Pengalaman Pahit Sebagai Blogger Buat Saya Beralih Kepada Penulis Upahan


 Sejak kebelakangan ini, saya menerima jemputan review bagi kerja-kerja sebagai blogger. Jika difikirkan kembali, sudah lama saya tinggalkan kerja review sebagai blogger sejak saya serius menjadi seorang Penulis Upahan ( 2020) yang lebih menjamin pendapatan secara bulanan. Bila kerja -kerja review ni, serius memang penat. Manakan tidak, kadang-kadang bayaran diterima selepas sebulan. Memang tidak berbaloi, sedangkan blogger kena keluarkan duit terlebih dahulu tetapi permintaan daripada klien blogger pelbagai, serta tidak setimpal dengan bayaran. 
 
 
 
Jemputan daripada pihak komaci


 




Alhamdulillah, sebelum saya perlahan-lahan untuk bertukar kerjaya kepada blogger. Allah sudah susun sebaiknya perjalanan hidup saya. Semua orang macam tu kan? erm, paling sedih job saya tiada langsung masa tu. Maklumlah, masa tu muka pun tidak cantik. Dan sekarang pun masih, cuma sekarang saya bina personal branding untuk naikkan nilai saya sebagai seorang penulis upahan. Klien nampak saya sebagai penulis upahan. Masya allah, tabarakallah. Syukur allah berikan saya jalan untuk jana pendapatan sebagai penulis upahan sepenuh masa. 


Perkara yang buat saya lucutkan kerjaya sebagai  Blogger

Invitation hotel review
   
Last saya ambil job review ketika itu adalah makanan. Dan, saya terdengar klien bersembang antara mereka. "Siapa blogger ni? tak popular pun. Saya tak kenal langsung!" 


Cuba anda bayangkan, bila ada suara bercakap macam tu wei. Apa pula perasaan anda? mestilah sedih. Siapa lah saya. Dah lah tak cantik, popular pun tidak. Jadi, saya memang malas dah nak buat job review jika orang rekomen atau saya yang kena pitching klien tersebut. Bidang blogger ni, hanya sesuai yang orangnya garang kot. Macam saya, tidak sesuai sama kali. 








 
 
Klien berbeza dengan penulis upahan  

Melainkan klien itu sendiri datang daripada melalui blog azlinaghostwriter.com . Yang ni memang tahu nilai saya sebagai seorang penulis upahan.
 
Berbeza pula dengan kerjaya sebagai penulis upahan. Sememangnya, tidak memilih rupa untuk menjadi  menulis bagi pihak pelanggan. Disini, klien pilih penulis melalui idea penulis bukannya paras rupa menjadi ukuran. Kerjaya ini lah yang seronok. Bayaran diterima sebelum menulis, kemudian baki bayaran. Erm, kadang-kadang klien yang dah biasa menggunakan servis penulisan saya mereka terus lakukan bayaran penuh. 




Sejak tahun 2020, jika mana-mana klien yang mahukan servis penulisan daripada saya. Hanya penulisan artikel sahaja diterima. Review ke mana-mana majlis memang saya sudah tidak ambil lagi. Kalau ada pun, kemungkinan besar saya akan pass kepada rakan blogger yang lain, yang lebih popular dan cantik. Ehehehe. 




Takde payment erk? sebab tu tak nak ambil job?

 
 
Pernah rakan blogger bertanya soalan diatas. Bukan sebab tiada payment. Tetapi bayaran tidak berbaloi. Malahan, memenatkan fizikal dan mental saya sebenarnya. Sebab dunia freelance saya sebagai penulis upahan perlukan deposit terlebih dahulu sebelum kerja menulis bermula. Tambahan lagi, saya percaya apabila penulis tidak dibayar deposit, berisiko besar untuk ditipu oleh klien. Huhuhu~ lagi pun, nampak klien seolah tidak serius dengan penulis tersebut. 
 
Jika klien direct melalui blog saya, tahu nilai saya. Memang saya akan menerima job bertulis di blog personal.  Dengan umur dah menginjak ke angka 35, saya seolah malas nak bergambar untuk produk-produk sangat. Bagi saya, hanya mahu tonjolkan USP dan VP klien dalam penulisan saya di blog personal.

 
 
Katakan dunia sebenar sebagai penulis upahan berlainan. Misalnya, klien nak minta buatkan copywriting, penulisan artikel, tulis kapsyen, dan perlu transkrip. Ada 4 harga sepatutnya caj tersebut. 
 
Sebagai contoh :
 
Copywriting media sosial RM 50, Penulisan artikel di blog RM 150, jika artikel SEO berlainan caj, Transkrip video ( ikut panjang video ). Kerja transkrip memang sukar sebab perlu dengar serta melihat berulang  video tersebut. 


Itu belum lagi, jika klien buat permintaan tambahan. Semuanya sepatutnya dibincang awal-awal dan ada perjanjian. Itu lah bezanya. Bukan setakat klien jer ada syarat, penulis pun ada juga terma yang klien perlu ikut. Sebab ini juga, saya nampak industri blogger ditindas dan saya awal-awal menarik diri. Huhuhu. 
 
 
Alhamdulillah, klien percayakan servis penulis upahan yang saya jalankan secara serius. Beliau membayar penuh perkhidmatan menulis sebanyak 3 angka untuk copywriting website.


 
 


Brand extension


Alhamdulillah, selain saya menjadi penulis upahan. Saya juga tawarkan Kelas Basic SEO untuk penulis wanita. Semuanya tidak dirancang pun. Semuanya atas permintaan rakan-rakan penulis sebenarnya. Mereka nak belajar tentang ilmu Search Engine Optimization (SEO)  daripada saya. 


Kelas Basic SEO hanya perkara basic sahaja. sebab itu lah, saya hanya buka kepada beginner penulis sahaja. Saya gabungkan ilmu dan study case saya selama menguruskan artikel-artikel SEO klien selama ini. Teknik dan strategi bagi kegunaan artikel dan media sosial. Bagaimana nak jadikan artikel SEO, buat seeding keyword, Penggunaan tools, carian keyword secara manual dan sebagainya. 


Ada yang cakap kelas saya mahal. Saya okay je. Kelas ni pun, bukan keutamaan saya tau. Kalau keutamaan sumber pendapatan saya, saya dah buka 1 kelas 20 orang   pelajar. Tapi ni bukan. Saya masih lagi menulis sebagai seorang ghostwriter ( penulis upahan ). Kelas ni, macam coaching juga. Saya fokus kepada seorang pelajar sahaja satu masa. RM 199 selama 2 hari. Keseluruhan kelas mengambil masa 6 jam. 




Kesimpulannya, tidak kisah lah kerjaya kita apa sekalipun sebagai freelance. Asalkan kita ada ilmu dan kemahiran. Jika tiada 2 perkara ini, kita akan ditindas selama-lamanya. Saya pun, masih juga belajar dalam dunia freelance ini. Alhamdulillah, sebagai sorang ghostwriter. Saya berkebolehan menulis artikel seo, copywriting website, copywriting media sosial, bina content markerting berstrategi, menulis e-book dan jugga manuskrip klien. Selain itu, saya turut menawarkan 15 jenis servis Penulis Upahan

 
Selain menulis sebagai penulis upahan, saya kembangkan karier dengan mengajar penulis baharu wanita yang berminat mendalami Search Engine Optimization. Sebelum mendapat kejayaan begini, sudah banyak saya menerima rejection daripada prospek. 




Ikuti saya di facebook : Nor Azlina Mohd Ali





 
 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/03/pengalaman-pahit-sebagai-blogger-jadi-penulis-upahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Neelofa Dulu Nak Namakan Bilal Sebagai Sulaiman Hadiah Pun Ada Tulis Baby S

Neelofa Dulu Nak Namakan Bilal Sebagai Sulaiman Hadiah Pun Ada Tulis Baby S

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 263 hits
Rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami pendakwah bebas PU Riz diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini hampir memasuki usia satu tahun pada Januari ini Berkongsi cerita Neelofa atau nama sebenar Noor...
Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 355 hits
COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE Assalammualaikum semua Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri Kali ini bukan sekada...
Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comHadi Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid surau Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah kata presiden PAS jelaskan dalam Islam politik dan agama tak boleh dipisahkan MOHD SHAH RIM Arahan Sultan dari nasihat M...
Dulu Dikutuk Sebab Anggap Beg Charles Keith Sebagai Jenama Mewah Kini Dia Dilantik Sebagai Modeling

Dulu Dikutuk Sebab Anggap Beg Charles Keith Sebagai Jenama Mewah Kini Dia Dilantik Sebagai Modeling

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 125 hits
Zoe Gabriel remaja perempuan yang dibuli di media sosial hanya kerana menganggap jenama Charles Keith sebagai jenama barangan mewah kini dilantik menjadi Duta Komuniti Jenama untuk firma berkenaan Gadis berusia 17 tahun itu juga merupakan s...
Jon Bernthal Kembali Sebagai The Punisher Dalam Daredevil Born Again

Jon Bernthal Kembali Sebagai The Punisher Dalam Daredevil Born Again

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 203 hits
Jon Bernthal akan kembali sebagai Frank Castle The Punisher dalam siri terbaru Marvel Stuidos Daredevil Born Again Menurut THR Bernthal sekali lagi akan mengulangi peranan antihero popular Marvel dalam siri Daredevil yang akan datang menyer...
Selangor Lakar Sejarah Melantik Seoang Wanita Sebagai Nazir Masjid Negeri

Selangor Lakar Sejarah Melantik Seoang Wanita Sebagai Nazir Masjid Negeri

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 172 hits
KLANG Selangor melakar sejarah selepas Majlis Agama Islam Selangor melantik seorang wanita sebagai nazir masjid di negeri ini hari ini Pelantikan Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaa...
Gila Tuang Air Oren Dalam Makanan Sebagai Kuah

Gila Tuang Air Oren Dalam Makanan Sebagai Kuah

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 148 hits
Peringatan Allah datang bukan mesti dalam bentuk bala bencana atau mala petaka Ia boleh datang dalam macam macam sifat Contohnya bila kita bercakap semakin merapu rapu Cakap perkara yang buatkan orang semakin benci ataupun tertawakan kita M...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep