7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional
Dalam landskap kewangan Malaysia yang semakin berkembang, pemahaman tentang perbezaan antara pembiayaan Islamik dan loan bank konvensional menjadi semakin penting.
Ramai pengguna keliru dan menganggap kedua-dua sistem ini sama, sedangkan terdapat perbezaan asas dari segi falsafah, struktur dan pelaksanaan.
Memahami perbezaannya bukan sahaja memudahkan pengguna membuat pilihan terbaik, malah penting bagi memastikan urusan kewangan selari dengan prinsip yang dipegang, termasuk pematuhan Syariah.
1. Perbezaan Asas Falsafah dan Prinsip

Perbezaan utama antara pembiayaan islamik dan konvensional adalah daripada aspek asas falsafah dan prinsip.
embiayaan Islamik berlandaskan Maqasid Syariah yang menekankan keadilan untuk semua pihak, penghapusan eksploitasi, kesejahteraan masyarakat, serta kepatuhan kepada prinsip halal dan haram.
Manakala loan konvensional berasaskan prinsip kapitalis yang memfokuskan kepada memaksimumkan keuntungan, kompetitif bebas, dan penggunaan kadar bunga sebagai mekanisme harga.
Falsafah ini menjadikan pembiayaan Islamik bukan sekadar produk kewangan, tetapi sistem nilai yang komprehensif.
Rasulullah SAW bersabda: “Penjual dan pembeli mempunyai kebebasan (untuk meneruskan atau membatalkan transaksi) selagi mereka belum berpisah.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pentingnya kerelaan dalam transaksi.
2. Struktur Kontrak dan Hubungan Pihak
Pembiayaan Islamik menggunakan pelbagai kontrak syariah termasuk Murabahah (jual beli dengan margin keuntungan), Mudharabah (perkongsian keuntungan), Musyarakah (perkongsian modal), Ijarah (sewa), dan Wakalah (agensi).
Sebaliknya, loan konvensional menggunakan satu bentuk kontrak utama iaitu perjanjian pinjaman wang yang mewujudkan hubungan pemberi pinjam dan peminjam dengan obligasi pembayaran balik dengan bunga.
Dalam pembiayaan Islamik, hubungan bank dan pelanggan adalah perkongsian, bukannya hubungan hutang-piutang semata-mata.
3. Konsep Keuntungan vs Bunga
Inilah perbezaan paling asas antara kedua-dua sistem.
Pembiayaan Islamik menghasilkan keuntungan dari jualan aset atau perkongsian yang berasaskan ekonomi sebenar, dengan berkongsi risiko dan keuntungan serta menetapkan harga secara transparen.
Sebaliknya, loan konvensional mengenakan bunga atas pinjaman wang dengan kadar tetap atau berubah berdasarkan pasaran, tanpa berkongsi risiko dengan peminjam dan berasaskan konsep time value of money.
Allah SWT berfirman: “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah: 275).
Artikel berkaitan: 10 Fakta & Mitos Tentang Perbankan Islam
4. Pengurusan Risiko dan Pembahagian Kerugian

Sumber: The Edge Malaysia
Perbezaan antara pembiayaan islamik dan konvensional juga boleh dilihat daripada aspek pengurusan risiko dan pembahagian kerugian.
Pembiayaan Islamik mengamalkan konsep perkongsian risiko dimana kerugian ditanggung mengikut nisbah pelaburan, fleksibel dalam keadaan kesukaran, dan mengamalkan konsep ‘al-ghunm bil-ghurm’ (keuntungan datang dengan risiko).
Sebaliknya, loan konvensional meletakkan risiko dipikul sepenuhnya oleh peminjam dengan bayaran tetap tanpa mengira keadaan, mengenakan penalti untuk bayaran lewat, dan bergantung kepada perlindungan melalui cagaran dan insurans.
Dalam sistem Islam, jika berlaku kerugian bukan disebabkan kecuaian, kedua-dua pihak menanggung kerugian secara adil.
5. Kepatuhan Syariah dan Pengawasan
Pembiayaan Islamik memerlukan Shariah Committee, audit syariah berkala, pematuhan kepada resolusi syariah, dan setiap produk mesti mendapat kelulusan sebelum dilancar.
Manakala loan konvensional hanya memerlukan pematuhan undang-undang sivil tanpa keperluan jawatankuasa syariah dan lebih fokus kepada keuntungan dan kepatuhan undang-undang.
Setiap produk pembiayaan Islamik di Malaysia mesti mendapat kelulusan dari Shariah Committee bank tersebut dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
6. Keterikatan dengan Ekonomi Sebenar
Pembiayaan Islamik terikat dengan aset sebenar dimana setiap transaksi mesti mempunyai underlying asset, membiayai aktiviti ekonomi produktif, dan mengelak dari spekulasi.
Sebaliknya, loan konvensional boleh wujud tanpa aset sebenar, sering melibatkan spekulasi kewangan, dan boleh mencipta wang dari wang.
Ciri ini menjadikan sistem kewangan Islam lebih stabil dan kurang terdedah kepada gelembung kewangan.
7. Pendekatan Terhadap Masalah Pembayaran

Pembiayaan Islamik bersikap fleksibel dalam keadaan kesukaran, menggalakkan penstrukturan semula, tidak mengenakan penalti tambahan, dan mengamalkan konsep ‘ihsan’ (kebaikan).
Manakala loan konvensional mengenakan caj lewat bayar dan penalti, mengambil tindakan undang-undang segera, boleh menyebabkan lingkaran hutang, dan kurang fleksibiliti.
Islam menggalakkan sikap bertolak ansur terhadap mereka yang dalam kesukaran. Firman Allah: “Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tempoh sampai dia berkelapangan.” (Surah Al-Baqarah: 280)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/perbezaan-pembiayaan-islamik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perbezaan-pembiayaan-islamik