Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru


Diterbitkan Hari ini 7:09 malam

Beberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu, manakala sebahagian yang lain akan diteruskan.

Walaupun beberapa inisiatif kerajaan terdahulu dimansuhkan, sebahagian program yang memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diteruskan selepas ia dijenamakan semula.

Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membolehkan isi rumah berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bayaran RM1,000 mulai 1 Jan.

Selain itu kerajaan juga membekukan kenaikan tol untuk semua lebuh raya dan penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang dan Tambak Johor pada tahun 2019.

Kumpulan B40 akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah buat kali pertama melalui dana RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia.

Pembeli rumah kali pertama pula akan dikecualikan duti setem untuk hartanah berharga antara RM300,001 dan RM1 juta.

Bagi kumpulan B40 yang memiliki kereta dan motosikal dengan kapasiti masing-masing 1,500 cc dan 123 cc, akan terus menikmati subsidi minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Kumpulan ini juga mendapat pelan insurans yang dipanggil Skim Perlindungan Nasional B40 pada 1 Jan yang akan merangkumi 36 penyakit kritikal, di mana penerima akan memperoleh bayaran sehingga RM8,000.

Kerajaan juga merancang mengharamkan perokok merokok di semua restoran tahun depan dan mereka yang melanggar arahan ini boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara.

Pengguna perkhidmatan rel dan bas RapidKL pula berpeluang menerima pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan mulai 1 Januari 2019.

Manakala pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL.

Tahun ini juga menjadi tahun sukar bagi majikan kerana peningkatan kos operasi berikutan usaha kerajaan menyeragamkan dan meningkatkan gaji minimum di seluruh negara kepada RM1,050 sebulan menjelang Januari.

Angka ini mewakili kenaikan RM50 daripada gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan peningkatan RM130 daripada gaji minimum RM920 di Malaysia Timur.

Pekerja asing pula diwajibkan membayar 80 peratus daripada levi tahunan sebanyak RM10,000, dengan bakinya 20 peratus dibayar oleh majikan

Kerajaan juga akan mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan semula mekanisme penentuan harga petrol secara mingguan mulai tahun depan.

Di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan premis hiburan mematuhi arahan tutup jam 1 pagi pada Januari, atau berisiko menghadapi tindakan. Berikutan itu, kerajaan Selangor berazam untuk melaksanakan peraturan itu.

Di bidang pendidikan, peperiksaan bagi murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan mulai tahun 2019 untuk digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.

Pemakaian kasut hitam di sekolah juga akan dilaksanakan apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 2 Januari dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2021.

Kementerian Pendidikan juga membenarkan kanak-kanak yang tidak memiliki kerakyatan, termasuk pelarian untuk belajar di sekolah kebangsaan tahun depan.

Sementara itu, Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergulaberkuat kuasa 1 April tahun depan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga memansuhkan pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan menggantikannya dengan skim baru membabitkan 185,000 isi rumah yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.

Begitu juga, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberikan 25 meter padu air percuma kepada kumpulan B40 berbanding keseluruhan isi rumah yang menikmati air percuma pada masa ini.

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun atas alasan sambutan untuk program itu agak rendah.

Kerajaan negeri Selangor juga akan menamatkan Tabung Warisan Anak Selangor, yang lebih dikenali sebagai Tawas tahun depan.

Sementara itu, Tabung Harapan yang dilancarkan kerajaan baru untuk mengutip derma daripada rakyat yang ingin meringankan beban kewangan kerajaan, akan menamatkan kutipan pada 31 Disember


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/tahun-2019-apa-rakyat-dapat-dari-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Tahun Baru Ganja Diluluskan Untuk K Jaan Rakyat

Hadiah Tahun Baru Ganja Diluluskan Untuk K Jaan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 274 hits
BANGKOK Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan hari ini dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia yang mempunyai undang undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu Parlimen Thailand y...
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1255 hits
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai Assalamualaikum tahun baru macam biasa lambat update haha sha agak busy kebelakangan ni memandangkan mertua sha datang rumah time cuti sekolah ni memang tiada masa nak buka laptop apapun masih belu...
Jelang Tahun Baru 2019 Waspadai Potensi Angin Kencang Dan Gelombang Tinggi Di Daerah Berikut Ini

Jelang Tahun Baru 2019 Waspadai Potensi Angin Kencang Dan Gelombang Tinggi Di Daerah Berikut Ini

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 405 hits
Menjelang tahun baru 2019 BMKG menginformasikan tentang potensi angin kencang dan gelombang tinngi di sejumlah wilayah melalui siaran pers Potensi angin kencang dan gelombang tinngi tersebut terjadi karena Berdasarkan pantauan kondisi atmos...
Celcom Menawarkan Internet Tanpa Had Percuma Bersempena Tahun Baru 2019

Celcom Menawarkan Internet Tanpa Had Percuma Bersempena Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 466 hits
Celcom kini telah pun mengumumkan penawaran internet tanpa had percuma pada 1 Januari 2019 kelak bersempena dengan tahun baru Walaubagaimanapun ia perlulah ditebus oleh pengguna sebelum 31 Disember 2018 11 59 malam Pada masa yang sama pembe...
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 595 hits
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 469 hits
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019 Hurm nampaknya failed Dari 3 azam dan wishlist hanya 1 saja je tercapai Itupun nasib la jadi azam yang 1 tu Kalau ikutkan delay sebab keadaan yang tak mengizinkan Untuk entri kali ini cik en akan kongsi ...
Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 349 hits
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai kira kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan Protes pembangkang di ambang ...
Selamat Tahun Baru 2019 Pada Blogger Dan Readers

Selamat Tahun Baru 2019 Pada Blogger Dan Readers

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 438 hits
Hi Blogger Readers Hi cepat nya masa berlalu ini dah Tahun 2019 projek animasi pun belum siap siap lagi dari tahun 2013 Hari ini saya nak ucapkan selamat tahun baru 2019 semoga apa yang di hajati pada tahun baru ini akan tercapai dan segala...
Strategi Polis Indonesia Aman Kan Perayaan Tahun Baru 2019

Strategi Polis Indonesia Aman Kan Perayaan Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 355 hits
JAKARTA Polis Negara menyediakan beberapa strategi keselamatan untuk memastikan sambutan Tahun Baru 2019 berjalan dengan selamat dan aman di seluruh Indonesia Tumpuan mengekalkan keselamatan dan ketenteraman sosial juga diperkuat ketika mom...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam