Tahniah Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah diucapkan buat Hannah Delisha kerana menjadi Duta Jenama Elegant Cosmetics | Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru dari Elegant Cosmetics. Bertempat di Hotel Tenera, Bangi, majlis yang diadakan pada 17 Mac 2023 ini turut mengumumkan Hannah Delisha sebagai duta jenama mereka
PELANCARAN PRODUK TERBARU ELEGANT COSMETICS EADOS
Untuk anda yang aktif di aplikasi TikTok pastinya sudah mendengar nama jenama Elegant Cosmetics yang produknya sering direview oleh para pempengaruh. Untuk maklumat, Elegant Cosmetics bermula pada tahun 2020 dengan produk Elegan Cosmetics Whitening Emulsion sebagai produk pertama
Bermula dengan produk tersebut, Elegant Cosmetics terus maju melancarkan beberapa produk lain dan terkini, melancarkan pula produk ke lapan mereka iaitu Elegant Cosmetics EADOS Serum.
Serum ini dihasilkan dengan teknologi oil infused water yang mana mampu memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk semua jenis kulit. Berasaskan air yang mampu memudarkan parut, melembapkan kulit, memberi efek tona lebih sekata, melembutkan dan mencerahkan wajah, mengecilkan pori-pori dan pelbagai lagi
Encik Fitri Khai, Pengasas Bersama Elegant Cosmetics berkata,
"Setiap produk yang dihasilkan oleh Elegant Cosmetics melalui proses ujian makmal. Ujian makmal ini dilakukan untuk mengesan kehadiran barang kimia terlarang dan ternyata semua produk Elegant Cosmetics bebas dari unsur bahaya kepada kulit manusia
Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga produk Elegant Cosmetics iaitu Detox Cleanser, LipGlass dan Cheeky Blush yang dihasilkan sepenuhnya di Korea. Selain itu, Elegant Cosmetics juga sudah memasuki pasaran negara jiran seperti Brunei, Singapura dan juga Indonesia.
Encik Fitri turut menjelaskan bahawa Elegant Cosmetics juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar ia lebih yakin digunakan oleh pengguna dan membantu para ejen dan stokis Elegant Cosmetics untuk menjana pendapatan dengan lebih kompetitif
Untuk pembelian produk pula, buat masa ini, untuk pembelian produk Elegant Cosmetics hanya menerusi sistem ejen dan stokis sahaja. Walaubagaimanapun anda jangan risau kerana produk Elegant Cosmetics bakal muncul di salah satu lokasi barang kecantikan terkemuka iaitu Sephora.
PELANTIKAN HANNAH DELISHA DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS
Hannah Delisha, siapa yang tidak kenal pelakon serba cantik dan berbakat besar ini. Pada malam yang serba meriah tersebut, beliau telah dilantik sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics. Penampilan beliau yang cantik dan personalitinya yang bersih daripada kontroversi pastinya membuatkan orang ramai menyukai beliau
Ditanya tentang mengapa Hannah Delisha dipilih sebagai duta , Encik Fitri Khai menjelaskan,
Hannah Delisha dipilih kerana kecantikannya yang semulajadi serta personaliti beliau. Beliau tidak perlu memakai solekan tebal setiap hari dan kelihatan segar dan cantik sentiasa. Hannah Delisha memiliki kecantikan semulajadi. Untuk kekal tampil cantik menawan, rutin penjagaan wajah adalah perkara utama.
Hannah Delisha yang kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri yang sedang ditayangkan iaitu drama Andai Itu Takdirnya menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mencuba produk Elegant Cosmetics selama dua bulan sebelum bersetuju menjadi duta. Untuk maklumat, drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya ini turut ditaja oleh Elegant Cosmetics.
Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif. Melihat pada kredibiliti syarikat dan juga mencuba sendiri serum dan produk Elegant Cosmetics ternyata sesuai untuk kulit saya. Walaupun produk jenama tempatan, bahan-bahan yang digunakan dalam produk adalah bahan natural atau semulajadi.
Encik Fitri Khai menjelaskan bahawa Hannah Delisha dilantik sebagai duta jenama Elegant Cosmetics yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:
Elegant Cosmetics Whitening EmulsionElegant Cosmetics Night Recovery CreamElegant Cosmetics Cellulose Face ScrubElegant Cosmetics Jeju Detox CleanserElegant Cosmetics Cheeky BlushElegant Cosmetics Shine Lipglass – DianaElegant Cosmetics Shine Lipglass – GiselleElegant Cosmetics EADOS Serum
ELEGANT COSMETICS EADOS SERUM
Aku yakin pasti ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang Elegant Cosmetics EADOS Serum ni kan? Baiklah, EADOS atau nama panjangnya Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS) mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit wajah. Fungsi utama EADOS ini adalah untuk menganjalkan dan melembabkan kulit wajah dan bahan utamanya adalah Hibiscus Sabdariffa yang membantu dalam menghasilkan kolagen.
Elegant Cosmetics EADOS Serum ini boleh digunakan seawal usia 17 tahun dan untuk harganya pula dijual pada harga RM79.00 (30ml) sahaja.
Kepada anda yang nak dapatkan produk terkini Elegant Cosmetics, anda boleh dapatkan sekarang melalui ejen, stokis berdekatan anda atau melalui TikTok Shop Elegant Cosmetics HQ.
ELEGANT COSMETICSLaman Web : https://hqelegant.com/Instagram : https://www.instagram.com/elegantcosmetics.hq/Facebook : https://www.facebook.com/elegantcosmeticshq/
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/03/hannah-delisha-duta-jenama-elegant-cosmetics.html