Jangan Jadikan Dakwaan Rasuah Sebagai Modal Politik Perkauman




1. Esok TSMY akan didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan dana Jana Wibawa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
 
2. Apa itu Jana Wibawa? Jana Wibawa adalah Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa yang diluluskan oleh kerajaan pada 12 November 2020 semasa TSMY menjadi PM. 


3. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan. 


4. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa bernilai RM6.3 bilion, dan dilaporkan Bersatu menerima sumbangan lebih RM300 juta daripada kontraktor bagi projek ini. Susulan itu, SPRM bertindak membekukan akaun Bersatu. 


5. Dahulunya, semasa Dato Seri Najib bergelumang dengan kes 1MDB dan salah guna kuasa, TSMY menjadi jaguh mendesak DSN didakwa untuk membersihkan negara ini.


6. Peliknya, setelah disiasat hari ini, TSMY bukan mengambil kesempatan untuk membersihkan parti dan dirinya, tetapi mendakwa tuduhan ke atasnya adalah pendakwaan politik terpilih.


7. Tadi pagi, semasa TSMY ke Ibu Pejabat SPRM untuk disiasat, penyokongnya menjerit Lawan Kezaliman, Tolak Kezaliman, Tolak BN, Tolak Anwar, Anwar Pendendam, Hidup Abah, Hancur Anwar, Hancur PH, Bangkit Melayu, dan Bangkit Islam.


8. Apa yang zalimya kerajaan perpaduan dan DSAI apabila TSMY didakwa? Sejak awal lagi, PM telah menyatakan tidak akan campur tangan dalam kes sebegini dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa. 


9. Saya hairan apabila ada yang menyatakan dakwaan ini tidak adil. Apa yang tidak adilnya apabila semua yang terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan ini—KP SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara adalah dilantik sebelum DS Anwar Ibrahim menjadi PM lagi?


10. Saya risau dengan sentimen untuk meletakkan kesalahan pendakwaan itu ke atas bahu PM. Lebih risau lagi apabila kumpulan penyokong TSMY dan PN ini menggunakan isu agama dan kaum untuk menarik simpati orang Melayu. 


11. Kenyataan seperti dakwaan terhadap TSMY bersifat dendam, PH-BN takut pada sokongan orang Melayu, dakwaan terpilih untuk mengalih perhatian bagi menutup isu ROS, dan menyeru orang Islam bermunajat malam ini untuk menolak kezaliman ke atas TSMY adalah bahaya.


12. Bahayanya adalah kerana TSMY dan PN akan terus menggunakan sentimen agama dan perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu. Bahayanya kerana sentimen ini boleh mencetuskan rasa tidak selesa rakyat, huru hara, menakutkan pelabur, dan menjejaskan ketenteraman awam.


13. Kepada penyokong TSMY dan PN, nasihat saya sederhana. Hadapi dakwaan. DS Anwar dan DSN dahulu menghadapi tuduhan tanpa mengaitkan dakwaan ke atas mereka dengan Melayu dan agama.


14. Selepas itu, tunggu keputusan mahkamah. Mahkamah adalah badan bebas yang berhak menentukan keputusan seadilnya. Tambahan pula, pendakwaan terhadap TSMY adalah oleh SPRM yang menyiasat penyalahgunaan wang rakyat tanpa mengira sempadan politik.


15. TSMY hanya didakwa dan beliau belumpun didapati bersalah sehingga mahkamah memutuskan beliau bersalah. Jadi, apa yang perlu kecohnya? Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendokong kerajaan untuk menyelamatkan negara dari rasuah. 


16. Rasuah salah. Kita patut tangkap perasuah. Jika pemimpin menghadapi tuduhan rasuah, kita bicarakan mereka dengan adil. Jangan jadikan rasuah sebagai modal politik perkauman untuk menganggu kestabilan politik negara.


DATO' DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah J-KOM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/jangan-jadikan-dakwaan-rasuah-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Menu Ini Ada Yang Kata Tak Sedap Nanti Jangan Guna Air Oren Ya Sebagai Kuah Nanti Orang Kata Anda Gila

Lihat Menu Ini Ada Yang Kata Tak Sedap Nanti Jangan Guna Air Oren Ya Sebagai Kuah Nanti Orang Kata Anda Gila

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 192 hits
Cuba tengok Menu Rahmah ni Siap sotong lagi Macam ni nak kata berkualiti rendah Macam ni nak kata tekan peniaga Melayu Kerajaan tak wajibkan letak sotong pun Asalkan ada sumber protein Tapi peniaga nak letak sotong sebab apa Sebab dia yakin...
As Bimbang China Jadikan Rantaian Bekalan Sebagai Senjata

As Bimbang China Jadikan Rantaian Bekalan Sebagai Senjata

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 149 hits
AS bimbang China jadikan rantaian bekalan sebagai senjata nbsp Dikemas kini 16 saat yang lalu Diterbitkan pada 9 Mar 2023 9
Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comHadi Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid surau Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah kata presiden PAS jelaskan dalam Islam politik dan agama tak boleh dipisahkan MOHD SHAH RIM Arahan Sultan dari nasihat M...
Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 355 hits
COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE Assalammualaikum semua Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri Kali ini bukan sekada...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias