Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati.
Takiyuddin Hassan berkata PAS gesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan supaya bertindak dengan berani, telus dan setia kepada prinsip Perlembagaan.PETALING JAYA: PAS menyatakan sokongan penuh terhadap hak bekas perdana menteri Najib Razak untuk memfailkan rayuan ke mahkamah lebih tinggi susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menolak permohonannya menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati serta dilaksanakan secara bebas, adil dan tanpa prejudis.
“PAS menggesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan supaya bertindak dengan berani, telus dan setia kepada prinsip Perlembagaan agar keadilan dapat ditegakkan secara konsisten, di samping memastikan kehormatan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi terbabit.
Ketika menolak permohonan semakan kehakiman Najib, Hakim Alice Loke berkata Yang di-Pertuan Agong merupakan raja berperlembagaan dengan kuasa serta fungsi baginda dilaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Najib, 72, disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan telah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.
Pada 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan tempoh pemenjaraannya daripada 12 tahun kepada enam tahun, selain menurunkan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Tahun lalu, satu permohonan semakan kehakiman difailkan bagi memaksa kerajaan melaksanakan addendum atau titah tambahan, yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Najib mendakwa titah tambahan itu tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Pengampunan, dan menegaskan kerajaan telah menghina mahkamah kerana gagal melaksanakannya.
Pada 6 Jan tahun ini, Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 membenarkan addendum tersebut dikemukakan sebagai bahan bukti, selain memberi kebenaran kepada bekas perdana menteri itu untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/12/tahanan-rumah-pas-sokong-penuh-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahana...
Dapatkah Najib Tahanan Rumah 22 Disember Ini

Dapatkah Najib Tahanan Rumah 22 Disember Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 137 hits
19 December 2025Kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan rumah akan diputuskan Mahkamah Tinggi pada Isnin 22 Disember ini Kemelut titah adendum itu telah melalui jalan yang berliku liku sebel...
Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman

Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 104 hits
Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman Petaling Jaya 16 Disember 2025 Musim perayaan menjadi momen yang sangat bermakna kerana ia diraikan dengan penuh kegembiraan serta kesyukuran Lebih ist...
Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 104 hits
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis mencadangkan agar pelakon Kamal Adli melafazkan cerai terhadap isterinya Uqasha Senrose susulan kegagalan laporan Jawatankuasa Pendamai yang dijalankan sebelum ini Bagaima...
Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 163 hits
Pahamilah Permintaan Doktor Saya Perlukan Memo untuk WFH Sepenuh Masa Ramai pekerja yang mengalami masalah seperti mengandung sakit belakang kegelisahan atau penyakit kronik Mereka sering menunjukkan keinginan untuk terus bekerja walaupun k...
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 53 hits
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara SHAH ALAM 23 Dis Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya ker...
Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal Pu Riz Dan Neelofa Bersuara Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi

Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal Pu Riz Dan Neelofa Bersuara Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 192 hits
Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz akhirnya tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan harga kelas agama anjuran mereka yang mencecah RM850 Bercakap kepada OhBulan Neelofa menegaskan bahawa bayaran tersebut adalah se...
Umno Nak Keluar Kerajaan Kerana Najib Rakyat Akan Hukum Lebih Lagi

Umno Nak Keluar Kerajaan Kerana Najib Rakyat Akan Hukum Lebih Lagi

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 72 hits
UMNO MESTI PANGGIL MESYUARAT MT TERGEMPAR PUTUS KETETAPAN KELUAR KERAJAAN23 December 2025Gelombang mahukan UMNO keluar kerajaan kini sudah menggelembung ke seluruh penjuru alam Di mana mana ramai yang bersetuju dengan tindakan itu susulan s...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 161 hits
A group of people was seen outside the Jalan Langgak Duta residence of former prime minister Datuk Seri Najib Razak today ahead of a court decision expected tomorrow on whether he can serve the remainder of his prison sentence under house a...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

The Profound Benefits Of Reading Books

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Syukur Alhamdulillah

Berkaitan Keputusan Najib

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Min Awel Dekika Dari Saat Pertama