Tahap Bacaan Jaundis Bayi Ini Tanda Bahaya Ibu Jangan Terleka


Masalah baby kuning adalah isu yang sering dialami bayi baru lahir. Namun apabila bacaan kuning baby mencapai tahap tertentu, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan si manja.

Memahami keadaan baby kuning
Masalah jaundis atau demam kuning adalah keadaan yang boleh dialami bayi selepas 2-3 hari dilahirkan.
Apabila baby kuning, ia akan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. Umumnya, ia berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan.
Masalah demam kuning bayi lebih mudah dikesan dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dikenal pasti pada si manja yang berkulit gelap.
Punca bayi mengalami jaundis
Semua bayi yang baru dilahirkan boleh mengalami demam kuning ini.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat bayi yang lebih berisiko tinggi untuk terkena jaundis, antaranya:
Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37-minggu kehamilan Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula mencukupi. Ia sama ada kerana kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu Bayi yang jenis darahnya tidak sesuai dengan jenis darah ibunya Bagi bayi jenis darah tidak sesuai dengan ibu mereka boleh mengembangkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin secara tiba-tiba.
Punca lain baby kuning adalah:
Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain Masalah hati Jangkitan Kekurangan enzim (G6PD) Kelainan pada sel darah merah bayi Simptom baby kuning
Sebelum mengetahui bacaan kuning baby berisiko mendatangkan bahaya, ayuh kenali terlebih dahulu apakah gejala yang boleh dialami sekiranya si manja terkena jaundis.
Wajah merupakan bahagian pertama yang akan diserang jaundis sebelum ia merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.
Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran. Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan.
Bagaimana nak tahu kulit bayi menguning atau tidak?
Mudah sahaja caranya.
Anda perlu menekan jari secara perlahan pada kulit si manja. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis.
Ada kalanya dalam kes baby kuning yang teruk, si kecil akan kelihatan sangat mengantuk dan sukar untuk menyusu.
Tahap bacaan kuning baby
Sekiranya jaundis dibiarkan tanpa rawatan dan tahap bacaan kuning melebihi 25 mg, wujud risiko untuk berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak tertentu.
Bagi kesan sampingan ringan pula, baby kuning mungkin akan lebih berasa mengantuk.
Ia sekali gus mengakibatkan bayi kurang menyusu dan akhirnya memburukkan lagi masalah jaundis. Jaundis yang berlaku bukanlah keadaan berbahaya.
Tetapi itu tidak bermakna ibu boleh memandang remeh masalah demam kuning yang dialami si manja. Ini kerana terdapat kemungkinan jaundis disebabkan oleh isu kesihatan yang lain.
Tahap bilirubin yang memerlukan rawatan segera!
Berikut adalah tahap bilirubin bayi yang dilahirkan cukup bulan dan mengalami kuning:
Tahap bilirubin & usia bayi
Lebih 10 mg – Kurang dari 24 jam
Lebih 15 mg – 24 hingga 48 jam
Lebih 18 mg – 49 hingga 72 jam
Lebih 20 mg – Lebih dari 72 jam
Rawatan untuk baby kuning
Bagi bayi cukup bulan dan sihat, masalah jaundis akan hilang dengan sendirinya. Ini kerana kebiasaannya selepas tempoh 1 atau 2 minggu, badan bayi dapat menyingkirkan bilirubin tambahan dengan sendiri.
Walau bagaimanapun, sebagai cara untuk mengatasi jaundis yang dialami bayi baru lahir lebih cepat, ibu disarankan melakukan penyusuan eksklusif dengan kerap.
Sekiranya bekalan susu ibu tidak mencukupi, doktor mungkin akan mencadangkan pemberian susu formula sebagai tambahan.
Pun begitu, bergantung kepada usia dan tahap bacaan kuning bayi, pendekatan rawatan lebih agresif mungkin diperlukan.
Antara rawatannya adalah:
Penambahan cecair. Kehilangan cecair (dehidrasi) akan menyebabkan kadar bilirubin meningkat
Fototerapi. Bayi akan dibaringkan di bawah lampu biru dan kulitnya dibiarkan terdedah. Cahaya akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang mudah dikeluarkan daripada badan. Selimut terapi cahaya juga boleh digunakan
Pemindahan darah. Ia merupakan prosedur kecemasan yang akan dilakukan jika tahap bilirubin sangat tinggi dan tidak berkurangan dengan rawatan fototerapi. Darah bayi akan diganti dengan darah daripada penderma untuk menurunkan kadar bilirubin pada kadar lebih cepat
Imunoglobulin intravena (IVIg). Rawatan IVIG akan diberikan jika bayi berdepan masalah ketidaksesuaian darah. IVIg menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan pemindahan darah
Langkah pencegahan bayi kuning
Untuk mencegah baby kuning adalah dengan penyusuan yang mencukupi.
Bayi yang menyusu badan perlu disusukan antara 8 hingga 12 kali sehari dalam beberapa hari pertama kehidupan.
Manakala bayi diberikan susu formula pula harus mendapat antara 30 hingga 60 ml setiap 2-3 jam bagi minggu pertama.
Sekiranya anda menyedari bahawa bayi mempunyai simptom jaundis, lakukan rawatan doktor segera!
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Tahap Bacaan JAUNDIS Bayi Ini Tanda Bahaya, Ibu Jangan Terleka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tahap-bacaan-jaundis-bayi-ini-tanda-bahaya-ibu-jangan-terleka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 192 hits
Sepanjang kehamilan pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami ...
Sampainya Hati Ibu Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

Sampainya Hati Ibu Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 221 hits
Sungguh menyayat hati Seorang bayi perempuan dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa dibuang dalam tong sampah di kawasan Flat Bandar Tun Razak Cheras petang semalam Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata m...
Kereta Dipandu Ibu Terbabas Ibu Meninggal Bayi Parah Dua Anak Tak Cedera

Kereta Dipandu Ibu Terbabas Ibu Meninggal Bayi Parah Dua Anak Tak Cedera

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 252 hits
Seorang ibu yang juga anggota tentera maut manakala bayinya parah setelah kereta yang dinaiki bersama dua anak lain terbabas di Kilometer 209 7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini semalam Nahas pada pukul 10 55 malam itu mengorbank...
Ibu Hamil Stres Bayi Boleh Lahir Awal Dari Due Suami Mesti Jaga Emosi Isteri

Ibu Hamil Stres Bayi Boleh Lahir Awal Dari Due Suami Mesti Jaga Emosi Isteri

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 209 hits
Bertenang dan kekal positif itu yang sepatutnya untuk ibu mengandung Emosi kena jaga supaya tidak stres Kalau asyik tertekan ibu boleh jatuh sakit dan tumbesaran bayi dalam kandungan terjejas Bukan itu sahaja jika emosi ibu tak stabil kelah...
Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 596 hits
Bahaya Minum Air Putih BerlebihanAir putih amat digalakkan untuk kita mengambilnya dalam seharian Tidak dinafikan ia banyak memberi kebaikan pada tubuh Tapi jangan terlebih minum air putih bahaya kepada tubuh badan Bagi Mai air putih adalah...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 251 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Relawan Temukan Jenazah Ibu Gendong Bayi Tertimbun Lahar Erupsi Gunung Semeru

Relawan Temukan Jenazah Ibu Gendong Bayi Tertimbun Lahar Erupsi Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 240 hits
Relawan Baret Rescue Gerakan Pemuda Nasdem Jember menemukan jenazah seorang ibu sedang menggendong bayinya tertimbun lahar Gunung Semeru di Dusun Curah Kobokan Desa Supiturang Kabupaten Lumajang Jawa Timur Minggu
Ibu Ini Bagi Tips Sediakan Bubur Bayi Dalam 15 Minit Mudah Jimat Masa

Ibu Ini Bagi Tips Sediakan Bubur Bayi Dalam 15 Minit Mudah Jimat Masa

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 208 hits
Apabila anak dah mencecah usia 6 bulan pastinya ibu ibu mula fikirkan menu sesuai untuk diberi pada si manja Biasanya bubur nasi yang dikisar antara yang menjadi keutamaan selain puri buah atau sayur Jika ibu bekerja penyediaan bahan asasny...
Ditemani Bayi 3 Bulan Ibu Muda Ini Gigih Habiskan Jualan Undang Sebak Ramai

Ditemani Bayi 3 Bulan Ibu Muda Ini Gigih Habiskan Jualan Undang Sebak Ramai

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 243 hits
Tular sekeping gambar seorang ibu muda dan bayi yang baru berusia 3 bulan berniaga di tepi jalan mengundang sebak ramai Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau Sabah Menerusi video yang tular beberapa ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash