Selepas Anak Demam Naik Bintik Merah Keliling Mulut Tapak Tangan Dan Kaki Mungkin Hfmd


Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan.
Taska adalah tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit HFMD. Aktiviti harian seperti sukaneka dan kerja berkumpulan menyebabkan mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti.

Simptom
Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.
Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun, ada sesetengah kes membabitkan komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.

Rawatan
Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Ada juga kes kematian disebabkan oleh jangkitan penyakit HFMD, namun ia jarang berlaku.
Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanapun, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamol boleh diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakit-sakit badan dan sebagainya.
Selain itu, gel mulut juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedih yang disebabkan oleh kewujudan ulser di bahagian dalam mulut. Ruam di bahagian tapak tangan dan kaki lazimnya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Seterusnya, pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya bagi mengelakkan gejala dehidrasi berlaku.

 
Pencegahan
Pada masa kini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanapun, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan penjaga seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan betul guna air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak. Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.
Bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini, ibu bapa dan penjaga kepada pesakit HFMD dinasihatkan untuk elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar penyakit ini tidak merebak.
Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan untuk membawa anak yang disyaki menghidap jangkitan HFMD berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Penting untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dan tidak langsung pesakit HFMD dan orang lain.

Anak juga harus diajar untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Nurul Nasrah Mohd Ariffin dan Pegawai Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar (Metro)
The post Selepas Anak Demam, Naik Bintik Merah Keliling Mulut, Tapak Tangan Dan Kaki Mungkin HFMD appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/selepas-anak-demam-naik-bintik-merah-keliling-mulut-tapak-tangan-dan-kaki-mungkin-hfmd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demam Ulser Bintik Merah Bapa Kongsi Pengalaman Cemas Anak Dijangkiti Hmfd Dalam Pa Ma Tv

Demam Ulser Bintik Merah Bapa Kongsi Pengalaman Cemas Anak Dijangkiti Hmfd Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 405 hits
Demam tumbuh bintik merah ulser Bapa ini kongsi pengalamannya apabila si anak dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut dalam Pa Ma TV Encik Zulkfli Zainal berkongsi tentang pengalamannya mengendalikan situasi cemas apabila anaknya Ziqri Ad...
Tanpa Demam Tinggi Dan Bintik Merah Dbd Ternyata Juga Bisa Muncul

Tanpa Demam Tinggi Dan Bintik Merah Dbd Ternyata Juga Bisa Muncul

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 244 hits
Tapi kadang kadang gejalanya tidak khas Belum sampai muncul bintik bintik merah atau demam hanya sedikit sedikit itu kadang kadang sudah demam berdarah kata Direktur Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Tular Vektor dan Zoonotik Kementerian...
Kaki Imraan Mungkin Akan Dipotong Selepas Gigitan Serangga Di Kaki Dijangkiti Bakteria Pemakan Daging

Kaki Imraan Mungkin Akan Dipotong Selepas Gigitan Serangga Di Kaki Dijangkiti Bakteria Pemakan Daging

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 667 hits
Kaki Imraan mungkin akan dipotong selepas gigitan serangga di kaki dijangkiti bakteria pemakan dagingKebiasaannya kita mengabaikan kesan gigitan serangga kerana ia akan pulih sendiri dalam masa yang singkat Namun kita selalu dinasihatkan un...
Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1373 hits
Bila anak batuk non stop ni selalunya selain makan ubat urut atau picit di point tertentu pun boleh legakan batuk Bagi Puan yang juga seorang ibu teknik urutan ketika anaknya batuk antara alternatif yang dibuat selain makan ubat dan kesanny...
Anak Nyaris Maut Akibat Dijangkiti Virus Selepas Bibirnya Dicium Saudaranya Yang Demam

Anak Nyaris Maut Akibat Dijangkiti Virus Selepas Bibirnya Dicium Saudaranya Yang Demam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 722 hits
Anak nyaris maut akibat dijangkiti virus selepas bibirnya dicium saudaranya yang demamGolongan ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata seringkali dinasihatkan agar tidak mendedahkan bayi mereka kepada orang ramai kerana tahap keimunan ...
Kasih Seorang Ayah Tiada Gantinya Sanggup Terjun Sungai Gigit Kaki Buaya Selamatkan Anak Daripada Terus Dibaham

Kasih Seorang Ayah Tiada Gantinya Sanggup Terjun Sungai Gigit Kaki Buaya Selamatkan Anak Daripada Terus Dibaham

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 314 hits
Kerana kasihkan anak seorang lelaki sanggup memba hayakan diri apabila sanggup meng gigit kaki seekor buaya bagi menyelamatkan anaknya yang ketika itu ditarik oleh pemangsa gan as ke dalam air dalam kejadian yang berlaku di Filipina Deigo A...
6 Sebab Berat Naik Selepas Kahwin

6 Sebab Berat Naik Selepas Kahwin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1385 hits
Kebanyakan wanita memang akan naik berat lepas kahwin MF sendiri lepas kahwin anak pertama tak naik sangat lagi Masuk anak ketiga dan keempat Huhu Berat naik tanpa diundang pula Walaupun berat tu masih paras BMI normal tapi sebab tak biasa ...
Anak Lelaki Maria Chin Stabil Selepas Pembedahan

Anak Lelaki Maria Chin Stabil Selepas Pembedahan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 266 hits
Pemuda berusia 26 tahun itu ditikam di perut dalam satu cubaan merompaknya semalam
Parents Pemalas Guna Lift Sehingga Anak Jatuh Netizen Ini Teruk Dihentam Selepas Salahkan Ibu Bapa Tersebut

Parents Pemalas Guna Lift Sehingga Anak Jatuh Netizen Ini Teruk Dihentam Selepas Salahkan Ibu Bapa Tersebut

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 716 hits
Bila sudah jadi ibu bapa bermacam macam tanggungjawab yang perlu anda ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy Tersilap langkah boleh membawa padah pada anak anak Baru baru ni viral di kejadian seorang bayi terg...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni