Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman


Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope, Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman
Petaling Jaya, 16 Disember 2025 — Musim perayaan menjadi momen yang sangat bermakna kerana ia diraikan dengan penuh kegembiraan serta kesyukuran. Lebih istimewa apabila dapat berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan.
Itu yang dilakukan oleh Signature International Berhad (Signature) yang telah memberikan hadiah Krismas kepada warga Rumah Hope.
Terdiri daripada kanak-kanak dan remaja bersekolah, Krismas yang akan diraikan minggu hadapan akan menjadi lebih bermakna buat mereka apabila ruang kediaman telah diubah suai dan mendapat pelbagai kelengkapan baharu hasil sumbangan di bawah naungan program komuniti Signature Cares.
Inisiatif tersebut merupakan salah satu daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) Kumpulan Signature dan komitmennya terhadap aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sekali gus mencerminkan iltizam Signature untuk mentransformasikan ruang fizikal demi meningkatkan keselesaan, maruah dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.
“Sejajar dengan misi Signature untuk menaikkan martabat komuniti, program ini merupakan satu bentuk transformasi holistik yang mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak. Selain pengubahsuaian fizikal, Signature turut bekerjasama dengan Children’s Protection Society (CPS atau Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak) dan Makchic untuk memperkenalkan pendidikan keselamatan serta aktiviti pemerkasaan emosi, yang semuanya disampaikan melalui pendekatan penceritaan kanak-kanak,” kata syarikat itu.
Antara kelengkapan kediaman yang disumbangkan ialah tilam, cadar, tuala, langsir, perkakas elektrik dan perabot. Ia penting untuk meningkatkan keselesaan, keselamatan, privasi dan kualiti kehidupan harian bagi 50 penghuni Rumah Hope.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Signature, Lau Kock Sang menegaskan penambahbaikan yang meliputi bilik tidur dan ruang bersama ini berjaya mewujudkan suasana yang tenang, selamat, rapi dan lebih teratur.
“Kami memilih Rumah Hope kerana tersentuh oleh kekuatan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, serta dedikasi para penjaga di sini. Rumah Hope telah sekian lama menjadi tempat perlindungan yang memberikan kasih sayang kepada kanak-kanak dari latar belakang yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu majlis pada Selasa.


Lau menambah bahawa lawatan awal mendapati rumah yang dijaga dengan teliti selama ini telah menunjukkan tanda-tanda kehausan dan kerosakan. Keadaan tersebut menjadi panduan kepada Signature dalam mereka bentuk penambahbaikan yang mampu memberikan impak jangka panjang yang lebih bermakna.
“Kami melihat ruang untuk menghiasi semula bilik-bilik bagi memberikan lebih privasi dan keselesaan kepada penghuni Rumah Hope, agar mereka boleh beristirehat dengan lebih baik dalam menjalani rutin harian mereka. Kualiti rehat yang lebih baik dalam ruang yang lebih bersusun atur dan kemas mampu menyokong semangat keyakinan dan kesejahteraan kanak-kanak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengetua Rumah Hope Edwin Roch berbesar hati dan menghargai inisiatif yang dilakukan Signature dan berpendapat Pengetua Rumah Hope Edwin Roch.
Majlis yang turut dihadiri oleh Duta Jenama Signature Amelia Henderson dan Duta Selebriti Signature Diana Danielle itu juga menyumbangkan pelbagai hadiah kepada penghuni Rumah Hope.
Di akhir acara, Amelia, Diana, Lau dan tetamu yang hadir turut melakukan lawatan di setiap bilik bagi melihat hasil pengubahsuaian yang telah dilakukan.



Untuk pengetahuan, usaha Signature ini juga bersempena identiti baharu Signature Cares iaitu satu platform bersepadu yang selari dengan rangka kerja baharu Kumpulan seperti yang diketengahkan dalam ucapan GCEO. Di bawah Signature Cares, Kumpulan Signature berazam untuk memberikan impak melalui empat tunggak.
Pertama, memupuk amalan kepengunaan berhemah melalui kitar semula dan guna semula. Kedua, memperkasakan komuniti melalui penglibatan kakitangan, rakan niaga, dan rangkaian pembekal.
Selain itu, menyokong kesejahteraan jangka panjang melalui persekitaran yang selamat dan selesa untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dalam masa sama, memperkasakan kerjasama lokal dengan jenama-jenama Malaysia dan juga badan bukan kerajaan (NGO) untuk membangunkan rangkaian komuniti yang mampan.
Lau berkata hubungan Signature dengan Rumah Hope tidak berakhir dengan pengubahsuaian ini, dan Kumpulan Signature akan terus meneroka pelbagai inisiatif bermakna bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan berdaya tahan untuk kanak-kanak di Rumah Hope.
The post Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope, Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/16/krismas-lebih-bermakna-buat-warga-rumah-hope-signature-beri-sumbangan-ubah-suai-kediaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 124 hits
PEKAN Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu rakyat di negerinya untuk mempunyai kediaman sendiri melalui projek Rumah Rakyat Pahang Salah seorang penerima RRP Abdul Razak Abdul Rahman 52 dari Kampung Ketapang Hilir di sini bersyukur...
Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 190 hits
Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan KUCHING 6 Disember Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah...
Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 98 hits
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis mencadangkan agar pelakon Kamal Adli melafazkan cerai terhadap isterinya Uqasha Senrose susulan kegagalan laporan Jawatankuasa Pendamai yang dijalankan sebelum ini Bagaima...
Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah

Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 103 hits
Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah Kejadian banjir di Kuantan Pahang nampaknya masih lagi belum menunjukkan tanda tanda untuk surut Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai memuat naik beberapa vide...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 187 hits
Elmina Lakeside Mall menyediakan pentas untuk musim kemurahan hati apabila Sime Darby Property Berhad telah bekerjasama dengan MINI Malaysia untuk melancarkan inisiatif pemberian perayaan Berlangsung sehingga 19 Disember 2025 kerjasama ini ...
Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 161 hits
MARAN Ahli Dewan Negeri Luit Dato Mohd Sofian Abdul Jalil merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada anggota Khidmat Malaysia Maran atas komitmen dan kesungguhan membantu mangsa banjir menerusi operasi mencuci rumah yang terjejas di Tama...
Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta

Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 106 hits
Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta Negeri Sembilan Struktur bahagian hadapan empat buah kediaman di Taman Pinggiran Senawang mengalami rekahan dan runtuh dalam kejadian pada Khamis Menurut Balai Polis Senawang di Fa...
Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 191 hits
BANGKOK Petarung muda muay thai negara Miki Ghazali Zulfikar membuktikan statusnya sebagai prospek masa depan apabila berjaya menghadiahkan pingat emas acara featherweight 57 kilogram di Sukan SEA Thailand sebentar tadi Turun sebagai petaru...
Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 155 hits
Nurul Fatihah Sulainiam hmetro com myBAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja Besut di sini petang semalam FOTO tularBesut Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raj...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buffet Ramadhan Johor Bahru 2026

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025 Sedekad Menginspirasikan Usahawan Muda

Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid

Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa