Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10


TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10 | Assalammualaikum semua! Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022. Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teruja. Setelah memenangi PRU15, fasa seterusnya melantik Perdana Menteri. 
Tahun 2022 telah melakar sejarahnya yang tersendiri dimana pemilihan Perdana Menteri ke-10 melibatkan pelbagai pihak. Parti Politik nak bergabung satu hal. Malah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga merujuk Majlis Raja-Raja. Ruby bangga dengan tindakan pantas YDPA dan Raja-Raja Melayu. Dirgahayu Tuanku

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

24 November 2022 tepat jam 5PM, sejarah Malaysia tercipta. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Terus udara sekeliling berubah di saat menonton lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di lstana Negara. Menitis air mata. Elok pula hujan renyai-renyai di Ukay Perdana ni. 
Inilah keunikan Pemerintahan Beraja dalam Sistem Demokrasi Malaysia. Sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi

PERBINCANGAN KHAS RAJA-RAJA MELAYU PADA 24 NOVEMBER 2022
Dirgahayu Tuanku! 
Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.
Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.40 pagi dengan membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, diikuti konvoi kenderaan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 10.21 pagi.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula berangkat tiba pada 10.29 pagi, disusuli Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10.46 pagi, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pintu utama Istana Negara ditutup pada 11 pagi.
Perbincangan khas itu akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Seri Paduka telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu di Istana Negara.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya. 




Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu susulan daripada sesi menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara semalam manakala sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan pula pada Selasa.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lepas berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.
Pada PRU itu, PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), masing-masing menang satu kerusi.
Sementara itu, hari ini juga berlangsung proses penamaan calon bagi pilihan raya kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang diadakan serentak susulan kematian calon di kedua-dua kerusi berkenaan sebelum hari pengundian PRU15. - MalaysiaKini

ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI KE-10
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada pukul 5 petang.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi tadi bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diriingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Sejurus mengangkat sumpah, Ahli Parlimen Tambun itu menandatangani beberapa dokumen berkaitan sebelum upacara itu diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.
Upacara disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Pemimpin parti politik yang hadir ialah pemimpin parti komponen PH iaitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Turut hadir, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, serta anak-anak dan menantu Anwar.
Buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan pilihan raya umum berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.
PRU15 pada 19 Nov menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui PH. – BERNAMA

SIDANG MEDIA PERTAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10
Selepas perlantikan, pastinya kita sebagai rakyat menanti sidang media PM10. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 ditemani isteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail mengadakan sidang media secara langsung dari Sg Long, Kajang, Selangor


Antara intipati kenyataan media pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri: 
1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli
2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak
3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama
4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi  
5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan
6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini
7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri
8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara
ANWAR IBRAHIM #DemiPertiwi
SELAMAT BERTUGAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Jom kita doakan agar Allah s.w.t memberkati kepimpinan DSAI, dipermudahkan segala urusan dan dapat melaksanakan tanggunjawab sebaiknya. InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/11/tahniah-dato-seri-anwar-ibrahim-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 400 hits
Teka teki siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10 berakhir apabila Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim se...
Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 291 hits
Akhirnya terjawab juga Siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke 10 selepas 3 hari berakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 harini Perlantikan ahli Parlimen Tambun itu mendapat perkenan Yang di Pertu...
Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 298 hits
TERKINI YDP Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke 10 dijadual 5 petang ini di lstana Negara menurut sebuah kenyataan oleh Istana Negara YDP Agon...
Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 201 hits
courtesy of RTM tv1 video courtesy of MalaysiaGazette Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke 10 5 petang hari ini
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 182 hits
PM 10 Malaysia Dia dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Tahniah nbsp Dia dianugerah Allah kerajaan dan kuasa memerintah manusia di bumi Malaysia Segala itu hakikatnya kurnian daripada Allah jua Firman Allah maksudnya Katakanlah ...
Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 290 hits
Cadangan Penstrukturan Semula Dan Penamaan Calon Calon Menteri Melibatkan Kementerian Kementerian Dan Portfolio Portfolio Di Jabatan Perdana Menteri A Cadangan Penstrukturan Semula Portfolio Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Timbalan...
Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 237 hits
Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke 10Alhamdulillah akhirnya Malaysia dah berPM setelah beberapa hari PM dan AM saling bertukar ganti dan dan bertukar shif Tahniah dan takziah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang akhi...
Setelah 24 Tahun Akhirnya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10

Setelah 24 Tahun Akhirnya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 Pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun seb...
Congratulations To Datuk Seri Anwar Ibrahim As 10th Prime Minister Of Malaysia

Congratulations To Datuk Seri Anwar Ibrahim As 10th Prime Minister Of Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 239 hits
CONGRATULATIONS to DATUK SERI ANWAR IBRAHIM for being appointed 10th PRIME MINISTER OF MALAYSIA SYABAS to Datuk Seri Anwar Ibrahim From Mohd Kamal Abdullah blogger MALAYSIANS MUST KNOW the TRUTH
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah