Tahnik Belah Mulut



Tahnik | belah mulut
Kalau sebelum ni aku dah share pasal amalan cukur rambut bayi, kali ni aku nak cerita pasal tahnik pulak. Sebab hari tu lepas je aku cukur rambut Ali, terus aku dengan pak mentua aku buat amalan tahnik pulak.

Dalil tahnik
hadis daripada Anas bin Malik RA, katanya:

“Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar”. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”
(Riwayat Muslim (2144), lihat syarh sahih muslim, jld. 7 hlm. 269)
Hadis seterusnya, daripada Abu Musa RA, katanya:
“Aku dikurniakan seorang anak lelaki membawanya menemui Rasulullah SAW. Baginda pun menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan tamar dan mendoakannya dengan barakah lalu memulangkannya kepadaku. Adalah dia anak lelaki yang paling tua Abi Musa”
Riwayat al-Bukhari (6198)
Hadis yang lain pula, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
“Kanak-kanak lelaki dibawa menemui Rasulullah SAW, lalu baginda mendoakannya semoga diberkati Allah dan mentahniknya.”
Riwayat Muslim (2147)
Bahan tahnik

Masa kami tahnikkan Ali, kami pakai kurma dengan air zam-zam je. Ambik isi kurma, letak dalam mangkuk kecil beserta sedikit air zam-zam. Lenyekkan kemudian pak mentua aku masukkan sedikit dalam mulut bayi menggunakan jari yang bersih.

Kalau ikut hadis diatas, nabi kunyah kurma, tak pakai air. Kalau tak nak kunyah, boleh pakai air zam-zam kalau ada. Kalau tak ada, boleh pakai air biasa. Sikit saja, jangan banyak. Kenapa air zamzam? Sebab air tu ada keberkatan. Ada dalil mengharuskan guna air zamzam.

Dalam kitab Akhbar Makkah karangan Al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, “aku perlu bawa air zamzam?” jawab Ata’:
“Ya, sesungguhnya Rasulullah SAW membawa air zamzam dalam botol lalu mentahnikkan Hassan dan Hussein dengannya menggunakan tamar ajwah.”
(Al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198)
Afdhal dan sunnah guna kurma, sepertimana hadis diatas. kalau dapat kurma ajwah lebih baik. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pendapat yang mengatakan, kalau tiada kurma boleh digantikan dengan makanan semula jadi yang manis yang tidak dimasak, contohnya madu.

Akan tetapi, aku sangat tak galakkan penggunaan madu kepada bayi. Sebab dalam madu ada bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan kepada bayi. Bakteria ni hanya terkesan kepada bayi sebab "bakteria baik" dalam perut bayi belum cukup berkembang untuk melawan "bakteria jahat" ni.

Siapa patut tahnikkan?

Kalau ikut kebiasaan orang buat, selalunya bapak budak akan bawa baby jumpa orang yang soleh dan bertakwa, meminta untuk mentahniknya dan mendoakannya supaya beroleh kebajikan dan keberkatan.

Amalan ni ada sandarannya, berdasarkan hadis-hadis yang kebanyakan para sahabat membawa bayi kepada Rasulullah SAW untuk ditahnikkan.

Dalam al-Mu’tamad menyebut, tahnik lebih patut dilakukan di kalangan orang yang soleh untuk berdoa kepada bayi yang baru dilahirkan dan jika sekiranya tiada yang lelaki, maka perempuan yang solehah juga boleh melakukannya.

Begitu juga kata imam An-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas Bin Malik di atas menyebut antara pengajaran hadis tersebut adalah:
“sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita, dan boleh bertabarruk dengan kesan-kesan orang soleh”
(Syarh Sahih Muslim jld. 7 hlm. 269) 

Tapi, kalau bapak atau datuk sendiri yang nak tahnikkan bayi, tak ada masalah. Sebab ada juga sebahagian ulamak yang menolak pandangan tersebut atas dasar, keberkatan tahnik hanya pada Rasulullah SAW kerana selepas kewafatan Rasulullah SAW, tiada riwayat mengisahkan ramai orang berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, dan yang lain-lainnya untuk meminta mereka melakukan tahnik.

Wallahu a’lam.


entri berkaitan :
1. cukur jambul
2. tahnik 
3. aqiqah (cooming soon)

Sumber dan rujukan : 
1. Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani. Belah Mulut Bayi Anda. Addeen. Dipetik dari http://www.addeen.my/index.php/keluarga/anak-anak/item/66-belah-mulut-bayi-anda
2. Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (2016 Aug 26). AL-KAFI #367 : KAEDAH TAHNIK ANAK YANG BARU LAHIR. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dipetik dari http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1320-al-kafi-367-kaedah-tahnik-anak-yang-baru-lahir
3. Rai Illani. (2017 Sept 12). Bahaya madu kepada anak kecil walaupun untuk bertahnik. Iluminasi, dipetik dari https://iluminasi.com/bm/bahaya-madu-kepada-anak-kecil-walaupun-untuk-bertahnik.html
4. Abdulla, C. O., Ayubi, A., Zulfiquer, F., Santhanam, G., Ahmed, M. A., & Deeb, J. (2012). Infant botulism following honey ingestion. BMJ case reports, 2012, bcr1120115153. doi:10.1136/bcr.11.2011.5153
5. Jay L. Hoecker. (2018 May 15). How can I protect my baby from infant botulism? Mayo Clinic. dipetik dari https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/infant-botulism/faq-20058477



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.budakpening.com/2019/02/tahnik-belah-mulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inul Daratista Ladeni Orang Yang Bilang Fotonya Editan Jaga Mulut Itu Penting Memang

Inul Daratista Ladeni Orang Yang Bilang Fotonya Editan Jaga Mulut Itu Penting Memang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 354 hits
Inul juga manusia bisa kesal dan marah kapan saja Tapi logat Jawa Timurnya itu lho bikin salah fokus
Syed Saddiq Buka Mulut Isu Abang Emma Maembong

Syed Saddiq Buka Mulut Isu Abang Emma Maembong

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 834 hits
Beberapa hari lalu tular di media sosial beberapa keping gambar mesra Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah yang juga merupakan abang The post appeared first on
Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 464 hits
Susulan kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam awal Januari lalu salah seorang finalis The post appeared first on
Cekcok Adu Mulut Seorang Pemuda Tewas Dikeroyok Di Cilacap

Cekcok Adu Mulut Seorang Pemuda Tewas Dikeroyok Di Cilacap

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 295 hits
Pengeroyokan tersebut dipicu pertengkaran dan cekcok mulut antara korban dan para pelaku Sebelumnya mereka sempat sama sama menenggak minum minuman keras
Akhirnya Sufian Buka Mulut Mengenai Gambarnya Dengan Perempuan Misteri

Akhirnya Sufian Buka Mulut Mengenai Gambarnya Dengan Perempuan Misteri

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 759 hits
BELUM pun reda dengan kontroversi pelamin di Anugerah Juara Lagu ke 33 nama Sufian Suhaimi terus mendapat perhatian netizen apabila foto seakan akan dirinya sedang tidur bersama seorang wanita tersebar di laman sosial Menerusi foto yang di ...
Selepas Anak Demam Naik Bintik Merah Keliling Mulut Tapak Tangan Dan Kaki Mungkin Hfmd

Selepas Anak Demam Naik Bintik Merah Keliling Mulut Tapak Tangan Dan Kaki Mungkin Hfmd

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 811 hits
Penyakit tangan kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand Foot and Mouth Disease adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus Ia merebak melalui sentuhan secara l...
6 Makanan Dan Minuman Yang Bisa Menyebabkan Bau Badan Dan Mulut

6 Makanan Dan Minuman Yang Bisa Menyebabkan Bau Badan Dan Mulut

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 268 hits
Terdapat berbagai makanan yang bisa menyebabkan sejumlah masalah dan menimbulkan bau pada mulut kamu Daging merah bawang putih makanan berserat alkohol junk food dan produk susu merupakan makanan yang bisa menyebabkan bau mulut
Ecrl Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

Ecrl Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 383 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar tidak memberi sebarang kenyataan membabitkan projek Laluan Rel Pantai Timur Saya telah berjumpa Dr Mahathir pagi tadi dan diminta tidak membuat sebarang ...
Lelaki Ini Tak Puas Hati Dengan Isteri Kerana Selalu Bersedekah Akhirnya Isteri Buka Mulut Buat Dia Terkejut

Lelaki Ini Tak Puas Hati Dengan Isteri Kerana Selalu Bersedekah Akhirnya Isteri Buka Mulut Buat Dia Terkejut

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 386 hits
Lelaki Ini TAK PUAS HATI Dengan Isteri Kerana Selalu BERSEDEKAH Akhirnya Isteri Buka Mulut Buat Dia TERKEJUT Salam saya nak cerita tentang isteri saya Isteri saya ini orangnya biasa biasa sahaja Biasa yang bermaksud biasalah Haha Suatu hari...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh