Tahi Politik Yang Merimaskan


 
Jika berlaku isu hangat berkenaan figura politik yang menjurus ke arah gosip dan hal remeh-temeh, saya tidak layan. Apatah lagi hal kepartian sebab saya non-partisan. Saya berundur daripada politik kepartian pun (pernah menjadi ketua AMK dan ahli majlis) sebab tidak mahu disibukkan dengan hal perang dalaman. Sebenarnya perang merebut jawatan dalaman lebih hebat berbanding nak berperang dalam pilihan raya. Jatuh-menjatuh dan londeh-melondeh demi sebuah kedudukan, bukanlah saya punya permainan. Lalu, saya tinggalkan dan duduk di luar sahaja. Saya bersara daripada menjadi tahi politik yang 24 jam seminggu cerita saya tak ada lain – politik, politik dan politik sahaja!
Menjadi tahi politik sama seperti menjadi tahi judi, kaki botol atau hantu ketum. Ia memang menggiankan. Tak boleh kalau sehari tak kena. Tak boleh kalau sehari tak ada gosip. ‘Anak presiden ada kekasih barulah’, ‘presiden tepuk bahu akulah semalam, syoknya!’. Pendek kata dua jam di kedai kopi, dua jamlah berkisah politik. Selalunya tahi politik ini perasan yang dunia merekalah paling penting kerana dunia politiklah yang menentukan hala tuju negara. Sesiapa yang tak cakna politik dianggap bodoh dan tak berwawasan. Duduk di kedai kopi mahal tetapi bersyarah tentang kemiskinan dan kesusahan rakyat. Tentang demokrasi dan kesamarataan.
Kemudian, mereka perasan pula parti merekalah yang paling baik ideologinya untuk membela rakyat dan mengangkat negara menjadi maju. Dari sinilah wujudnya pentaasub yang sanggup berhabis-habisan berhujah dalam mempertahankan partinya.
Sesetengah daripada tahi politik ini akan melihat semua isu yang berlaku hari ini tak ada sebab lain melainkan semuanya berkait rapat dengan politik kepartian. Dan bagi mereka, rakyat terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu kem prokerajaan dan kem pembangkang. Si tahi politik akan menyalahkan lawannya dalam apa juga isu.
Dalam isu ‘Abang Belon’ yang tak habis-habis sejak Ramadan hinggalah seminggu Syawal ini, ia sudah jadi isu politik. Tahi politik yang prokerajaan mempertahankan tindakan penguat kuasa yang mengasari ‘Abang Belon’ kerana ‘Abang Belon’ tidak mematuhi undang-undang, melawan pegawai penjawat awam menjalankan tugas sehinggalah hari ini ‘Abang Belon’ dibongkarkan pernah ada kes lampau. Saya melihat ada kawan saya buat video di TikTok menjelaskan kesalahan ‘Abang Belon’ seperti dinyatakan di atas tadi walhal kawan saya ini dahulunya pada zaman reformasi kerap berlawan dengan anggota keselamatan, merempuh halangan dan melakukan vandalisme. Ha! Ha! Ha! Saya ketawa kerana kami sama-sama pernah buat. Tetapi hari ini kerana yang jadi kerajaan adalah partinya maka sudah berpusinglah pandangannya. Akan ada sajalah teorinya untuk menyatakan apa yang dibuatnya dahulu itu betul dan hari ini apa yang dibuat pihak lawan salah.
Manakala, tahi politik yang propembangkang pula sudah tentulah akan meletakkan apa juga kesalahan sebagai kegagalan kerajaan hari ini. Isu Abang Belon pun mereka tunggang! Punyalah terdesak. Apatah lagi isu beras tempatan, isu telur ayam dan yang terkini isu letupan paip gas.
Bukan tiada pendapat dan pandangan kedua belah pihak itu bernas tetapi yang ramainya hanyalah maki-hamun dan ejek-mengejek. Saling tak tumpah dengan kumpulan pengikut ideologi agama antara Wahabi, Salafi dan Aswaja yang bertekak siapa sesat. Dunia mereka hanya itu. Celik mata sahaja pagi-pagi, mesti berjuang melawan puak yang satu lagi. Maki, maki, maki!
Yang susah ialah orang macam saya. Kita ada pandangan kita sendiri dalam sesuatu isu dan apabila kita kemukakan, kita harus berdepan dengan tahi-tahi politik ini. Jika selari pandangan kita dengan mereka, okeylah tetapi pihak yang satu lagi akan cop kitalah! Macam saya kata, di Malaysia hari ini hanya ada dua golongan sahaja. Tak walaun, walanon. Silap-silap kalau mereka bengang dengan kita, habis rekod lampau kita dikorek. Tiba-tiba kita pun ada berbelas kes jenayah.
Sebagai Ronasina yang melukis perangai manusia yang acap kali menghampakan, saya mengajak tahi-tahi politik ini agar bertenang sedikit dan berfikiran rasional. Parti politik yang anda sertai itu akhirnya akan berkhidmat kepada rakyat juga jadi janganlah berperang dengan rakyat. Ini akan lebih merosakkan imej parti anda. Ya, jika parti anda hari ini menjadi kerajaan, anda juga harus berfikir menjadi kerajaan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat. Pembangkang memanglah akan menangguk apa sahaja isu untuk melihatkan betapa gagalnya kerajaan.
Seharusnya anda lebih bijak daripada mereka. Berikan bantuan dan cadangan penyelesaian bukan turut sama masuk ke dalam kancah ejek-mengejek. Nampak sangatlah kamu pun sama tak cerdik. Tahi-tahi politik harus tahu membezakan yang mana satu kumpulan politik lawan dan yang mana satu pula pihak non-partisan yang mempunyai pandangan berbeza. Kalau itu pun tak selesai dan asal tak selari dengan kamu sahaja kamu kira mereka itu daripada parti lawan, tak ke manalah pembaharuan yang sering kita laung-laungkan itu untuk tercapai. Kita tidak akan berjaya naik ke puncak gunung dengan memekak-mekak di bawah tanpa ada langkah untuk mendakinya. Fahamkan ini wahai tahi-tahi politik! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/tahi-politik-yang-merimaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu 3r Mcmc Buka Empat Kertas Siasatan Pempengaruh Politik Antara Disiasat

Isu 3r Mcmc Buka Empat Kertas Siasatan Pempengaruh Politik Antara Disiasat

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 132 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R di platform Facebook dan TikTok MCMC dalam satu k...
Adakah Tony Pua Tergolong Kurang Cerdik Kerana Cebur Politik

Adakah Tony Pua Tergolong Kurang Cerdik Kerana Cebur Politik

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 99 hits
PETALING JAYA Malaysia tidak mempunyai menteri yang bijak kerana orang bijak cenderung mengelak politik kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Apabila orang bijak tidak sertai politik siapa yang jadi perdana menteri Orang yang tidak bijak ka...
Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 212 hits
Sinar HarianMayat yang ditemui mati di sebuah sawah padi di Wilayah Chai Nat Thailand pada Khamis lalu Gambar Sinar Harian AgensiSEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki yang cemburu apabila dia ...
Muafakat Jadikan Politik Terengganu Berwarna Warni Kembali

Muafakat Jadikan Politik Terengganu Berwarna Warni Kembali

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 137 hits
BORHAN AHMADApril 5 2025Asalnya hanya cakap cakap di kedai kopi sahaja kerana tidak berpuashati dengan suasana politik Terengganu yang terlalu hambar walaupun isunya terlalu banyak di bawah Namun ia mula berubah dengan munculnya satu badan ...
Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

Tak Guna Pelajar Pakai Lencana Jalur Gemilang Ahli Politik Terus Main Isu 3r

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 133 hits
Kelmarin KPM memaklumkan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara kaum PETALING JAYA Kumpulan ibu bapa ragu ragu keberkesanan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada paka...
Akibat Serakah Politik

Akibat Serakah Politik

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 101 hits
Jamzuri ArdaniPerjuangan politik ialah untuk membawa kebaikan dan kemakmuran kepada seluruh manusia Bukan membina tembok kebencian dan permusuhan sehinggakan bencana pun nak dijadikan modal fitnah politik Seorang Setiausaha Politik itu gaji...
Bila Menjadi Alat Politik Ketaksuban

Bila Menjadi Alat Politik Ketaksuban

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 94 hits
Zainuddin OmarPada tahun 2002 Gujarat menyaksikan salah satu rusuhan paling buruk dalam sejarah India Dua imej yang tidak dapat dilupakan muncul dari zaman kelam itu Salah satunya ialah Qutubuddin Ansari seorang lelaki Muslim yang menadahka...
Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

90s Kid Haxch Turns The Yamaha Xsr900 Into A Retro Sportbike

Raised Bed Adalah Kebun Intensif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Bila Siti Mustika Bertemu Newton

Is 65 The New 40 Rethinking Retirement In Malaysia Strategy For Success Or Disaster