Mengenang Sejarah 2018 Menanti Harapan Tahun 2019


ULASAN

Azmin dan Anwar jangan bawa masalah kepada PH.KURANG 73 jam lagi kita akan menjenguk ke tahun baharu Masihi, 2019. Kita akan tinggalkan daun-daun kalender 2018 jauh ke belakang yang akan mereput kemudian hilang. Namun setiap apa yang tercatat di daunan kalender itu akan jadi sejarah dan kenangan. Tidak akan terlupa sampai kapan. Iya, tak akan dilupakan sampai kapan...


Tentu banyak kenangan yang menjadi sejarah selama lebih 360 hari lampau. Untuk negara kita, bagi seluruh rakyat yang memahami politik, atau bergelumang dalamnya, keruntuhan kerajaan UBN 9 Mei merupakan sejarah agung. Satu hadiah besar yang perlu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh setiap yang mencintai kedamaian dan keadilan, yang merasai keperitan dan penderitaan sejak kesekian lama kewujudan kerajaan itu.

Peristiwa itu, kejatuhan kerajaan UBN, menjadikan semua rakyat telah mencatat sejarah tersendiri daripadanya. Ada hilang jawatan, ada yang jadi menteri. Kerajaan berusia 61 tahun telah lenyap di atas muka bumi ini dan amat sukar untuk bangkit dan tersambung kembali dalam masa terdekat?

Diganti kerajaan PH
Kini berganti dengan kerajaan baharu, kerajaan Pakatan Harapan (PH). Usia kerajaan ini baharu menjejaki enam bulan. Diharap ia akan berjalan lancar dan mencatat kejayaan demi kejayaan seperti diimpikan. Kalau pun tidak mampu bertahan selama kerajaan UBN (61) tahun, mungkin cukup untuk beberapa dekad sahaja. Yang paling bermakna kerajaan PH membawa perubahan besar ke atas bangsa, negara dan agama. Perubahan kerajaan ini satu testimoni untuk bangsa.

Namun satu kemalangan dan kekecewaan kalau kerajaan PH hanya dapat bertahan hanya sepenggal sahaja.

Untuk negara, kita mahukan Malaysia menjadi negara disegani di seantero dunia. Untuk wangsa, bagi wangsa Melayu pula berharap wangsa ini terus bermartabat. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan wangsa-wangsa dan kaum lain dalam segenap aspek kehidupan; ekonomi, pendidikan, budaya dan sebagainya.

Untuk agama pula, biarlah segala syariah Islam dapat didaulatkan. Apa yang menjadi cita-cita setiap umat Islam terlaksanakan. Tidak ada makna kalau kita merdeka, bertukar kerajaan tetapi syariat agama tidak didaulatkan. Dalam kepercayaan (akidah) agama Islam, bahawa hidup ini bukan berakhir dan titik di sini sahaja, tetapi ia masih ada alam lain lagi yang wajib dilalui.

Kegagalan mencapai itu semua adalah kekecewa bangsa dan negara yang akan disumpah dek generasi akan datang.

Jangan ulang kejadian dahulu.
Apa yang kita semua ingin dan rindui kerajaan ini berbeza dengan kerajaan lampau. Keburukan yang dilaku dan berlaku di era kerajaan lalu jangan berulang lagi. Setiap titisan keringat yang gugur selama sepanjang perjuangan ini hendaklah terbalas.

Rakyat sudah serit dan sudah perit dengan apa yang berlaku di era kerajaan lampau. Kerajaan baharu hendaklah mengambil iktibar dan menjadikan sempadan dengan setiap yang berlalu dulu. Kerenah dan kebobrakan kerajaan lampau jangan diulang lagi. Kerosakan yang ditinggalkan pemimpin dahulu perlu diperbaiki dan dipulih segera. Ia tidak boleh lama dibiarkan. Tidak perlu beralas-lasan.

Untuk itu, pastinya kerajaan hari ini harus padu dan mampat. Perpaduan di kalangan pengderai kerajaan sangat penting. Dalam konteks ini empat buah parti yang bersetia dalam komponen PH harus benar-benar melaksanakan apa yang dijanjikan. Kegagalan melaksanakan apa yang dijanji dan dipersetujui rakyat menyebabkan pembangunan negara akan gagal serta tidak mustahil akan meruntuhkan kerajaan ini. Jangan kecewa dan hampakan harapan rakyat.
Manakala untuk mengukuhkan PH, parti-parti komponen harus kukuh terlebih dahulu. Semua parti perlu aman damai, tidak ada perbalahan sesama sendiri. Kendurkan ketegangan yang ada. Perbalahan dalaman sangat tidak baik kerana ia akan terbawa keluar kemudian digunakan musuh untuk menyerang dan merosakan PH itu sendiri.

Semua pemimpin harus insaf akan keperluan ini. Cuba atasi apa jua masalah yang ada dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Bagi mengelakkan meletus sengketa, soal remeh temeh hendaklah dibuang jauh-jauh, jangan jadikan ia sebagai "hantu" dan iblis" yang mengacau dan menganggu. Kegagalan mengatasi ini menyebakan semua agenda akan gagal.

Apa yang dilafazkan semasa sebelum mendapat kuasa, hendak benar-benar dihayati dan direalisasikan. Jangan ada penyelewengan di pertengahan jalan. Jangan mula ada yang besar kepala dan melihat diri orang lain kecil. Jangan cuba menghitungkan jasa dan pengorbanan siapa lebih besar. Jangan ada yang menafikan kemenangan atas kesatuan sebaliknya kononnya kerana individu. Jangan ada mungkir dan pengkhianatan sesama sendiri. Ingat kemenangan dicapai kerana ada kerjasama.

Masalah besar yang dilihat boleh melemah dan mengagalkan kerajaan ini ialah apabila lupus semangat maufakat dan longgarnya persefahaman sesama sendiri. Semangat ini boleh sahaja hilang apabila manusia menjadi lupa selepas ia berkuasa. Rasa hormat juga sirna selepas ada kuasa. Kehilangan ini boleh terjadi apabila berlaku pertelingkahan. Pertelingkahan kecil akan mengheret kepada pertelingkahan besar sehingga tumbuh marah dan dendam.

Elemen atau suasana ini biasanya wujud selepas berkuasa. Lumrah dan fitrah manusia akan berperkat  dan saling memahami sesama susah dan tertindas, sebaliknya akan mula membuang semangat itu apabila sesudah menang atau berkuasa. Nafsu sukar dikawal sewaktu merdeka daripada memupu iman semasa ditakluk.

Banyak sejarah dan sirah mengenai hal ini sejak di zaman dahulu kala lagi. Manusia akan melupai diri bila berada dalam suasana dan keadaan baharu yang penuh kemewahan dan kesenangan.

Kecuali Keadilan.
Sehingga ini semua parti komponen PH dalam keadaan baik dan harmoni. Tidak ada pergolakan dan masalah besar berlaku. Semua pihak dapat menggalas segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Dari sisi luar parti tampak semuanya aman dan “beres”. Kecuali apa yang berlaku dalam Keadilan, seperti ada masalah sedikit ekoran ada pergeseran pendapat atau pun timbul rasa kecil hati di antara Presidennya Anwar Ibrahim dengan timbalannya Mohamad Azmin Ali. Keecohan di sepanjang proses pemilihan parti itu baru-baru ini masih belum “sendek” lagi.

Pergeseran ini yang lebih kepada keterkilanan perasaan di antara kedua. Terketerkilan ini sebenarnya bukan dari mereka tetapi kerana hasutan dari anasir luar, penyokong kedua pihak. Jika hendak dikira mereka tidak pun perlu "berselehan" dalam apa juga perkara memandangkan hubungan intim mereka selama ini. Bukan baru mereka kenal malahan sejak lebih 30 tahun dahulu.
Persoalan di sekitar diri Anwar dan Azmin ini harus diselesaikan segera dengan penuh fatanah dan diplomasi. Yang berkedut perlu di"lendek"kan yang kusut diluruskan jangan sampai ia tersimpul kejap dan putus.

Untuk ini bukan susah, mudah sahaja asalkan kedua pihak ada kesediaan dan meletakkan kesejahteraan parti di hadapan. Buangkan rasa skeptikal yang bertapak dalam hati masing-masing. Anwar kena buang rasa bimbang tidak berasasnya terhadap Azmin. Beliau kena mempercayai Azmin sama seperti zaman reformasi. Begitu juga dengan Azmin harus menyakinkan bahawa Anwar masih seperti dahulu. Tidak perlu cemburu dan irihati kalau Anwar ada memanjakan orang lain juga.

Paling penting mereka kena menyedari bahawa merekalah nakhoda dalam Keadilan. Perlayaran bahtera itu sama ada berjaya atau sampai ke tujuan terletak ditangan mereka. Salah seorang daripada mereka tidak boleh khilaf, kerana kehilfan akan membawa petaka. Jika salah seorang khianat seluruh kapal akan tenggelam dan karam.

Dalam komponen parti lain tidak ada apa-apa masalah. DAP yang bijak menutup rahsia dan kekhilafan, dilihat sedang bekerja membina kerajaan sebagai memenuhi aspirasi anggotanya dengan bersungguh-sungguh. DAP semacam tidak ada masa untuk bertengkar dan berbalah sesama sendiri.

AMANAH pula dalam keadaan seperti perempuan yang baharu berkahwin, keindahahan malam pertama dan kehadiran sang suami dinanti-nanti dengan penuh "kegelenyahan" (gatal).  AMANAH menghias diri sepanjang hari dan tidak sabar menanti malam.

Begitu juga Bersatu. Kepercayaan dan keyakinan diletakkan kepada Pengerusinya sangat tinggi sekali. Anggota bawahannya tidak menolak apa-apa yang diputuskan oleh Pengerusi dan Presidennya. Anggota parti itu senantiasa menyedari akan keadaan diri mereka yang kecil dan memerlukan bersatu. Parti itu bernasih baik ada tokoh spiritual hebat.

Sedar apa yang berlaku di luar.
Parti komponen, harus menyedari dan bijak menebak apa yang berlaku di luar lingkungan mereka terutamanya yang dihadapi parti pembangkang Umno dan PAS. Walaupun keadaan Umno hari ini penuh dengan masalahan, penuh kedukaan tetapi jangan mudah pandang kecil kepada parti itu. Umno adalah parti yang tertua tentu mempunyai banyak keistimewaannya.

Ia boleh bangkit bila-bila masa kerana Umno mempunyai rangka yang kuat dan besar. Umpama kepada sebuah rumah pesaka, rangkanya kuat dan segala peralatan dibina dengan kayu hutan terpilih. Struktur asalnya, dari segi semangat dan ideologi tidak berubah. Jika ia diperbaiki semula dalam semangat baharu, menggunakan pakar arkitek muda jangan terkejut Umno boleh bangkit kembali.
Demikian juga Pas. Parti agama itu juga seperti rumah pesaka mempunyai kerangka yang baik. Ia adalah rumah pesaka kembar kepada Umno. Rumah pesaka yang sama nilai dengan Umno. Jika rumah pesaka ini diubah suai dan menggunakan peralatan moden, sedia membuat segala macam azimat khurafah ia akan menjadi kuat dan lebih menarik.

PH tidak boleh memandang kecil kepada kebangkitan kedua-dua buah parti ini. Semoga sahaja tahun baharu 2019, memberi inspirasi baharu kepada Pas dan Umno untuk merangka strategi bersama bagi menghadapi PH. PH kena berhati-hati. Perlawanan dalam Piraum ke 15 dijangka lebih menarik. [wm. 8:20 pm 29/12/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/12/mengenang-sejarah-2018-menanti-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun 2019 Tahun Rakyat Menuntut Janji Pakatan Harapan

Tahun 2019 Tahun Rakyat Menuntut Janji Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 537 hits
Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2018 dan mulai esok kita akan melangkah ke hari baru tahun 2019 Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019 Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka pahit dan manis buat kita semua Tet...
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1243 hits
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai Assalamualaikum tahun baru macam biasa lambat update haha sha agak busy kebelakangan ni memandangkan mertua sha datang rumah time cuti sekolah ni memang tiada masa nak buka laptop apapun masih belu...
Kenangan 2018 Harapan 2019

Kenangan 2018 Harapan 2019

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 420 hits
Oleh Ridzwan Abu Bakar 1 Masa berputar dengan begitu cepat sehingga kita tak terasa putarannya rasa baru sangat kita sambut tahun baru rupanya tak lebih dari seminggu tahun baru yang baru bakal menjelma pula 2 Inilah hakikat akhir zaman sep...
Selepas 2018 Tahun 2019 Ujian Sebenar Kerajaan Ph

Selepas 2018 Tahun 2019 Ujian Sebenar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 364 hits
Dec 30 2018 0 Comments TEMPOH pemerintahan Pakatan Harapan menjelang tahun 2019 ini akan memasuki fasa kedua iaitu fasa yang mencabar dan menggugat selepas melepasi fasa bulan madu sejak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Sejak 9 Mei 2018
Muhasabah Akhir Tahun Bersama Milenial Ini Harapan Sandiaga Uno Di Tahun 2019

Muhasabah Akhir Tahun Bersama Milenial Ini Harapan Sandiaga Uno Di Tahun 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 255 hits
Cawapres Sandiaga Uno merayakan malam pergantian tahun baru dengan Bermuhasabah Akhir Tahun bersama minelial di Masjid At Taqwa Jl Sriwijaya Raya Selong Kebayoran Baru Jakarta Selatan Senin malam Sandiaga apresiasi minelial yang merayakan a...
Ulangi Sejarah Ratu Filipina Catriona Gray Dimahkotakan Sebagai Miss Universe Tahun 2018

Ulangi Sejarah Ratu Filipina Catriona Gray Dimahkotakan Sebagai Miss Universe Tahun 2018

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 429 hits
Peserta dari Filipina Catriona Graydinobatkan sebagai Miss Universe 2018 di Bangkok Thailand bagi edisi ke 67 penganjuran Miss Universe Catrional berusia 24 tahun merupakan model berdarah Filipina Australia yang juga berprofesi sebagai peny...
Pm Sifatkan 2018 Tahun Mencabar Doa Lebih Kejayaan Pada 2019

Pm Sifatkan 2018 Tahun Mencabar Doa Lebih Kejayaan Pada 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 347 hits
Diterbitkan Hari ini 11 02 malam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendoakan agar kehadiran tahun baru akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan yang lebih tinggi Katanya 2018 adalah tahun yang mencab...
Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 531 hits
Bagi sambutan malam tahun baru 2019 diantara pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza Kisah cinta mereka menjadi berita hangat yang diperkatakan ramai apatah lagi keduanya merupakan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi