tahun-rakyat-menuntut-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Menteri Kabinet Sertai Rakyat Sambut Kemeriahan Tahun Baharu 2019

Mahathir Menteri Kabinet Sertai Rakyat Sambut Kemeriahan Tahun Baharu 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 338 hits
Tepat jam 12 tengah malam percikan bunga api berwarna warni menghiasi ruang udara di seluruh negara mengalu alukan kemunculan tahun baharu 2019 Meskipun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan pahit dan manis namu...
Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 421 hits
Diterbitkan Hari ini 7 09 malamBeberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu manakala sebahagian yang lain akan diteruskan...
Muhasabah Akhir Tahun Bersama Milenial Ini Harapan Sandiaga Uno Di Tahun 2019

Muhasabah Akhir Tahun Bersama Milenial Ini Harapan Sandiaga Uno Di Tahun 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 390 hits
Cawapres Sandiaga Uno merayakan malam pergantian tahun baru dengan Bermuhasabah Akhir Tahun bersama minelial di Masjid At Taqwa Jl Sriwijaya Raya Selong Kebayoran Baru Jakarta Selatan Senin malam Sandiaga apresiasi minelial yang merayakan a...
Mengenang Sejarah 2018 Menanti Harapan Tahun 2019

Mengenang Sejarah 2018 Menanti Harapan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 453 hits
ULASANAzmin dan Anwar jangan bawa masalah kepada PH KURANG 73 jam lagi kita akan menjenguk ke tahun baharu Masihi 2019 Kita akan tinggalkan daun daun kalender 2018 jauh ke belakang yang akan mereput kemudian hilang Namun setiap apa yang ter...
Ridwan Kamil Janji Benahi Citarum Dalam 5 Tahun

Ridwan Kamil Janji Benahi Citarum Dalam 5 Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 221 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil sesumbar bisa mengubah citra Citarum dari sungai terkotor di dunia menjadi sungai bermartabat Pembenahan sungai Citarum hanya bisa terwujud manakala ada ketegasan dan nilai kepemimpinan yang baik dari pemang...
Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika Jpj Membuat Sekatan Jalan

Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika Jpj Membuat Sekatan Jalan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1032 hits
Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan JalanSesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan
Ramalan Baba Vanga Tahun 2019 Donald Trump Diramal Pekak Dan Tsunami Besar Di Asia

Ramalan Baba Vanga Tahun 2019 Donald Trump Diramal Pekak Dan Tsunami Besar Di Asia

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 400 hits
Seorang wanita buta Baba Vanga berasal dari Bulgaria terkenal kerana ramalan ramalannya yang kebanyakannya menakutkan dunia pernah membuat ramalan tentang Brexit serangan menara berkembar WTC dan kebangkitan ISIS sekali lagi menjadi perhati...
Sebelum Pru14 Ph Janji Sejuta Peluang Kerja Selepas Menang Minta Rakyat Cipta Peluang Kerja Sendiri

Sebelum Pru14 Ph Janji Sejuta Peluang Kerja Selepas Menang Minta Rakyat Cipta Peluang Kerja Sendiri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 729 hits
JANJI SEBELUM PRU14Menjanjikan SEJUTA Peluang Pekerjaan SELEPAS MENANG PRU14 MEMERINTAH KERAJAAN PERSEKUTUANMeminta rakyat mencipta peluang kerja sendiri BUKAN cari kerja KencingSampaiLencun
Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 427 hits
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai kira kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan Protes pembangkang di ambang ...
Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ammar Ahyan Dedah Ramai Ajak Keluar Malam Tolak Sebab Tak Minat

Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

Resipi Putu Halba Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan

Khalwat Janda Sempat Capai Selimut Dicekup Dengan Atuk

Cameron Highlands Tanah Runtuh Jejas Laluan Masuk Hampir 700 Penghuni Apartmen Terputus Hubungan

Macc Nabs Shamsul Albert And Woman In Video Denies Pointing Gun