Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan


Sepanjang kehamilan, pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil. Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka. Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami oleh wanita berbadan dua.

Kondisi membimbangkan ini sebenarnya mungkin boleh dicegah dengan lebih awal jika wanita hamil mengambil suplemen zat besi yang disarankan oleh doktor atau makanan tambah darah yang juga telah dicadangkan oleh pakar pemakanan.
Persoalannya, apakah contoh-contoh makanan tambah darah tersebut yang boleh diambil sebagai cara atasi anemia semasa mengandung? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Mengapa zat besi penting semasa kehamilan dan kesan kekurangannya dalam tempoh ini
Sebelum mengetahui cara atasi anemia semasa mengandung, kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu sebenarnya anemia kekurangan zat besi.
Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis, namun anemia kekurangan zat besi adalah yang paling kerap terjadi di kalangan wanita hamil.
Anemia semasa hamil akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.
Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
Kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Gejala kekurangan zat besi semasa kehamilan
Kondisi ini seterusnya mengakibatkan tubuh badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami pelbagai gejala yang membimbangkan seperti:
Kerap letih Mudah marah Pening kepala Sukar menumpukan perhatian Kurang selera makan Keinginan untuk makan ais atau bahan bukan makanan Mata putih kelihatan kebiruan Kuku rapuh dan senang patah Tangan dan kaki sejuk Kulit pucat Lidah pedih Berasa pusing kepala apabila berdiri dari posisi duduk Degupan jantung menjadi cepat Sesak nafas Tidak dinafikan ada sesetengah gejala anemia semasa hamil hampir menyerupai simptom kehamilan. Usah bimbang, kerana anda akan menjalani ujian darah secara rutin semasa pemeriksaan pranatal.
Walau bagaimanapun, sekiranya wujud kerisauan mengenai tahap keletihan yang dialami atau sebarang gejala lain, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.
9 sumber makanan semasa hamil untuk tingkatkan pengambilan zat besi
Cara paling mudah untuk mencegah anemia semasa hamil adalah melalui diet pemakanan harian anda.
Antara makanan yang disarankan untuk diambil adalah seperti:
#1. Daging merah, makanan tambah darah terbaik
Seperti yang kita tahu, zat besi daripada sumber daging merah seperti lembu dan kambing adalah sangat mudah diserap ke dalam tubuh badan kita berbanding sumber makanan yang lain. Pastinya ia cara atasi anemia semasa mengandung yang paling mudah.
#2. Hati ayam, bantu tambah kepekatan darah
Menurut pakar pemakanan, makan hati ayam dapat menambah kepekatan darah dalam tubuh badan kita, sekali gus bantu mengatasi anemia semasa hamil.
Pun begitu, anda disarankan untuk tidak mengambilnya terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.
#3. Kerang, makanan laut yang kaya dengan zat besi
Selain makanan darat, ada juga makanan laut yang merupakan cara atasi anemia semasa mengandung.
Makanan laut tersebut adalah kerang. Namun begitu, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu kerana makan kerang secara mentah adalah tidak bagus.
#4. Pisang, buah yang kaya dengan zat besi
Buah pisang dapat membantu menambah sel darah merah dalam tubuh badan wanita hamil.
Oleh itu, anda perlu makan sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari kerana asid folik yang terkandung di dalamnya dapat menghasilkan sel baru dan membantu perkembangan janin.
#5. Delima, buah berkhasiat dan tinggi dengan mineral semula jadi
Selain pisang, buah delima juga sebenarnya mampu mengurangkan gejala-gejala anemia. Ini sekali gus dapat membantu wanita hamil mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.
#6. Bayam, sayur terbaik tambah sel darah merah
Sayur bayam merupakan sayur yang paling bagus dimakan berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia semasa hamil.
#7. Brokoli, kaya dengan antioksidan dan mineral
Selain sayur bayam, brokoli juga merupakan antara contoh sayur-sayuran yang mampu mencegah anemia ketika hamil.
Ini kerana brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan, sekali gus melindungi kehamilan.
#8. Kuning telur, makanan berkhasiat yang sering disisihkan
Kadangkala, kita akan rasa pelik jika ada individu yang hanya makan kuning telur sahaja.
Pun begitu, ia perlu dilakukan sebagai cara atasi anemia semasa mengandung kerana kuning telur mengandungi nutrien yang dapat menambah dan mengekalkan sel darah merah serta haemoglobin.
#9. Kekacang, bantu wanita tambah sel darah merah sepanjang kehamilan
Selain daging, sayur dan buah, kekacang juga adalah antara jenis makanan yang mampu membantu mencegah anemia semasa hamil. Anda boleh ambil sebagai snek dan ia dapat membantu menambah sel darah merah.
Konklusi
Konklusinya, anemia kekurangan zat besi sering berlaku terhadap wanita hamil. Ini mungkin disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
Disebabkan itu, anda sebagai wanita hamil perlu lebih berhati-hati dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Sebaiknya, tidak perlu tunggu sehingga anda hamil kerana setiap individu juga perlu menjalani kehidupan dengan lebih sihat agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.
_
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

The post Kerap Letih, Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi! Bahaya Untuk Kesihatan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kerap-letih-sesak-nafas-antara-tanda-ibu-hamil-kurang-zat-besi-bahaya-untuk-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Membantah Kurang Tumpuan Antara Tanda Anak Menderita Gangguan Tingkah Laku

Suka Membantah Kurang Tumpuan Antara Tanda Anak Menderita Gangguan Tingkah Laku

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 162 hits
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri kan Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan Kebimbangan mengenai sikap anak Sebagai ibu bapa pastinya tertany...
Tahap Bacaan Jaundis Bayi Ini Tanda Bahaya Ibu Jangan Terleka

Tahap Bacaan Jaundis Bayi Ini Tanda Bahaya Ibu Jangan Terleka

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 305 hits
Masalah baby kuning adalah isu yang sering dialami bayi baru lahir Namun apabila bacaan kuning baby mencapai tahap tertentu ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan si manja Memahami keadaan baby kuning Masalah jaundis atau demam ku...
Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 199 hits
Seorang kanak kanak berusia sembilan tahun Mohd Adam Amsyar disahkan menghidap penyakit jantung terbalik menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan Bapanya Abd Rahman Ahmad 47 berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu ...
9 Makanan Yang Kaya Zat Besi

9 Makanan Yang Kaya Zat Besi

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 381 hits
9 Makanan Kaya Zat Besi Zat besi diperlukan untuk tubuh bagi mengelakkan gejala kekurangan darah merah dalam badan atau disebut anemia Ramai orang dewasa tidak menyedari bahawa mereka menghidapi anemia Tanda tanda anemia termasuk Rasa letih...
Hiburan Anita Baharom Syukur Ibu Kembali Sedar Selepas Alami Beberapa Komplikasi Kesihatan

Hiburan Anita Baharom Syukur Ibu Kembali Sedar Selepas Alami Beberapa Komplikasi Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 234 hits
Pelakon baru baru ini memaklumkan perkembangan terkini ibunya Hajah Wirmah Pawanchee yang sebelum ini kritkal dan mengalami beberapa masalah komplikasi kesihatan 9 bulan laluDemi Jaga Ibu Sakit Di Kampung Fikry Ibrahim Lupakan Seketika Duni...
Ibu Tidur Kurang 5 Jam Peningkatan Lemak Di Perut Lagi Cepat Susah Kempis

Ibu Tidur Kurang 5 Jam Peningkatan Lemak Di Perut Lagi Cepat Susah Kempis

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 186 hits
Uish bukan senang nak kempiskan perut Nak naik kejap jer Bila nak turun bukan main susah Susah bukan kerana kompleks sangat Tapi sebab cara tak kena Apa kata cuba 7 cara di bawah Untung untung mengempis jadinya 1 Makan makanan tinggi protei...
Welcome Home Baby J Ibu Koma Masa Hamil Kamu Tetap Kuat Sayang

Welcome Home Baby J Ibu Koma Masa Hamil Kamu Tetap Kuat Sayang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 282 hits
Percaturan Allah sangat hebat Dalam keadaan ibunya yang koma perlu ambil pelbagai jenis ubat dan bergantung susu semata mata ternyata Allah sayang baby Jihady Nasywan sehingga lahir sihat sempurna Siapa sangka walaupun ibunya Jahidah Nordin...
Wabup Lumajang 41 Orang Alami Luka Bakar Akibat Erupsi Gunung Semeru 2 Ibu Hamil

Wabup Lumajang 41 Orang Alami Luka Bakar Akibat Erupsi Gunung Semeru 2 Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 184 hits
Adapun korban yang luka bakarnya sangat parah telah dirujuk ke RS Umum Dr Haryoto RS Bhayangkara dan RS Pasirian di Kabupaten Lumajang Ada juga yang dibawa ke Puskesmas Candipuro
Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 334 hits
Selalu sangat anak kita demam dan mengadu sakit tekak Jangan dibiarkan jika anak kerap demam sepanjang setahun berkemungkinan anak berdepan masalah lain Masalah tonsil antara salah satu yang tidak boleh dipandang ringan Menurut Pakar Bedah ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco