Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok


Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok
KUALA KETIL — Kerajaan negeri Kedah bersedia memperhalusi dan memperakui program pensijilan pondok dalam memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok selaras dengan landskap pendidikan negeri.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha ini akan diperkukuhkan melalui penambahbaikan struktur pentadbiran, penaiktarafan kemudahan serta mewujudkan laluan akademik.
Ia bagi memastikan lepasan pondok memperoleh pengiktirafan sah seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif agar graduan pondok dapat diiktiraf sebagai sumber model insan yang berilmu dan kompeten untuk berkhidmat dalam sektor agama, pendidikan, sosial dan pentadbiran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penghormatan dan Penghargaan Lepasan Pondok peringkat negeri di Dewan Tunku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), hari ini.
Tambah beliau, kerajaan negeri akan menggembeleng usaha tersebut bersama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Yayasan Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) untuk memperkasakan dan mengangkat sistem pendidikan pondok secara menyeluruh.
“Usaha tersebut adalah sejajar dengan pelan pembangunan ilmu yang holistik yang dibawa oleh kerajaan negeri melalui gagasan “Cordoba of Kedah”. “Melalui gagasan ini, diharapkan Kedah bukan sekadar negeri yang makmur ekonominya, tetapi juga sejahtera jiwanya, negeri yang umara’, ulamak dan cendekiawannya sentiasa berganding bahu bagi menghasilkan kesejahteraan untuk dinikmati bersama rakyat yang berilmu, beradab dan beriman,” ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Sanusi berkata telah ada kajian hasil kerjasama antara Yayasan Islam Negeri Kedah, ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), UniSHAMS, Jabatan Mufti, MAIK, JHEAIK.
Ia termasuk tuan guru pondok sendiri dalam usaha mewujudkan program pensijilan pondok di Kedah buat julung kalinya.
Tambahnya, usaha mengangkat martabat guru-guru pondok ini akan diterjemahkan melalui dasar, pengiktirafan dan sokongan berterusan, selain menjadikan institusi pondok sebagai pusat pembinaan insan, pengislahan masyarakat serta pengukuhan nilai Islam dalam seluruh sistem kehidupan rakyat di Kedah.
“Kerajaan negeri akan terus berdiri teguh bersama tuan-tuan guru dan seluruh institusi pondok dalam membina negeri yang diberkati dan dirahmati Allah SWT.
“Pengiktirafan sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang berikutan tuan guru banyak berjasa dalam melahirkan generasi rabbani di negeri ini.
“Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati negeri Kedah agar negeri ini berada dalam kesejahteraan, manakala nikmatnya melimpahi untuk semua,” maklumnya lagi.
https://www.facebook.com/mediaupda/posts/pfbid02wifCLyL35NAD3t2jeiaAsiqqJAjKVNUq3WCytDLaztEzGQJTvPASL5gn9NSw83TEl
Sumber: Fb Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA
The post Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/23/kedah-sedia-perhalusi-perakuan-pensijilan-lepasan-pondok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang

Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 174 hits
Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang Kerajaan negeri Kedah kini dalam peringkat untuk memuktamadkan pelantikan peguam bagi melaksanakan analisis penyediaan dokumen serta proses perundangan di mahkamah berhu...
Bukit Selambau Water Project Risks Becoming White Elephant Kedah Rep

Bukit Selambau Water Project Risks Becoming White Elephant Kedah Rep

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 108 hits
The upgrade of the Bukit Selambau Water Treatment Plant in Sungai Petani is facing serious delays and risks turning into a white elephant project following its third extension of time which ends on Nov 16 Kedah legislative assembly oppositi...
Royalty Kepada Kedah

Royalty Kepada Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 151 hits
PULAU PINANG KENA BAYAR ROYALTY PADA KEDAH SANUSISanusi Md Nor berhubung rancangannya memfailkan cabaran undang undang dalam usaha Menteri Besar Kedah itu menuntut Putrajaya membayar royalti yang lebih tinggi kepada Kedah berhubung bayaran ...
Tu Dia Weii Ni Kajian Budget Kedah Rakyat Kedah Jadi Penderma

Tu Dia Weii Ni Kajian Budget Kedah Rakyat Kedah Jadi Penderma

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 133 hits
BAJET KEDAH RM1 33 BILLION KUTIP DARI TITIK PELUH TANAH RAKYAT 1 Sidang DUN kali ini akhirnya membuka pekung yang lama disembunyikan Bukan sekadar kenaikan cukai tanah tetapi keseluruhan Bajet Kedah 2026 menunjukkan negeri ini sebenarnya be...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 166 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
Tindakan Sanusi Bahaya Buat Kedah

Tindakan Sanusi Bahaya Buat Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 124 hits
Che IbrahimJika tuntutan tersebut berjaya maknanya Sanusi sengaja mahu serahkan Kedah kepada DAP
Woii Sanusi Hang Pi La Cari Duit Billion Billion Cina Dap Beli Kedah Habis Tanah Melayu

Woii Sanusi Hang Pi La Cari Duit Billion Billion Cina Dap Beli Kedah Habis Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 116 hits
Perlembagaan Batal Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah Ramkarpal Singh berkata Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia termasuk Pulau Pinang KUALA LUMPUR 12 Nov Kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengata...
Cukai Taksiran Alor Setar Naik 245 Kedah Dah Jadi Negeri Jibayah Ke

Cukai Taksiran Alor Setar Naik 245 Kedah Dah Jadi Negeri Jibayah Ke

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 145 hits
HarapandailyAHMAD MURSIHangit dan berasap walaun dan ustaz ustaz Pas cuba pertahan kenaikan cukai pintu di MBAS Kedah Sebenarnya walaun tak perlu pun jelaskan kenapa cukai taksiran naik Kebodohan tu ada pada penyokong Pas sendiri Rakyat yan...
Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari

Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi Atau Tidak

10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

Sebab Di Sebalik Setiap Yang Kita Lalui

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

What If The 2 Stroke Twin Enduro That Suzuki Never Made


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zahid Laung Amaran Penalti Rm50 Juta Jika Adun Bn Cuba Lompat Parti

Sambal Ikan Bilis Petai

Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok

Ismail Marzuki Gugur Bunga Chord

Kedah Pula Mula Banjir Pps Dibuka Di Kulim

Tun M Backs Kedah S Rm100mil Annual Claim On Penang Citing Soaring Land Prices