Setelah 24 Tahun Akhirnya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan, proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di lstana Negara.
Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
“Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.
“Perbincangan Khas itu adalah juga bertujuan bagi Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
“Proses yang tersebut di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.
Titah Yang di-Pertuan Agong, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta.
“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya. Harta pusaka ini perlu dijaga kerana ianya bakal diwarisi oleh generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.
“Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk,” kata kenyataan itu lagi.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah, hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.
Titah baginda, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab Baginda selaku Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15 menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.
“Seri Paduka Baginda memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan menyeru rakyat agar terus beristiqamah serta bertenang dan bersama mendoakan agar negara sentiasa berada diberkati, dirahmati dan di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, dijauhi dari sebarang bencana dan musibah,” jelas kenyataan itu lagi ~ AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/setelah-24-tahun-akhirnya-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 192 hits
courtesy of RTM tv1 video courtesy of MalaysiaGazette Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke 10 5 petang hari ini
Ulangi Pendirian Anwar Ibrahim Tegaskan Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri

Ulangi Pendirian Anwar Ibrahim Tegaskan Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 168 hits
Dalam sidang media sebentar tadi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sekali lagi untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini Menurutnya keputusan tersebut merupakan langka...
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 173 hits
PM 10 Malaysia Dia dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Tahniah nbsp Dia dianugerah Allah kerajaan dan kuasa memerintah manusia di bumi Malaysia Segala itu hakikatnya kurnian daripada Allah jua Firman Allah maksudnya Katakanlah ...
Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 291 hits
TERKINI YDP Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke 10 dijadual 5 petang ini di lstana Negara menurut sebuah kenyataan oleh Istana Negara YDP Agon...
Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 280 hits
Akhirnya terjawab juga Siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke 10 selepas 3 hari berakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 harini Perlantikan ahli Parlimen Tambun itu mendapat perkenan Yang di Pertu...
Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 336 hits
TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 10 Assalammualaikum semua Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke 15 sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022 Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teru...
Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 392 hits
Teka teki siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10 berakhir apabila Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim se...
Paparan Muka Depan Akhbar Tempatan Ds Anwar Ibrahim Dilantik Perdana Menteri Ke 10

Paparan Muka Depan Akhbar Tempatan Ds Anwar Ibrahim Dilantik Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 277 hits
SEJARAH TERCIPTA Muka hadapan akhbar tempatan memaparkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke 10 ketika tinjauan pada 24 November 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memul...
Menteri Disarankan Tak Ambil Gaji Seperti Pm Anwar Ibrahim

Menteri Disarankan Tak Ambil Gaji Seperti Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 134 hits
The ReporterSelesai dilantik menjadi Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sebagaimana yang telah dijanjikannya ketika berkempen di Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu A...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine